Thursday, June 27, 2013
Perkara yang boleh terjadi Sebelum Exam (waktu study week)
Post ini lebih kepada pengalaman hidup sebagai mahasiswa dan kejadian sebegini tak pernah lari dalam menjadi sebahagian hidup mahasiswa.. Post ini juga bukan untuk menakutkan bakal mahasiswa tetapi sebagai persediaan mental yang perkara ini adalah perkara biasa akan berlaku dan harus diingatkan untuk mencari jalan penyelesaian yang lebih bijak.
Perkara ni boleh berlaku dalam tempoh sebelum dan semasa exam yea..
1. Assignment mengejut atau Projek menimbun2 boleh jadi apabila lecturer bagi assignment tambahan yang due date boleh jadi sebelum atau selepas exam. Ini akan menyebabkan study tergendala dan kurang tidur gara-gara untuk siapkan assignment. Waktu ini kita akan mula mempersoalkan "aku datang universiti ni untuk buat projek ni je ke...bila nak habis..?" percaya la..projek itu sebenarnya membantu proses pembelajaran dalam kelas. Hanya orang yang memandang remeh, mungkin menyatakan projek dan assignment yang menimbun tu tidak mendatangkan faedah.
2. Pergaduhan atau bertikam lidah hanya perkara salah faham dan stress dengan exam dan projek..perkara sebegini memang akan berlaku..kalau kita matang, just moving forward dan abaikan pergaduhan remeh-temeh..
3. Tikam belakang kawan bila dapat nota tambahan dari lecturer atau hint dari lecturer. Ada segelintir akan menyembunyikan dari rakan kelas yang lain.
4. Soalan dan statement yang boleh buat kita annoying
"Ko dah habis study ke belum?"
"Elehh, senang je tu...tak kan tu pun tak reti.."
"Ko tidur ke dalam kelas..masa belajar bab ni?"
"Apa je yang ko tahu ha?"
"pergi la tanya orang lain..aku tak senang ni"
Kalau nak buat list...memang banyak la..tak terkira..
5. Kawan makan kawan lebih kurang macam bertikam lidah dan tikam belakang kawan tetapi boleh juga terjadi antara rakan sekelas ataupun serumah atau sebilik.. Bila perkara ini berlaku, harus motivasikan diri balik untuk tidak terjejas pelajaran dengan memikirkan masalah ini.. Mungkin ada di antara kita akan rasa tak tenang sebab bergaduh dengan rakan baik...fikirkan mana yang terbaik untuk saat itu.. Luahkan rasa itu kepada yang rapat agar dapat membantu untuk lebih fokus untuk menghadapi peperiksaan.
Memang semuanya berlaku pada saya..pada tahun pertama, saya sangat naif..dan mula belajar dari pengalaman dan menganggap itu semua pelengkap sebagai hidup seorang mahasiswa. Harap sedikit sebanyak dapat membantu...Jangan stress perkara sebegini masa musim exam..kalau boleh elakkan amat la digalakkan..Semoga berjaya.. No Stress,okay? (^_^)
okay nak selitkan overall dalam lukisan yang sangat geometrik dari saya.. alahai, budak 6 tahun pun boleh buat ni..next time saya perbaiki lagi yea...
apa pandangan korang? boleh kongsi kalau ada kelainan sikit..ohh hey, jangan komen gambar je...hehehe..segan la..sebab drawing ni bukan la 'watak utama'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menu : Terung Masak Sambal Daebak
Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...
Popular Post
-
Hello friday..How are you? I'm definitely fine...Just want to spend my last week of internship. Why my mum have related to facebook...
-
hye there... it is good to be back.. one word for today is about coffee . it is my one of favourite drink..besides iced lemon tea.....
-
Hi guys!! I'm here to share something that I found in Google Extension quite helpful to me, especially when my work task mostly I w...
hihi.. adat waktu belajar ni :)
ReplyDeletezaman belajar macam2 masalah berlaku
ReplyDeleteohh...sally punya kes...byk keja kat office...takde nya study week bagai -,-'
ReplyDeleteemm.mmg akan kena pkara mcm ni
ReplyDeletesemua tu saya pernah harungi masa belajar dulu. ia memang perkara2 yang wujud.. :)
ReplyDeleteahh rindu zaman exam dlu. kat cina xde mcm ni dah lain caranya :)
ReplyDeletewaktu belajar camtu lah...tak semuanya telus dan ikhlas...... pasti semua merasainya.....
ReplyDeleteno.2 da blaku antara kita..hee..
ReplyDeletepasal tdo 2..hehe..org akn tnye ko phm ke apa lecturer ajar?bkn ko tdo ke td.