Hey semua.. Cerita ni dah agak lama tapi tak sampai lagi seminggu. Plan ad hoc (secara spontan) nak daki Bukit Saga. Kami semua berkumpul dalam pukul 10 pagi. Kawan membawa kenalan kepada kenalan jadi banyak kawan baru masa pergi Bukit Saga. Starting point di Taman Bukit Saga dan mula pendakian kami.
Pendakian pada mulanya agak okay, tetapi semasa di bahagian curam saya mula rasa loya dan nak muntah. Jadi saya mengambil keputusan untuk teruskan pendakian untuk buat diri ni dengan sendirinya muntah..Pelik kan.. Akhirnya, sampai di satu perhentian melakukan hajat dan rasa diri lega.
Dah sampai di air terjun, kami semua sangat excited dan terus nak amik gambar di situ. Lama jugak kami di sana, makan lunch dan yang paling kelakar bila ada yang bagi cadangan nak buat Ice Breaking. Walaupun sound silly tapi berjaya menambah kawan-kawan baru.
Picture from Aja |
Sepanjang pendakian tu, saya rasa impress dengan aunty and uncle chinese yang sangat rileks daki Bukit Saga tu. Macam dah selalu pergi sana. Saya yang muda ni pun cepat rasa mengah, segan pulak time tu yang muda rasa tak larat.
Lepas ni ingat nak pergi Bukit Tabur..tapi hari tu ada berita ada yang meninggal dunia masa hari kami pergi Bukit Saga. Best jugak pergi aktiviti outdoor ni..
No comments:
Post a Comment
thanks for the comment(s) and enjoy to read more