Monday, February 01, 2016

Free Market Putrajaya


Hi semua.. Kalau siapa ada nampak event happening kat Facebook pasal Free Market Putrajaya tu, sama la kita geng. Nampak terus tekan "Going". Padahal tak tanya suami dulu. Rupanya dia pun tak kisah. Nape nak sangat pergi sana? Cuma nak rasa suasana event komuniti ni. Kami datang waktu agak lambat tapi dapat tengok gelagat orang tengah angkat barang ke dalam kereta masing-masing. Ada yang dapat beras, barang-barang DIY dan bundle baju.

Dalam hati, "Ya Allah, murah rezeki orang tu".. Tak kira orang yang memberi atau pun menerima.

Ohh lupa nak cerita, Free Market Putrajaya ni syaratnya tiada jual beli, tiada sistem barter dan hanya kena memberi dan terima. Best kan?? Nak tahu apa kami dapat daripada Free Market ni. Jap eh, nak bagi gambar satu...

Baju baby & pasu terpakai
Memang dah lama mencari sebenarnya. Alhamdulillah dipermudahkan pulak time tu nak dapat. Baju baby ni dapat dari ada seorang kakak ni, tak sempat pulak nak tanya nama dia. Masa nak ambil ni pun, dapat bajunya je. Seluar takde. Dah nak kehabisan stok pun waktu tu.

Pasu tu pulak, dah lama kami mencari yang sesuai dengan yang apa kami ada sekarang. Pokok tu makin membesar,dah tak muat dengan pasu yang ada, tu kami perlukan pasu yang lain. Alhamdulillah dah jumpa yang sesuai. Dapatkan pasu tu dari family asal Sabah. Satu family datang. Mak susunkan barang atas tikar, anak-anak main disekitar kawasan situ.

Semoga murah rezeki kepada yang memberi. Makin bertambah rezeki mereka ada, itu doaku kepada mereka. Next time ada Free Market, giliran kami pulak memberi. Seronok buat event ni...

Nak kongsi gambar lagi ni. Selfie satu kali.

Selfie dengan encik husben..Thank you layan kan kerenah nak ke sana haritu..
Ada yang pergi ke? Nampak saya tak? nanti ada rezeki, boleh jumpa lagi kan?

Daripada empunya blog,

Anisa Anuar

2 comments:

  1. BANYAK DAH FREE MARKET SEKARANG NI

    ReplyDelete
  2. laa. awat aku x tau ada free market? dah dekat dgn rumah dah tu..

    ReplyDelete

thanks for the comment(s) and enjoy to read more

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post