Blogging @ KTM Train

Ini entry balik kampung, kepada yang mungkin jeles harap jangan teruskan baca. Okay over sangat warning. Balik jumpa keluarga terchenta..tak kahwin lagi so, tak ada makna balik rumah mertua (motiffff???)

Dari pagi plan nak balik macam mana...yang penting final destination ke KTM Seremban, bapak ambil kan saya kat sana. Nak dijadikan cerita, saya mula-mula plan nak ambil train dari KLCC--> KL Central --> KTM Seremban. Akhirnya tanpa dirancang, saya ambil laluan Monorail Raja Chulan --> Bukit Nenas --> LRT Dang Wangi --> KL Sentral -->KTM Seremban. Nampak jauhkan...boleh tahan la. Cuma kalau lalu KLCC nak jalan dari office tu gagah tak gagah jugak la nak tempuh.

Anyway, tak kisah mana jalan kita nak tujui tapi tahu final destination... Walaupun jauh, banyak tenaga dan masa janji sampai tempat ditujui. (Pandai tak selitkan moral value)
Bersyukur sangat sebab dapat buat quick decision without rely on others. Beranikan diri explore path diserta dengan doa, harapan dan sedikit instinct dan capable estimate masa.

Okay la nak bagi gambar snap tadi..random sangat. Selamat berhujung minggu. Layan World Cup sampai lebam? Mungkin...

Salam dari penulis,

Anisa Anuar

1 comment

Popular Posts