Hai semua... Selamat berhujung minggu. Post kali ni cerita weekend yang lepas tanpa plan..main tangkap muat je. Sebelum pergi, kami buat survey pasal Zoo Negara. Print screen la kerjanya nak tahu info, macam tak biasa pulak korang..
Kami berempat pergi ke Zoo Negara dalam waktu tengah hari. Walaupun hujan, tu tak mematahkan kami semua nak berjalan disana. Tiket harga RM30 untuk seorang bagi dewasa. Bila pergi ke kaunter, dah diberitahu ada beberapa haiwan dalam proses pemindahan. Gara-gara Zoo Negara dalam proses pemulihan dan naik taraf. Kami tidak berkesempatan untuk bertemu dengan Beruang, Kuda Belang...
Boleh dikatakan kami pergi ke setiap pelosok kawasan di Zoo Negara.
Paling suka dengar singa mengaum...bunyinya macam kat hutan rimba betul dah..sounds childish huh?? but...it's true.. Let just say I learn a lot from this trip and I was enjoyed with my lovely buddies.
I want to share some of my pictures with my buddies.
Bukti yang kami masuk sana..nak tangkap gambar main enterance tak boleh sebab dalam construction. ada lagi la gambar..kejap yea..
Comel kan monyet tu...sempat tangkap gambar sebelum monyet tu teruskan aktiviti gayut |
sekeluarga monyet.. |
nampak tak yang tonggang terbalik...kawan Keluang Man.. |
dapat tengok Zoo Keeper bagi makan kat burung ni.. |
nguap besar harimau putih ni.. |
tak berapa aktif sangat harimau hari tu..duduk aje kejenye |
posing Puma ni..ha..ni la kasut korang pakai tu..Puma ni.. |
tah apa la penguin ni pandangkan..ada gaya bergosip pun dah ada dah |
kalau boleh tahan nafas sama macam penguin ni...best jugak |
Masa tu tah kenapa nak sangat cari Buaya..susah jugak nak cari..asyik salah jalan, pusing jalan yang sama. Mungkin kitaorang tak pandai baca peta..gitu la rupanya..last-last tanya Zoo Keeper untuk direction. Sampai Zoo Keeper tu cakap, "ehh bukan korang dari pukul 2 petang tadi ke.."
gelak aje la...sampai Zoo Keeper pun perasan kehadiran kitaorang..lama jugak kami disana sebenarnya..sampai la 5 jam..
Dengar khabar, nanti ada Panda...tunggu la Panda tu datang..mesti lagi best time tu.
Best jugak beriadah dengan kawan-kawan..ohh when you are plan for it...just go for it...and enjoy every second of it.. Actually, this is one of my bucket list.. I want to go to the zoo with my friends. Consider this as done.. I can't wait for other of my bucket list to complete. That's all from me.. Weekend kali ni lebih pada rehat aje..hehehe~~
With love,
Anisa Anuar
No comments:
Post a Comment
thanks for the comment(s) and enjoy to read more