Borak bersama Kak Felinna

Syukur ke hadrat ilahi bila berpeluang dapat borak dengan Kak Fellina, salah seorang usahawan berjaya yang nisa follow rapat. Admire dia sebab kisah jatuh bangun bisnes dia, seorang ibu dan juga isteri. Nak kata kisah nisa dengan Kak Fel ni sama...hmmm tak la jugak. Banyak benda belajar dari pengalaman dia.

Lepas selesaikan hal rumah, tiba-tiba tergerak hati nak bukak Facebook dan waktu tu nampak post Kak Fel "anda tanya, Kak Fel jawab.." takde rasa nak tanya pun waktu tu. Kemudian  yang buat nisa nak tanya, bila 2 sahabat baik komen post tu. Terus rasa "tak salah kalau nak bertanya.

Alhamdulillah soalan terjawab pasal macam mana nak konsisten solat awal waktu. InsyaAllah akan jaga ni selagi yang mampu.

Yang best post FB kali ni, boleh tengok soalan orang lain tanya. Mostly soalan ada yang sama dengan je apa tengah lalui. Rasa nak screenshot je semua..

Jadi screenshot yang mana mampu je. Terima kasih ya Allah dah gerakkan hati untuk baca post ni. Membantu sedikit sebanyak journey nisa yang akan datang.

Yang ikhlas,
ANISA


Post a Comment

Popular Posts