Monday, January 12, 2015

Super Fast Bowling


Hai semua... Event yang panas lagi untuk update. Cerita semalam main bowling di Selayang Mall. Happening sangat bila dapat main dan berkumpul dengan semua rakan seperjuangan yang pelbagai background kehidupan. Bertemakan baju warna merah.

Dibahagikan satu group seramai 4 orang. Lane untuk event ni dalam 14 lane. Warming up dulu sebelum main supaya tak ada yang cramp.

Saya ni tak ada la pandai sangat main bowling. Semalam syaf iaitu salah seorang team saya ajar yang saya tak pernah guna sebab dah biasa dengan style sendiri. Perghhhh dapat double strike in a row.. Seriously untuk pemain amateur seperti ku, satu achievement yg besar. Masuk longkang tak lebih 5 kali la.

Ada anugerah untuk ratu dan raja longkang, ratu dan raja bowling dan the best group. Walaupun tak menang any of the award tapi spend time dengan mereka sangat tak boleh dikatakan dengan kata-kata. Tak lupa bergambar sampai lebam ea..

Ada orang terlalu sibuk sampai lupa untuk bersama keluarga dan kawan-kawan. Ada yang terlalu lapang, tapi memilih untuk tidak buat apa-apa. Itu semua pilihan masing-masing. Setakat mana pilihan itu bawa kita lebih jauh dan menghargai nikmat kurniaan-Nya. Walahuallam.

Salam karya daripada tuan blog,

Anisa Anuar

Post a Comment

Platemat pinggan untuk kanak-kanak

  Hi semua. Pernah tak korang mengalami,  susah nak bagi si kecik kita makan sebabkan dia nak campak pinggan dia ke bawah? Boleh jadi...