Reward Pergi ke IKEA


Alhamdulillah setelah penat berhempas pulas seminggu ni dengan non-stop order arissalicious cake & Yerba Mate, gunakan hari Sabtu sebaiknya bawa CEO arissalicious cake pergi reward kan diri.
Walaupun dah banyak kali pergi tapi tak pernah jemu. Ada rasa macam dah expert tempat tu. Boleh tahu apa yang ada & takde.
Seperti yang dijangka, Maira memang behave bila datang IKEA ni. Entah la, dah macam 'rumah' dia agaknya. Tak meragam. Senang nak bawak. Favorite ibu Maira kalau pergi IKEA antara dapur, living room dan bilik tidur.

Rambang mata dibuatnya. Buat goal setting nak furnish rumah macam mana. Impian keluarga kami sememangnya ada rumah landed sendiri. Ada tempat nak gardening, tempat Maira nak main.
InsyaAllah dipermudahkan. Jangan berhenti meminta dari Allah, tu pegangan saya. Bila dah capai impian kami ini, akan ku throwback post ini. Itu sudah pasti.
Habis semua kami nak try kat siru. Sofa, meja makan, kerusi...korang pun sama kan?? Hehehe tak nak ngaku la tu...
test katil nanti boleh mintak kat ibu

selfie sikit lepas try sofa ni

Next goal setting : Buat home-office sendiri


Sejak dah jadi full time housewife and businesswoman ni, kena ada nak feeling2 kerja sendiri. Buat masa ni, saya la manage semua benda dari operation, SOP, Marketing dan macam-macam lagi. Seronok bila buat. Satu kepuasan sebab serba boleh gitu. Nanti kita citer lebih na... harap ada la masa nanti nak curi-curi update blog.

Okay la, nak out dulu. Banyak benda nak citer ni dan banyak benda nak buat. Tak cukup 24 jam niehhh... See you guys later.

Daripada empunya blog,
Anisa
Post a Comment

Popular Posts