Sepanjang saya berblog-walking...


Assalamualaikum semua dan hye... banyak yang saya belajar sepanjang saya berblog-walking sama ada blog yang saya follow atau saje je nak jejak di sana..antaranya..

1. post yang terlalu panjang
semua mesti dah lali dengan point ni kan...boleh panjang tapi ada perenggan..tip dari saya, bila part dialog.. korang letak pada baris yang seterusnya pastu highlight kan.. tu lagi menarik orang nak baca...pada pandangan saya la..

2. masalah pada nak komen
bagi saya...pasal word verification dulu pun saya banyak mengomel pasal benda ni...tapi bila dipikirkan...memang patut letak, sebagai langkah berjaga-jaga kepada spammer...jadi teruskan aje kepada yang letak...sebab saya masih teruskan jejak pada blog tu...tapi masalah bagi saya...alamak...tak tahu nak komen mana...ada blog bila saya nak komen, saya terpaksa letak pada cbox dia..mungkin saya kot yang tak berapa nampak...
lagi satu...bila komen open window pada masa yang sama open new tab...aiseh...layan je laa...janji leh komen yea tak...

3.terlalu banyak widget
bukan tak boleh banyak widget, cuma tu boleh jadi faktor orang tak nak jenguk blog kita tu..
"lesser is better" percaya la...widget yang penting macam : Most popular Post, Follower, Recently Post... terpulang masing-masing...ohh selalu isu letak lagu pada blog...tu terpulang jugak...saya paham niat mereka nak bagi orang kenal dirinya melalui lagu pilihan pada blog..

4.kurang post tentang dirinya..
maksud saya disini ialah hasil buah pemikiran dia sendiri, pengalaman dia sendiri...kerana mostly post dia segmen dan contest.. memang tak salah nak sokong segmen, GA blogger lain tapi jadi tak tahu macam mana nak kenal blog tu dengan lebih dekat lagi...bagi saya bila hasil karyanya sendiri lagi mudah untuk saya lebih kenal blogger itu..


andai kata apa yang saya tuliskan di atas mungkin mengguris hati sesetengah pihak, saya minta maaf kerana tiada niat dihati untuk mengenakan sesiapa... apa pandangan korang?

18 comments

Popular Posts