Tuesday, October 23, 2012

Jimmy Choo jadi Professor UiTM


Assalamualaikum kepada semua... Keratan akhbar hari ni, sumber Kosmo! Online

SHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) melantik pereka kasut terkenal dan Duta Genovasi, Datuk Dr. Jimmy Choo sebagai Profesor di atas peranan beliau untuk membantu institusi tersebut melahirkan pereka kasut bertaraf dunia.

Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, melalui pelantikan itu, Jimmy akan bekerjasama dengan pihak universiti dari semasa ke semasa untuk menyumbang kepakaran beliau dan membawa pakar dalam rekaan kasut dari luar negara ke UiTM.

Menurut beliau, sebagai pereka kasut terkenal yang berasal dari Malaysia, adalah satu kerugian sekiranya UiTM tidak menggunakan kepakaran dan kemahiran Jimmy untuk memberi sumbangan kepada anak tempatan.

"Penganugerahan Profesor yang diberi oleh UiTM kepada beliau menandakan kerjasama yang lebih erat antara UiTM dan Jimmy untuk membawa pakar teknologi rekaan kasut dari luar negara ke UiTM pada masa depan," katanya.


Moga dengan perlantikan ini dapat melahirkan pereka seperti Jimmy Choo. Perintis beliau mungkin dilahirkan bermulanya dengan UiTM.

p/s : saya baru tahu Jimmy Choo orang Pulau Pinang..

8 comments:

  1. it's good..... a smart uitm student with a talented designer.....
    ilmu yg tak ada diatas kertas......
    pengalaman yg berharga.....

    ReplyDelete
  2. perghh..lepas ni makin banyak la kasut pelik2 keluar..hehhee

    ReplyDelete
  3. tahu tak pe...ada la perintis Jimmy Choo

    MK...yg pelik tu la lagi orang beli nnt..

    ReplyDelete
  4. hebat beliau ni...sma tmpt lahir nmpknya..hahaha

    ReplyDelete
  5. bangga org pulau pinang...habaq mai..

    ReplyDelete
  6. tahniah buat jimmy choo...
    tahniah juga buat uitm...

    ReplyDelete
  7. wah hebat tu!

    ReplyDelete
  8. tahniah professor Jimmy Choo!!

    ReplyDelete

thanks for the comment(s) and enjoy to read more

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post