Saturday, July 26, 2014

Bila laman sosial menakutkan

Salam ramadhan untuk semua. Hari ini saya ingin kongsi apa yang menjadi sedikit 'fobia' atau paranoid dalam diri ini tentang laman sosial.

Makin hari makin banyak post yang saya sendiri takut nak baca. Takut kerana post yang dibaca sahih atau dalam erti lain - tidak faham dengan niat sebenar post tu. Fitnah akan timbul bila post yang dikongsi itu tidal benar. Lebih kurang enak mata memandang, bila post itu memang ada unsur buka aib sesetengah individu. Dan saya mula terfikir, "kalau aku ditempat orang tu...mampukah aku hadapinya..??"

Bagi saya orang yang suka bash orang tu, berhati-hati...bila anda diduga dengan perkara yang sama..yea mungkin bukan anda yang kena..mungkin adik, kakak, abang, mak ayah, saudara dekat atau sahabat anda yang kena... (Minta dijauhkan)

Sempena Syawal yang bakal menjelma, mari lah kita bermaafan orang yang kita pernah sakitkan. Macam mana kalau kita pernah bash orang dilaman sosial? Yang kita tak kenal. Susah untuk minta maaf kan?

Sebab tu saya tulis bila laman sosial makin dan terus menyeramkan diri ini. Ohh hey, memang tulis lebih senang dan nak buat ITU...memang la banyak onak dan duri. Dengan izin-Nya sama-sama kita ikhlaskan hati memaaf dan minta maaf sesama kita..

Salam nukilan dari tuan punya blog,

Anisa Anuar

No comments:

Post a Comment

thanks for the comment(s) and enjoy to read more

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post