Tuesday, December 31, 2013

KLCC di waktu malam


Puitis betul tahuk post kali ni..ke main lagi..ini cara saya hilangkan stress...terutama lepas habis kerja.. Kawan yang perkenalkan, Qia...dia kira senpai la bab explore KL..sebab dia dapat kerja dulu kan..dah dia mengajar, apa lagi...abis yang kenalan yang rapat...pun tahu la pasal ni..

Just straight to the point la ek... Pergi Fountain KLCC..apa yang best? Selang satu jam mula dari pukul 8 malam fountain tu akan menari-nari ikut lagu yang dimainkan..Boleh borak dengan member, rasa angin dingin waktu malam...wahhhh...

ni la fountain saya maksudkan *ignorekan suasana*

KLCC dari angle yang saya duduk dekat area fountain

Tak ramai yang mungkin suka..terutama bila waktu orang ramai..Agak la crowded..tapi still boleh tengok dari jarak jauh.. Precaution : jaga barang-barang bila waktu crowded..
Yang kureng sikit untuk ni...bila smoker berdekatan.. *sesak nafas* uhhukkk2!!

Hilang stress bila tengok lampu yang berwarna-warni, fountain yang awesome!!!

Sebab dah selalu pergi sana, terus create KLCC Most Wanted group uolsss hahaha..okay la..kalau yang tak pernah, pergi sendiri...

Hobi Baru : Kumpul Tabung


Hey semua.. Ni nak cerita hobi baru saya.. Entah la sejak bila jadi macam ni...tapi memang suka sangat tabung.. to make it short, I just show pictures,okay?

hasil beli ICE watch *ignore the price and coins*

kat opis pun letak jugak
so, nak letak one of 2014 resolution : penuhkan tabung...jyeahhh!! lama nak penuhkan...jadi tak ada exact amount nak capai berapa hinggit...cuma nak penuhkan..love the weight of those coins..if you know what I mean...Ada ke ada hobi yang sama?? Geng la kita yek...

**Pesanan ikhlas dari penulis : Post ini hanya untuk diri ini sebagai bukti saya dah isytiharkan untuk azam 2014. Andai saya tak berjaya laksanakan, post ini menjadi 'hitam putih'nya..

Saturday, December 28, 2013

Kisah Stress ku : Unknown number


Hey guys.. Lately, asyik dapat phone call dari unknown number.. Nombor yang tak appear kat screen..
Unknown number that's seems private.. I don't know.. It's disturbing me.. Kadang-kadang setiap 2 jam dalam sehari call, ada tu setiap hari dalam pukul 10 lebih pagi, pernah jugak malam dapat phone call..
Seriously, stress betul dengan unknown.. kalau boleh block dah lama block...tapi...nombor pun tak ada..

Jangan risau, memang tak angkat..cuma just...disturbing..
Paranoid la jugak lepas dengar kisah orang kena pukau dengan unknown number..sekarang kan dah macam-macam boleh jadi.. so, amik langkah berjaga-jaga je..

yang menggelikan hati dengan unknown number ni...time 25/12, Christmas la kata kan...tak de lak nak call..aduhaiii...hope tak ada la dapat lagi unknown number ni..pening laaa~~

Fuhhh, kurang la sikit stress lepas menulis pasal ni... so, kalau korang di tempat saya, unknown number yang tak appear number nya...apa korang buat...kalau boleh block number, boleh sesiapa bagitaw cara..

Stress..ohhh stress..unknown number punya pasal~~

ANISA

Friday, December 27, 2013

Terbantut shopping online bila...


Hey semua.. Post ini hanya lah luahan dari saya pengguna yang baru nak berkecimpung dengan ber-shopping online.. Jika post ini membuat ada yang rasa kurang senang, harap maaf.

Seronok rasa bila tengok shopping online kini makin berleluasa dan memudahkan penggunanya..tetapi bila si penjual mula menggeluarkan notis, "Kami hanya memberi layanan kepada yang serius ingin membeli barangan kami.." hati ni terus terbantut..mahu tahu kenapa?

Hati mula bersangka buruk, "Awal-awal lagi dah menakutkan customer.."
"tak mesra pelanggannya.."
akhirnya mula tukarkan mindset dan berfikiran secara rasional, "mungkin banyak kali mereka kena tipu dek customer yang hanya mempermainkan..siapa tak benggang kot"

tapi ikhlas dan jujur, notis sebegitu memang menakutkan saya..lantas buat saya rasa tidak mahu berurusan dengan mereka.. yes, memang kita mesti ada rasa marah yang customer mula-mula nak membeli...pastu last minute cancel pembelian.. tapi..itu lumrah bila buat business..kerenah customer yang pelbagai ragam..memang kena lalui..
Bila notis sedemikian ada...memang berkerut-kerut je baca...kalau notis itu sekali sekala tidak mengapa lah...tapi almost everyday..tak seronok pulak rasanya nak shopping online..

Luahan ikhlas dari pengguna yang baru hendak berkecimpung dalam shopping online,
ANISA ANUAR


Sunday, December 22, 2013

Unexpected Plan : Meet Muadz (Afiq's Junior) + ex-classmates

Wahhh buat post khas untuk si kecik ni.. Anak kawan baik saya.. Muadz namanya.. Tak plan pun nak jumpa hari ni..dengan izin Allah berjumpa la kami beramai-ramai di KL Festival City..
Bila dengar keadaan Muadz tak berapa baik lately, tu lagi rasa nak jumpa.. Alhamdulillah Muadz sihat dan makin comel..dan hensem..
Still tak biasa gelarkan diri ini Auntie Nisa..tunggu si kecik ni panggil nanti, okay la kot..hehehe..
Untuk Muadz, be good boy..jangan sakit-sakit lagi yea..be healthy baby ;)
From, your lovely auntie Nisa

Thursday, December 19, 2013

Kerana Blog...


Hey semua.. Saje je nak update..just what's on my mind.. Haritu ada la tengok citer gosip artis.. I am not gossiper okay..tengok je la..tapi macam masuk air je bila tengok.. so, back to my topic..
masa tengok rancangan tu..katanya,
"Cerita kat blog..entah macam mana diaorang lebih tahu daripada kita...mereka macam ahli nujum pulak..."

mak aihhh terbesar pulak font statement tu... lebih kurang je ayatnya...tapi bukan la sebulat-bulatnya.. sedih pulak dengar..yelahh saya pun berblog..katanya medium blog penyebab dan pencetus cerita tak betul.. Don't bother okay...bukan nak kecam sape-sape..cuma nak luahkan rasa sedih, kenapa ada yang salah gunakan medium blog..

Berkarya sebaiknya... jangan kerana blog, persepsi orang diluar sana terhadap kita yang ada blog atau peminat baca blog turut terkesan.. you guys are much worth than that.. I know.. I know.. Just ignore those negative thing..memang dah adat dunia siber ni..

Thanks for those yang masih baca blog Anisa's Corner ni.. terima kasih yang tak terhingga.. nanti saya rajin kan diri untuk update..untuk menunjukkan blog ini masih bernyawa...

Apa pandangan anda tentang ni? Setuju? Tak setuju? Marah? Luahkan.. Jangan disimpan..nanti jadi 'daki' (euuuwww kotor2)

Pandangan ikhlas,
ANISA

Saturday, December 07, 2013

Inter Impact Nexus Studi Beatz Dance


The other day, I asked my brother about video link on his dance competition..
Well...I never imagine that he is so into this B-Boy world. then, he gave me the video link


I scream like a fanatic fan girl..can you guys imagine it..okay..Don't Imagine it..
Yes, my brother is in that crew...
It's hard to recognize him because he seems so alike with his friends
although all of them are Chinese and he is the only Malay in the crew..
but still...I keep guessing which one is my brother..

until at one time, for his solo performance..
I saw this familiar move..that's how I know my brother..

So, they got second place out of 4 dance crew..
It does sounds amazing to me.. If they intend to go higher or next level..
I guess, they already have a fan here *waving*

My brother is becoming an engineering and B-Boy,
one thing that pop out at my head, he is so alike with Moose in Step-Up

From : Very excited sister who admire her brother
 

 

Update Pantas Minggu Ini


Hey semua.. Lama betul dah tak update ni...Dah bersawang sangat dah ni.. *buat gaya maid bersihkan 'blog'* hahahaha...much better..so, apa cerita saya kali ni?

Macam ni..masa study dulu saya selalu amik upah tolong kawan-kawan buat analysis Final Year Project (FYP) ehhhh...bukan buatkan thesis la..tolong buat analysiskan part statistic tu je.. memandangkan itu la bidang saya masa belajar, jadi saya mengambil peluang untuk menambahkan experience pasal ni..

Tak sangka la jugak..dah bekerja ni pun, ada jugak nak buatkan analysis..biasa la bila kawan dah recommend kn..ada yang mampu tolong saya buatkan...tapi bila kena kejar dateline yang agak last minute..takut menghampakan baik saya menolak..

Perasaan dapat tolong orang dengan benda ni buat saya rasa bertambah bersyukur dengan pilihan saya ke arah bidang ni..dalam hati selalu terdetik, "This is my thing..."
Bila ditanya soalan, "Berapa ea upah nak buat ni..."
Hati ni 'geli hati' bukan apa...sebab tak pernah pun letak rate untuk setiap project. Ikut kadar kemampuan, yea la kan.. ilmu yang saya ada ni 'pinjaman' semata-mata.. Saya hanya mampu jawab (untuk sekarang), "bagi saya selesaikan tugas..then baru cerita pasal tu.."



Korang macam mana...Okay tak tajuk entry ni? Tajuk tu sesuai kepada golongan yang macam saya ni...yang..jaran-jarang update blog..jadi boleh la guna tajuk entry ni.. Ohh, if you want to use the title, be my guest...tak perlu pun mintak permission..tapi best jugak kalau ada nak guna sama...macam ala hashtag gitu #UpdatePantasMingguIni

Itu saja dari saya...Alaaaa, no worries ada masa saya update la lagi yea..

With lots of love,
ANISA
xoxo

Friday, November 29, 2013

My Dear Blog

Hey blog.. it's been awhile that I write to you..like too long huh.. sorry for my behavior.. no worries, our friend diary do help me a lot lately.. so I guess I should accompany you for awhile..

So anything interesting happen to me? Let just say, I do great to survive.. My weekend packed because attend my friends wedding.. Don't ask me when will be my time,my dear blog... I will happen soon or later..just wait and see..

To my dear blog,
I will try to keep update to you.. so, don't get jealous with diary,okay..
That's all from me..

From your owner,
ANISA
xoxo

Sunday, October 27, 2013

Kenduri Kahwin Semalam : Zulfadli dan Atie


Assalamualaikum semua...dan hai..
Semalam pergi kenduri kahwin kawan...memandangkan saya ni susah sangat nak pergi wedding kawan..
tu yang rasa nak update jugak..memandangkan kawan saya pun dah update (SINI)

kendurinya di Rembau most wanted yoo~~
memandangkan dah duduk Pilah tak pergi wedding kawan..memang la kan..
so, terima kasih to my parents sebab membenarkan anak kesayangan mereka ke kenduri ni.
and to my chaperon a.k.a bodygouard my cousin,Alan sudi temankan.

sebab tak berapa familiar dengan tempat, dah sampai je rumah pengantin
tanya la mak pengantin, "ini...rumah Zulfadli kan..."
dengan supporting maknya cakap, "aah la..rumah dia la ni..."
tarik nafas lega...takut salah wedding.. syukur sangat masa tu..

memang niat nak tengok pengantin sampai...dan dapat tengok dua mempelai ni..


jumpa jugak kawan-kawan yang lain. Kawan sama-sama jadi Seketeriat Mahasiswa Fakulti (SMF)


sempat 'kidnap' pengantin untuk bergambar.. kena beratur ni nak tangkap gambar..
Ini kenduri kedua saya pergi untuk sebanyak-banyak yang invite.
Harap saya dapat pergi kenduri kawan saya yang lain.

suka sangat door-gift untuk guest...boleh curi idea tak ni..hehe


Kepada Zulfadli (Stinson) dan Atie,
Semoga kalian berdua bahagia sehingga hujung nyawa..
Be nice to each other, love each other..
Live with the fullest that you both can.. Harungi onak duri perkahwinan bersama-sama..
Doakan yang terbaik untuk kalian..

wahhh panjang pulak ucapan.. tahniah kalian berdua..
(This post dedicate to both of you)

Doodle Dari Cik Amal


Post kali ni nak ucapkan terima kasih kepada Cik Amal untuk doodle yang kiut sangat..
hujan macam ni..best jugak kalau pakai macam ni..hehhee~~


seperti yang saya mintak dalam Segmen Random by Cik Amal
alahai nampak sangat saya jarang bukak facebook..
baru tengok inbox dari Cik Amal bagi dah lama yang amat (18 Oktober)
hari ni baru nak bukak?? ayoyo Anisa..
Nasib ada niat nak usha facebook untuk Anisa's Corner..

Terima kasih yea Cik Amal...and please everyone keep on support this cool blog
dia banyak tolong saya dari segi cantikkan blog saya sekarang ni..dapat doodle lagi..
keep up your good work, Cik Amal.. you go girl!!!

Tuesday, October 22, 2013

Wallet Transform | Promote miacara_miacara


Hey semua... Ingat tak post ni? Should I change this? Well, I did change my wallet from this


And...then transform into this

Beli online dari miacara. Mula-mula tengok je lepas tu terus jatuh hati.
Memang puas hati...sebab memenuhi keperluan saya.
Cantik..warna glitter gitu.. Harga pun reasonable..
So,no more 'boyish' item for me...and hello ladies item..

Alang-alang ni nak promote sikit instagram 


Terdapat juga blouse, jeans dan banyak lagi...
Empunya miacara ni pun peramah orangnya, bila layan saya di whatsapp..
Rasa senang sangat nak berurusan dengan dia.

So, what are you waiting for...
Feel free to check them out.. You girls will going to love it.


Monday, September 30, 2013

What I found interesting at Berjaya Time Square

As what we know, Berjaya Time Square have Cosmo World,indoor theme park...but for this post,I am more interested to write about shop that I found when I was walk all by myself.

1. CLASSIC is the shop for most Japanese movies and animes. The price quite reasonable and it's definitely original...don't even bother to test it out. I can't get out from that shop because my eyes like everywhere...I want this, I want that..

2. Place with cool t-shirt. Most of nowadays teenagers wear it. I love see this shop as if I were a boy, I am definitely going to buy it. As if..

3.Place for cap lovers. People who do collect cap any unique design,here is practically you should go.

4. ICE watch lover like myself, who love to make it as part of your personal collection,this place you suppose to be. The price is around RM10-RM15 (not the original expensive material).. My advice just pick that you like and if you are picky about the price,look out for the cheapest is RM10.

So there you have it.. If you would like to add it on what's interesting at Berjaya Time Square,please do so.. This quick review is what I saw on 1hour walk shop by shop all by myself.

Thursday, September 26, 2013

Fikir sebelum update

Perkara yang dah lali dengan sosial media. Memang kita boleh update sesuka hati tapi ada padahnya kalau tidak berfikir. Serupa implikasinya kalau fikir sebelum bercakap. Berhati-hati dalam update apa-apa di laman sosial,takut 'termakan' dengan perbuatan sendiri.
Gunakan bahasa sebaiknya. Lenggokkan bahasa turut main peranan. Lain orang,lain cara membacanya. Khuatir ada yang terasa hati. Memang tak salah untuk menegur, tapi jangan guns bahasa yang kurang enak...tidak ada siapa sukakannya.

Jangan salah gunakan kemudahan yang ada. Gunakan untuk sebarkan ilmu bermanfaat, berinteraksi dengan orang. Saya tak tujukan post ini kepada sesiapa..hanya sekadar peringatan untuk diri sendiri. Biar kita menulis kerana suka dan minat bukan kerana inginkan ganjaran.

P/s : post ini sebagai tanda persetujan kepada diri saya untuk tidak update yang berunsurkan fitnah dan negatif.

Daripada,
ANISA
Penulis amatur

Tuesday, September 24, 2013

Should I change it?

This post just dilemma that I need to handle. Do I need to change my wallet... Yeah, it was not big issue anyway. I love this wallet. I prefer to show 'masculine' on my things. As myself not very girlish and that's just not me.. so, do I need to change new wallet? Please help me decide this dilemma, really hate this feeling..

Tuesday, September 17, 2013

Recommended Apps : Wattpad


Hey everyone. I would like to recommend this application that I am addicted to now. It was introduced by one of cousins. This apps is suitable for those who love to read books and even you can make your own stories. If you want your story want to be read, this is one of the platform that you can start with.


These are the categories that you can look for. I prefer for Fan Fiction and Teen Fiction. You can look preview on My Library.


I always read it on my phone while wait for train and bus, I will read this. Just don't expecting too much because most of them are amateur writer and you can interact with the writer by vote and comment the stories. There will be update from time to time for each story that you read based how often the writer is going to update it. If you use it on your phone, no need to worry about the internet connection to read them, but you need it to  update and add more story to your library.

So, don't be surprise if later on my story might be in here.

Monday, September 16, 2013

Shoes lover


Everyone has their own unique way when to go for shopping and so do I. I always bad on what to do decide...but if I already decide, I won't hesitate just grab it and buy. The other day, I want to buy new shoes and thanks to my dear, shopping consultant help me out on decision. We had look for shoes just in 2 shops and I already can make up my mind. Actually,it depends on what things that I want to buy, for who, price (of course). After I've make my mind, then I just look for size and try put it on...then just pay for it. Ohh hey, yeah tell me about it...

I am not a person who is easy to go shopping. It is often for me buy for myself. Don't ask me why...I just like to spend for my siblings. After awhile, I had realised that I love to shop for shoes...and bags..hehehe.. so who's with me?? Put your hand up!!!

This is the shoes that I bought recently


I bought this before this year raya.

Random by cikamal.com


Hey guys. Happy Malaysia Day. Okay, it is been awhile for me to join in segment,so I won't missed for the world.. I would like to be a part for Cik Amal first random segment. If you want to join in,just follow on what you need to do.


Click the banner above to go straight to do URL of this segment. Ohh hey, she asked want nick name that I want to put. Cik Amal, could you give me... ANISA. Just my name. (^_^)

Sunday, September 15, 2013

My late grandfather's memoirs



Hey everyone. This time around I try not to be sad as my grandmother was passed away a week ago. So, my cousin already make a dedication for both our late grandparents and this time around I want to share a few things that we have discovered especially from my late grandfather. These are the things that we had found when do the cleaning my late grandfather's stuff.

The First Day Cover
His diaries when he was 16 years old up until the day the passed away

Record album from P.Ramlee, Rahimah Rahim, Sharifah Aini even Bobby (Hindustan old film)
I was so thrilled when I saw his diaries. I looked the date that I was born, the day my siblings were born also were written in his diaries. The things that he wrote basically just minor thing such as, "Breakfast Roti Canai and Nescafe". All of us read it when he detail out like "Eat Mee Goreng that was cooked by Anuar (my dad)". It feels that we do know what he was doing at that time. I will treasure his things as I want it to be heard by my children and grandchildren.

Before the cleaning activities were held, I was visited to my grandmother's grave as she passed away on 11 September 2013. Al- Fatihah.


Thursday, September 12, 2013

Latest update : THIS IS ME

Hey... Yeah I miss my blog like crazy hahaha..okay ignore what I've just said.. so what's up with me now? I am still hanging there..another phase of life cycle.. of course I am NOT talking I mean writing about marriage, silly of you.. It's beginning of my career. As I am lack of experience and to be with on top with others sure are my biggest challenge but I can hanging in there... I would love to write more here. Lately, I feel want to write my own stories.. if I really want to do it, I let you guys know,okay?

That's all from me.. thanks to those still read and write to me.. love you all.. just say hey to me if you want.. I don't eat human after all..just chocolates yummy..I mean food of course hehehe.. see you later..

Sunday, September 01, 2013

Khazanah Arwah Nenek

Assalamualaikum semua dan hai...woahhh lamanya tak update blog.. okay, kali ni...citer dah lama buat saya tapi saya nak kongsikan dalam blog tercinta ni...cewahhh..

Raya tahun ni tak sama macam raya sebelumnya.Kehilangan arwah beberapa bulan yang lalu. Okay tak nak la citer sedih..nanti saya menangis habis blog ni banjir..

Jadi apa yang khazanahnya... Nenek memang jadi role model untuk saya simpan diari..ala2 audit diri sendiri... Yang buat kami cucunya terharu,arwah ada buat catitan tarikh lahir kami..



Walaupun kami semua ada dalam 16 cucu...dan saya cucu7 sulung memang tak tahu yang arwah ada catitan ini... Tulisan arwah yang kemas...buat saya kagum denganya..Mungkin orang tak nampak value catitan ni...tapi amat bermakna buat saya..

Wednesday, August 07, 2013

'Dating' dengan One Direction


Setelah penat shopping di PKNS dan area Seksyen 7, Shah Alam kami bercadang untuk ke tempat lain untuk teruskan penggembaraan kami. Ohh, jangan risau saya pun tak nak cerita apa saya shopping..too many to tell..

sampai je Subang Parade dan hendak menuju ke wayang untuk membeli tiket cerita Despicable Me 2..tiba-tiba saya nampak mereka.. mereka berlima..hati tiba-tiba menjerit, muka merah yang amat...

"nak...nak diaorang...nak tangkap gambar dengan diaorang tu.." muka dengan tanpa segan silu terus ke arah mereka..

okay-okay mungkin saya lebihkan cerita...yang tangkap gambar tu betul, dating tu...berangan je lebih.. saya ni penyegan sikit nak tangkap gambar...entah kenapa hari tu,siap posing bagai...pedulikan orang lain.. ada gambar dengan Zaynn..tapi simpan je la hehe~~ kang ada yang jeles..

walaupun dapat tangkap gambar dengan patung je huhu tapi rasa macam jumpa betul-betul..dah macam orang tak betul pulak..


Sunday, August 04, 2013

My Personal Financial Audit

hey semua... rindu betul nak update blog. okay, nak citer pasal saya buat audit kewangan untuk diri sendiri. Dulu pernah buat tapi nak jadikan habit semula. ohh tak ada la susah mana nak buat pun. Saya cuma buat catatan segala pembelian saya. Cara ni dapat tengok saya banyak berbelanja dan pada masa yang sama saya dapat forecast kewangan saya..dalam buku tu turut saya selitkan resit-resit yang membuatkan shandbag penuh dengan sampah sebagai bukti pembelian.

mungkin nampak remeh..tapi saya cuba jadikan habit saya semula. ohh anda juga boleh buat..apa yang anda perlukan cuma jadikannya habit..boleh jadikan kita self-discipline anda aware dengan pembelian yang kita buat. tahu apa yang keperluan dan kehendak. selamat mencuba semua dalam menguruskan personal financial audit..


Saturday, July 27, 2013

When Dad give rules for dating


Every dad's in this world want the best for his daughter. So, they give simple rules and they "wearing" it..to keep remind of those guy who want his daughter.


When I said they "wearing" it...I do mean it guys. Tips for the guys out there...most of girls which including me...really want my future soul-mate like their own father. In what way? caring, protective something like that..if you know what I mean..

When dad's wear like this kind of clothes..don't say that they did not warn you..hey, you guys might do the same thing if you have daughter too, right? Date your lady like you want the best for daughter to have (someday)


 p/s : dad really what best for his daughter...that's for sure..

Blogging hanya hujung minggu


Hai semua.. Tajuk yang simple je. Cukup untuk post mengenai diri sendiri. Jadi hanya hujung minggu saje dapat blogging dan blog-walking sikit-sikit. Tu je kesempatan yang ada tapi memadai la dengan keadaan sekarang ni. Tipu la tak rindu nak blogging...tapi apa kan daya.. alahai bersyahdu pulak dalam post kali ni.

Saya nak ucapkan terima kasih yang teramat sangat kepada yang singgah ke blog saya ni.. Walaupun tidak apa yang begitu menarik tapi masih ada yang menyinggahnya. Kalau tak sebabkan kamu semua, tak hidup la blog ni..

Bagi la update sikit pasal yea... So far minggu kedua berkerja..okay la...tapi nak kena keep up dengan yang lain tu...nak nak bulan puasa ni...temptation nak tidur (alamak, kantoi asyik terlelap time kerja) tu memang la tinggi.. The whole department orang cina so, time mereka pergi lunch..saya teruskan kerja supaya boleh balik awal sikit. Stress kerja tu dah mula nak masuk gear 1... kerja sebagai apa? lebih kurang compute data pastu analysiskan data tu..so, memang apa yang belajar kat zaman universiti tu ada la membantu sikit. Aah kerja area insurans...tapi tak la involve sangat dengan jual insurans tu..

Tu je la...kalau ada kesempatan saya singgah la mana-mana blog yea.. nak aktif macam dulu..macam susah..kalau ada tag ke atau ajak join segmen tu..tu la hehehe tak boleh nak jangka sangat..


Sunday, July 21, 2013

Anisa's Corner Facebook Fan Page


hey semua.. kepada yang follow facebook fan page untuk blog ni tahu kewujudan page ni.
Tujuan lebih tertumpu kepada silent reader yang tiada blog dan lebih menjurus kepada rakan realiti saya.
Tengok follower pun,okay la..memang tak nak ramai-ramai pun. Bukan retis pun. Cerita pun pasal perkembangan diri+ post yang ting tong..

banyak share kan post blog ni kat facebook fan page ni.. ada yang nak like jugak? Boleh aje.. Anisa's Corner Facebook fanpage

kepada rakan blogger,nak ajak saya join segmen ke..GA ke..letak aje link kat facebook fanpage saya tu..insya-Allah ada kesempatan saya join aje..
kalau ada request nak saya promote business / fanpage / blog apa aje...boleh je request..berbesar hati nak jadi sebahagian promote pasal kawan-kawan semua...



Saturday, July 20, 2013

'Car Fresher' semula jadi | lawak


Post kali ni berunsur lawak yang tiada ada kena-mengena dengan siapa-siapa. Post yang lebih kepada berunsur santai sahaja.


Ini baru betul car fresher hehehe.. tak ada la bentuk macam pokok tu bak kata saya la tak ada ummphh baunya.. agak-agak ada ke nak naik kereta bau durian cengini.. alahai, baik makan aje kang dah busuk...mak aihhhh baunya..menusuk kalbu..

ohhh haa...cuba la bayangkan tengah bawak kereta jalan lak tak berapa elok...pastu terjatuh lak durian tu atas kita...bahaya dik oiii...durian tu..okay durian.. durian tu ibarat bom taw..


Kini sudah bekerja



Hey semua... Ingat tak hari tu ada citer pasal Interview ... syukur alhamdulillah, lepas je interview terus dipanggil untuk berkerja.. Mula berkerja minggu ni hari isnin yang lalu, 15 Julai 2013.
Kerja kat mana?? Company Tokio Marine. aah berkaitan insurans..maybe ada yang familiar..

Belum permanent lagi la.. ada percubaan dalam 6 bulan, baru la nanti tukar status permanent pulak..Boleh dikatakan kerja ni dapat memang berkaitan dengan course masa belajar kat UiTM dulu..

Sebelum kerja kat sini, sebulan saya kerja kat kedai topup area rumah je.. Best la kerja situ. Pada pandangan saya, tak kisah dari mana kita nak bermula tapi kita yang kena mula bertindak. Dah dapat peluang, jangan lepaskan..

Sebenarnya nak jugak share berita baik ni kat facebook. Tapi bagi mengelak ada yang beranggapan saya show-off dan memahami kawan-kawan yang belum ada rezeki dapat kerja, saya batalkan saja niat tu. Hanya kongsikan berita gembira kepada kawan yang rapat.

Saya dah berada peringkat seterusnya selepas digelar graduan UiTM. I need to catch up with the environment,yang saya pasti bukan perkara mudah dan banyak kena lalui..
Kepada yang masih mencari kerja atau baru je macam saya ni, saya belajar sesuatu...kita tak boleh nak memilih sangat nak berkerja. Saya berharap dapat menyumbang sesuatu walaupun tak pasti mampu menyumbang pada masyarat tapi cukup la dapat menyumbang pada diri sendiri dan keluarga.

p/s : kagum dengan orang-orang KL yang gagah menempuh trafik hari-hari...sungguh ni..

Cerita Si Pemandu Teksi


Setelah sekian lama...akhirnya dapat update blog...rindu wooo ~~
Apa cerita pulak kali ini...Semuanya bermula semasa nak pergi interview kerja tempoh hari.. Sebab tak berapa familiar dengan jalan di Kuala Lumpur, teksi adalah jalan terakhir untuk tiba disana..
Sepanjang perjalanan ke destinasi yang dituju dapat la advice yang menarik. Mungkin terlalu jelas terpancar dari muka ni tak biasa dengan KL..

"Adik, kalau dah duduk kat KL ni...pandai cari kawan. Kawan makan kawan tu banyak. KL ni kebanyakkannya rosak dah.." 

saya angguk tanda paham apa dikatakan oleh si pemandu teksi tu.

Situasi seterusnya dalam teksi jugak cuma lain pemandunya,destinasi yang sama ditujui..

Sedang saya tengah memegang dompet di tangan,terus si pemandu teksi menegur ku

"Adik, lain kali jangan pegang dompet macam tu yea..."
cepat-cepat masukkan dompet dalam beg.. "kenapa pulak.." tanya saya dengan penuh hairan.

"Bukan apa...sekarang orang dah tak baik macam dulu..Pegang nasi lemak kat tangan pun orang boleh kebas...apatah lagi dompet penuh dengan duit tu.."

Terima kasih kepada pemandu-pemandu teksi yang bantu saya dalam memudahkan urusan saya disana..
Nasihat ada saja yang diberi... Nampak sangat datang dari kampung, banyak asam garam dunia tak diterokai..



Saturday, July 13, 2013

Bila superbike bermahajarelela | ting-tong version


Post ni tidak ada kena-mengena antara hidup ataupun mati. Hanya cerita gambar lawak sahaja..


korang ada ke macam ni?? superbike tu...tak kan nak letak kat luar je...kang tak pasal kena rembat, boleh menangis tak berlagu.. yang best tu..owner kedai tu pun rilek semacam je..hey bro,there's a bike in your shop...are you aware of that??
agak apa la owner tu pikir.. "tak apa, janji customer ada...dah lama sangat sorang-sorang dalam kedai ni..."
tak pun "aku pun pernah buat macam ni...ada jugak yang mengikut.."

agak-agak ada tak yang berani nak buat macam ni? kang ada lak mengikut cara mamat sorang ni...
sekadar cerita yang ringan untuk semua beimaginasi.. Just...don't try this at home..

Beli Tag nama untuk Runningman


Lama rasanya tak update kat blog ni... Nak lepaskan rindu kejap eh kawan-kawanku..hahaha~~
okay..ni nak cerita pasal tag nama Runningman. Harapan adik saya untuk memiliki tag nama ala Runningman tu saya tolong penuhi.. yalah disebabkan saya jugak adik saya tu jadi addicted melayannya. Kami asyik bergurau senda mencabut 'nama' dibelakang badan kami tu.. Saya tak kisah sebab saya selalu join sama..


Nampak awesome kan.. memang pun.. dalam Runningman macam senang je mereka tu cabutkan tag nama tu kan...tapi setelah diri sendiri mencuba..memang bukan senang nak cabutnya..

Beli secara online Facebook Running Man Shop penuh dengan T-Shirt, Tag nama, Topi, Jaket.
Boleh dikatakan beli tag nama ni sebagai testing membelinya..sebab yang pasti akan membeli lagi..sebab adik kecik sorang tu,Atiya pun nak jugak.. Boleh la beli baju pulak ke hehehe~~

Apa kata korang beli jugak, main dengan adik-beradik korang...hahaha..lain pulak kerjanya nanti bila mak panggil suruh tolong..cakap tengah sibuk nak main cabut nama..



Thursday, June 27, 2013

Perkara yang boleh terjadi Sebelum Exam (waktu study week)

 
Post ini lebih kepada pengalaman hidup sebagai mahasiswa dan kejadian sebegini tak pernah lari dalam menjadi sebahagian hidup mahasiswa.. Post ini juga bukan untuk menakutkan bakal mahasiswa tetapi sebagai persediaan mental yang perkara ini adalah perkara biasa akan berlaku dan harus diingatkan untuk mencari jalan penyelesaian yang lebih bijak.

Perkara ni boleh berlaku dalam tempoh sebelum dan semasa exam yea..
1. Assignment mengejut atau Projek menimbun2 boleh jadi apabila lecturer bagi assignment tambahan yang due date boleh jadi sebelum atau selepas exam. Ini akan menyebabkan study tergendala dan kurang tidur gara-gara untuk siapkan assignment. Waktu ini kita akan mula mempersoalkan "aku datang universiti ni untuk buat projek ni je ke...bila nak habis..?" percaya la..projek itu sebenarnya membantu proses pembelajaran dalam kelas. Hanya orang yang memandang remeh, mungkin menyatakan projek dan assignment yang menimbun tu tidak mendatangkan faedah.

2. Pergaduhan atau bertikam lidah hanya perkara salah faham dan stress dengan exam dan projek..perkara sebegini memang akan berlaku..kalau kita matang, just moving forward dan abaikan pergaduhan remeh-temeh..

3. Tikam belakang kawan bila dapat nota tambahan dari lecturer atau hint dari lecturer. Ada segelintir akan menyembunyikan dari rakan kelas yang lain.

4. Soalan dan statement yang boleh buat kita annoying
"Ko dah habis study ke belum?"
"Elehh, senang je tu...tak kan tu pun tak reti.."
"Ko tidur ke dalam kelas..masa belajar bab ni?"
"Apa je yang ko tahu ha?"
"pergi la tanya orang lain..aku tak senang ni"
Kalau nak buat list...memang banyak la..tak terkira..

5. Kawan makan kawan lebih kurang macam bertikam lidah dan tikam belakang kawan tetapi boleh juga terjadi antara rakan sekelas ataupun serumah atau sebilik.. Bila perkara ini berlaku, harus motivasikan diri balik untuk tidak terjejas pelajaran dengan memikirkan masalah ini.. Mungkin ada di antara kita akan rasa tak tenang sebab bergaduh dengan rakan baik...fikirkan mana yang terbaik untuk saat itu.. Luahkan rasa itu kepada yang rapat agar dapat membantu untuk lebih fokus untuk menghadapi peperiksaan.

Memang semuanya berlaku pada saya..pada tahun pertama, saya sangat naif..dan mula belajar dari pengalaman dan menganggap itu semua pelengkap sebagai hidup seorang mahasiswa. Harap sedikit sebanyak dapat membantu...Jangan stress perkara sebegini masa musim exam..kalau boleh elakkan amat la digalakkan..Semoga berjaya.. No Stress,okay? (^_^)

okay nak selitkan overall dalam lukisan yang sangat geometrik dari saya.. alahai, budak 6 tahun pun boleh buat ni..next time saya perbaiki lagi yea...


apa pandangan korang? boleh kongsi kalau ada kelainan sikit..ohh hey, jangan komen gambar je...hehehe..segan la..sebab drawing ni bukan la 'watak utama'


Wednesday, June 26, 2013

Pengetua SAMURA masuk TV | Jerebu


Mesti sejak kebelakangan ni ramai update pasal jerebu kan.. tempat saya kat Kuala Pilah ni...boleh la tahan jerebunya..tapi tak seteruk macam yang lain.. Banyakkan bersabar yea kawan-kawan..
Jadi saya mula memerhati di laman sosial (facebook, twitter) banyak respond dan luahan hati dan rasa pasal jerebu ni.. Isu salah-menyalah sudah menjadi perkara yang pasti..

Haaa, berbalik kepada tajuk post..pengetua sekolah lama saya masuk TV..


yea saya...dulu saya sekolah disini.. bila dengar je IPU Muar teruk tempoh hari, memang benda pertama saya pikirkan sekolah lama saya, Sains Muar (SAMURA). Timeline twitter dikalangan school mate tu memang lagi mengingatkan saya pada Muar.

Jadi kepada semua... Jangan jadikan peristiwa jerebu ni sebagai satu bala tapi harap lebih memandangnya sebagai hikmah daripada-Nya untuk lebih menyayangi alam sekitar. Mungkin dulu kita pernah memandang temeh pada perkara yang kecil..tapi percaya la ini untuk kebaikan bersama. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya... Sikap keterbukaan dan kematangan kita turut dinilai..

p/s : baru beberapa bulan yang lepas bertemu dengannya.. Beliau tetap maintain...dan selalu kagum dengan karismanya..

Saturday, June 22, 2013

Taleeb dah Kahwin??


Hye semua... Korang kenal dengan penyanyi yang famous dengan lagu Restu Cinta? Baca SINI untuk tahu lebih lagi pasal tu.. Jadi pagi-pagi lagi macam biasa bukak facebook untuk tahu update kawan-kawan..
Jadi betul ke Taleeb ni dah kahwin...


selepas statement beliau dari facebooknya... ramai mengucapkan tahniah atas pernikahannya..
setakat itu sahaja, kemungkinan belum update lagi..jadi tunggu untuk kenyataan lanjut darinya..

ini post yang menambahkan kenyataan tentang perkahwinan Taleeb



Tahniah Taleeb dan isterinya.. Semoga berkekalan hingga akhir hayat.. Tahniah!!

INTERVIEW


Hey semua...Apa khabar? Sihat? Saya? Sihat je...dan tengah struggle untuk mencari kerjaya..
ecehh..bukan apa...sementara menunggu tawaran kerja dan lebih lagi panggilan untuk interview...saya sekarang berkerja kat kedai area rumah je.. well...we have to start from somewhere kan?
saya fikir yang saya perlu lebih lihat dunia luar...memandangkan hampir 6 bulan duduk di rumah dan menyebabkan diri ni mental breakdown.. okay..nak terus cerita pasal interview hari tu..

Interview kali ni saya buat lebih sikit homework dan syukur sangat apa soalan yang jangka interviewer tanya ternyata ada.. antara soalan common ditanya ialah :-

Tell me about yourself, What are your strength and weakness, Why should we hire you, What do you know about your position

cuma ada jugak yang unexpected punya soalan, "why do you put that amount of expected salary?"
nasib baik otak masa tu bergeliga dengan baik dan dicampurkan dengan Oh My English.. tak tahu la apa jadi time tu, tawakal banyak-banyak.. Yang saya excited pasal interview ni sebab sikit sebanyak related dengan coursework yang saya belajar kat UiTM..dream job? lebih kurang..antara choices..

Mencari kerja ni la saya rasa....realiti memang menarik..describe menarik? hehehe....subjektif la tu..

study dengan gigih walaupun tengah jaga kedai

bapak datang bawak coklat kat kedai...pastu ada customer ngecek sikit la..


Monday, June 10, 2013

masa depan ANISA's CORNER


Setelah sekian lama tak ada post...hahaha
seminggu je tak ada entry. Ada jugak terfikir apa masa depan ANISA's CORNER ni...
yang pasti,blog ni memang akan ada cerita kisahku,
apa yang saya rasai,dengar dan nampak.
Sebenarnya, saya nak mengambil keputusan untuk menyepi...bukan sahaja pada blog
tapi...pada semua laman sosial yang saya ada..kenapa??

Saya cuma nak mengenali diri ni jauh dari blog dan laman sosial yang lain.Menggunakan blog untuk mengenali diri...tak selalunya berkesan..Apa yang nak dicari? Itu saya tak pasti tapi jauh disudut hati ni...masih mencari diri..Apa saya hendak buat untuk hidup saya.. Apa usaha yang saya dah buat..

Harap saya tak perlu menyepi terlalu lama dari blog ni..
Blog-walking selagi terdaya.. Sebab perasaan untuk berblog masih ada dalam hati ni..
Hey, jangan risau... Ini bukan la post yang menyedihkan.. Sejak dua menjak banyak berfikir..
Jadi...my learning in progress...Remember guys, cherish your day to do great things.
Write good things on your blog, be nice to others.
Wrong usage of word can give different meaning from the real meaning..



Saturday, June 01, 2013

Hadiah Konvo


Cerita konvo tak habis lagi ke... aiseh.. tak la.. ni kasik tunjuk la sikit hadiah konvo yea..


mintak adik kesayangan yang giler camera jadi model pegang hadiah..
bunga+winnie the pooh tu hadiah dari Fad..siapa dia tu?
ada la...hehehe.. *blushing*

yang hand made bantal ada macam character android tu
siap ada nama NISA tu, kawan yang buat.. Faaizah namanya..
dah addicted buat hand made tu..dan yang paling best, lepas penat konvo tu..
tidur dalam kereta beralaskan bantal Faaizah bagi..
puas la cari bantal yang best dalam kereta..ni baru namanya gunakan sepenuhnya kan..

ni je ke? ohh ada lagi satu..
Wani ada bagi tempat letak handphone..tapi dah kena kidnap dengan adik tu ha..
sibuk je nak kakak dia punya barang..
Mak Teh pulak bagi blaus..macam tahu je anak sedare dia perlukan banyak lagi baju cantik.
tak pandai nak beli baju lawa... gitu la jadinya..

apa-apa pun terima kasih sebab bagi hadiah..
sebenarnya, dah warning siap-siap tak nak bunga hidup..sebab tak pandai jaga..
dari membazir begitu saje..jadi tak pe la..ni pun memadai..

p/s : suka benor si Tiya ni...bila dapat 19 like kat facebook untuk gambar dia ni..
 

Thursday, May 30, 2013

Tak tahu nak pilih siapa...


Aisehhh...Jangan risau ni bukan pasal soal hati dan perasaan.. Selalunya setiap bulan saya akan pilih seorang untuk featured dalam blog ni untuk segmen khas blog Anisa's Corner iaitu Breaking Down My Favourite Blog untuk bulan saya rajin blog-walking dan rajin update.. Jadi walaupun saya boleh la kiranya ada jugak blog-walking tapi masih tak jumpa lagi..

Syarat yang saya dah letakkan bila sekali blog tu dah featuring untuk Breaking Down My Favourite Blog, dah tak boleh untuk akan datang.. Review khas untuk bulan itu contoh untuk post ramai pengunjung September 2012

Jadi lately tak berapa pandai nak pilih...tu yang timbul isu tak tahu nak pilih siapa..tapi insya-Allah akan datang, saya cuba pilih yang saya suka untuk Breaking Down My Favourite Blog of The Month..
Macam mana nak dipilih? Yang saya rasa selesa nak baca post nya, selesa blog-walking kiranya yang saya selesa la...jadi jawapannya agak subjektif gitu..

And...selalunya saya review blog tu in english...just in simple English word...Mana la taw kot orang negara luar baca ke..haaa~~ siapa yang tahu..

p/s : Saya ni tak berapa cerewet orangnya..

Monday, May 27, 2013

Imaginasi masa kecik2


Semua orang ada imaginasi masa kecik2...saya pun tak terkecuali..
Dulu memang ada cita-cita + impian nak buat macam ni


pernah buat jugak dulu...guna selimut..timbunkan bantal banyak-banyak..
memang besar la jugak... Habis la satu bilik tu decorate..
so kiranya jadi designer tak professional la..

Korang macam mana? Mesti sama kan..
baik ngaku..entah-entah main kawen-kawen kan kat pondok belakang rumah tuhh..

Sunday, May 26, 2013

BLOG BERWAJAH BARU!!!


Hye semua.. Kalau perasan blog ANISA'S CORNER sudah berwajah baru..
baru ada peluang nak update kan..
Sempena itu...nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Cik Amal 
sebab sudi editkan blog ni yang AMAT menepati citarasa saya..
masa tu nampak post cik Amal yang INI
saya rasa mungkin dah sampai masa cari orang editkan blog saya yang amat simple ni..
nak jugak merasa berwajah baru..
tengok post ini untuk semua blog yang dia editkan.. INI

mula-mula dia bagi tengok preview banner yang bakal dia editkan

first impression..wow memang macam saya bila nak blogging..
warna kuning memang warna kegemaran saya..
terharu sangat masa tu.. 
sepanjang tempoh cik amal editkan...rasanya macam saya ni je yang susah untuk dihubungi
maklum la jarang online..maaf yea cik Amal..
kena banyak bersabar sikit kalau dapat orang macam saya ni..

bagi saya, saya AMAT berpuas hati cik Amal editkan blog saya..
cik Amal, ramai kawan saya puji lawa blog awak editkan..
jadi terima kasih taw.. memang tambah sayang blog ni..makin sayang la..



Saturday, May 25, 2013

"Kenapa tengok cerita tu?"


Sejak dua menjak ni update pasal rancangan tv je.. tu je la cara spend masa sambil-sambil dengan rutin harian.. So, bukak la rancangan tv berkaitan GOSIP..yeahh gosip...sebenarnya, tak heran sangat pun pasal gosip artis ni... tengah-tengah fokus nak paham cerita terhangat tu..

"akak, tak ada citer lain ke nak layan...gosip ni...dosa taw tak.." kata adik saya.

"akak...(tarik nafas panjang) tak nak sangat pun tengok...tapi..(mengeluh panjang) nak paham kn aje...bukan nak mintak benda yang sama terjadi pada akak atau org sekeliling akak..boleh la akak boleh jadikan iktibar.."

memang soalan budak kecik kadang-kadang boleh buat orang yang dewasa ni..berpikir banyak kali..
Apa-apa pun memang betul pun tak elok dilayankan GOSIP, tapi yang fokus tadi tu sampai artis tu kena buatan orang...macam-macam kan sekarang ni...dah tak kenal sape pun untuk di'buatan' orang.. tak nak komen apa-apa pun..kalau siapa tahu..cerita sape yang saya jadi fokus nak paham...diam-diam je taw..

Jadi apa reaksi anda bila adik atau orang yang lebih muda tanya macam ni pada anda..

Friday, May 24, 2013

Addicted dengan "The Pickers"


Hey semua... sejak dua menjak ni..saya makin layan dengan rancangan tv dekat channel History..
kisah dua orang pengumpul barang-barang yang ada sejarah disebalik barang yang mereka jumpa..
dan jual kepada pengumpul atau pembeli yang berminat..

gambar dari google
Mick dan Kevin memang kelakar tengok diaorang tawar-menawar..
dan pada masa yang sama memang belajar banyak benda dari rancangan ni.
dari barang berkaitan gas dan pam minyak,
motorsikal buruk mahupun kereta buruk..

senang citer, they know what they are looking for..
and tu memang sangat mengkagumkan..
baru addicted dengan cerita ni...dan saya galakkan kawan-kawan pun tengok sama..
baru tahu revolusi barang yang kita tengah pakai sekarang ni..

ada lagi satu sama jugak macam the pickers..
Pawn Stars...boleh la..tapi saya prefer dengan The Pickers..

My POU have a Bieber Look


Hey guys... So, who play this POU thing..
Definitely me...of course.. and I want to share you guys my Rockey
with Bieber look..


This is when Rockey look hungry..awwwww~~
look adorable huh.. don't worry I have my sister and brother who can take care of him..
Play with him, bath him and even feed him..
I want to change more look on him...but how..I wonder..

Can you imagine I make a post just for Rockey..
yeahh...even you guys might laugh at me now..
I am 23 years old..but look more like a kid.
 

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post