Hati rasa nak menulis kisah ni.. berlaku pada diri sendiri.
Kisahnya berlaku pada hari Sabtu yang lepas. Bangun subuh seperti biasa, siapkan anak sebelum pergi home tutor. Malam sebelumnya sudah cari bahan untuk print dan buat keputusan untuk print keesokkan harinya sebelum kelas bermula. Susah jugak tak ada printer ea.. dah jadi keperluan pulak.
Dah niatkan dalam diri, sebelum pergi kelas..saya mesti solat dhuha dan baca Al-Waqiah. Nak buat ni pun kiranya rezeki jugak taw. Ada orang nak sangat buat tapi keadaan tak mengizinkan - ada urgent meeting, anak meragam, pergi klinik dan sebagainya. Ada pula keadaan sangat mengizinkan tapi hatinya tak tergerak untuk buat.
Selepas tu, dengan hanya berbekalkan RM50 dan beberapa duit terselit di beg pergi mencari kedai printer seawal 10pagi dan hari Sabtu. Dah berdekatan dengan area tempat mengajar, tanpa pikir panjang terus tanya tokey kedai mana nak print.
Banyak jugak la printnya. Paling mengejutkan bila amount yang saya bawak tak mencukupi. Sebab print sehelai dan bukan depan belakang.
Waktu tu redha je..sebab tu je duit yang ada. Selongkar habis dalam beg untuk cukupkan amount. Total kena bayar dalam RM65 (lebih kurang, tak ingat harga asal) dan saya hanya ada RM57. Bila kawteam dengan tokey, dia kata okay no problem. Kira setel urusan jual beli. Terus dalam hati berdoa, "semoga bisnes uncle ni makin maju...sebab dia permudahkan urusan ku.."
Sesi pembelajaran alhamdulillah berjalan dengan lancar. Semua handout yang print tadi sangat membantu. Terus balik ke rumah lepas habis kelas. Sudah sampai rumah, cerita pada husband yang duit dia bagi habis guna untuk print sampai tak cukup duit nak bayar. Entah macam mana, tangan selok ke poket..
"Ehh..apa ni..bukan ke..." (pandang duit RM50 dengan banyak tanda soal)
"Macam mana ada RM50 ni.. tadikan dah bayar..."
Ya Allah lama terduduk fikirkan mana duit ni datang. Cuba ingat balik satu persatu. Jelas dalam ingatan dah bayar duit print. Hanya mampu ucap Alhamdulillah. Mungkin ini the power of dhuha dan baca Al-Waqiah paginya tadi.
Hanya menulis,
Anisa
Tuesday, August 16, 2016
Kisah Rm50
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menu : Terung Masak Sambal Daebak
Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...
Popular Post
-
Hello everyone.. just be concern to those who just sit all day long. So, rather than sit ages in the office.. you can walk arou...
-
Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...
-
Hey everyone.. It's me again for today's update. For this time around is going to be just picture with this bunch cutie LINE ...
alhadamdulillah rezeki tu ,berkat dhuha dan alwaqiah
ReplyDeleteSyukur sgt.. kena istiqamah lepas ni
Delete