Friday, September 30, 2011

Analysis untuk segmen: himpunan nama-nama part 1

Assalamualaikum kepada semua..
entry kali ni seperti yang dijanjikan oleh saya untuk kumpul semua nama-nama..
untuk segmen pertama saya iaitu:

1. Fatin Fadhillah (kawan sematrik saya,satu kelas saya)
nama nya: FATIN yang bermaksud cantik, menawan dan FADHILLAH bermaksud keutamaan dan keberkatan.
sesuai dengan orangnya..dah kenal boleh la cakap macam ni kan...hehehe..

nama nya yang sungguh unik NILAM SUHANA OTHMAN
cerite detail boleh baca kat page ni. - istana biru nak korang kenal
dan kebetulan dia pun ada buat entry pasal nama-nama yang bermakna.
banyak2..terjah2 kalau rasa tak keberatan..sedap betul nama-nama dalam entry ni..

3. nama blog:Induced Mind
nama beliau NURUL HUDA BINTI JAFNI
Nurul bermakna cahaya, Huda pulak bermakna petunjuk
ada la selitkan kisah sampingan namanya.. klik pada nama Induced Mind di atas

p/s: haha guna ayat statistik lak untuk tajuk entry kali ni..
aplikasikan apa yang diajar.. tunggu sambungan nya... kalau ada yang nak teruskan lagi nak join,meh la..
berbesar hati nak memanjangkan list nama-nama ni..

"sorry la saya memang suka warna kuning"

Assalamualaikum kepada semua yang sudi singgah baca kat sini..
lama dah tak menulis apa2 kat blog ni..
buzy sikit dan TAK ada idea nak buat entry..
so kali ni nak cakap..saya ni memang pencinta warna kuning tak pun ungu
handphone kuning, beg kuning,
kereta pun kuning..
kereta yang saya akan guna kalau kat rumah...sangat suka!!!

sekarang sangat suka kereta MYVI EXTREME 1.5 warna kuning tu la..
mantap!! siyes best..
gambar dari google
dah lama dah minat warna kuning ni..
dari form 2,tak kisah la orang cakap warna kuning ni menyakitkan mata ke..
hape ke.. bagi saya warna kuning tu,memang warna saya..
eh, entry ni bukan nak touching2 pun..
just want to make a clear statement..
I REALLY LOVE YELLOW that much...

Thursday, September 29, 2011

#1 Spontaneous Thursday


something that I want to share.
the picture credit from Google..
p/s: my first ever spontaneous thursday..

Wednesday, September 28, 2011

#11 wordless wednesday


cafe AJ(my little sister cafe)
cake+nescafe=rm3.00 (cheap huh??)
cake only=rm6000(if I was not mistaken)
want some?? (^_^)

#10 wordless wednesday


jadikan profile picture kat facebook pun macam menarik je..hihihiii

Tuesday, September 27, 2011

segmen: "Jom Senyum Sambil Hadiahkan Al-Fatihah"

Assalamualaikum kepada semua...
kali ni entry datang dari blogger mizz ary
dan saya dah ditag oleh kawan blogger saya, istana biru
http://haryanies.blogspot.com/2011/09/ada-sesiapa-nak-join-segmen-pertama-nur.html
 bagi saya ni segmen yang menarik sebab tak ramai yang ada idea nak buat segmen macam ni..
tahniah kepada empunye blog..
bila cakap pasal sedekahkan Al-Fatihah mungkin ada yang segelintir pikirkan untuk orang yang dah meninggalkan dunia ni.
sedekah Al-Fatihah tidak semestinya yang telah meninggal dunia..
kita juga boleh sedekah kepada seluruh muslimin dan muslimat
terutamanya yang tengah berperang demi menegakkan agama Islam ni..
tak lupa jugak kepada kedua ibu bapa,guru2,sahabat handai,kaum kerabat..
besarkan hadiah ni..bagi saya ni lebih bermakna...

kawan yang saya nak tag:
syed
yusdi
nur raudha
zafirah azlan
nak tag ramai lagi...tapi ni je la..kalau rasa segmen ni okay,mari la....
sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia..

dengar lagu hindustan..dot..dot...

Assalamualaikum kepada semua dan hai!!
harap2 korang semua sihat aje..
okay,aktiviti fakulti dah habis tadi..
tadi lepas kelas Econometric,terus berlari cari bas nak pergi intekma..
perghhhh...mencabar betul nak gi kelas jepun ni..
selalunya kitaorang memang akan lewat ke kelas ni sampai la 30 minit..
entry ni nak cakap..
walaupun penat2...sebab kelas jauh..
tapi pak cik yang drive bus tu yang bawa ke bus stop Kolej Seroja...
memang la pandai buat saya tersenyum tibe2..
bukak video clip lagu hindustan.. adeii..dah la kot tak dengar..
lagu yang classic2 dari Shah Rukh Khan lak tu...
hilang penat tu...sekejap la..
boleh pulak tertinggal bas nak ke intekma..
apa lagi kol pak cik taxi pulak..
dah naik taxi terus cakap gini,
"pak cik, saya tak kire la mcm mne pun...kena sampai dalam 3 minit"
memang drift habis la wa cakap sama lu...
"pakcik...nanti kita sambung borak2...kami dah lambat ni"
memang betul2 laju la..tapi pak cik ni memang suke berborak (regular customer)
layan aje...hahaha...

p/s: mmg tak de kena-mengena lgsg tajuk dgn citer...
pasal hindustan tu sikit je...(mood: suka)

Monday, September 26, 2011

Macam paham2 je...

Assalamualaikum kepada semua dan hai!!
ni nak dok complain..
awat time nak post status,tak keluar apa2....
asyik2 dok kuar "what's on your mind"
adeiii...sabaq je la..
mungkin hikmah nye..apa yg saya nak luahkan kat status tu tak sesuai kot..
xpe la... lantak je la..
tetibe teringat bile time nak exam...
asal nak exam je,line nak log in facebook xde..
tak time exam,mesti time2 nak test..
macam paham2 je la facebook ni kan..
hahaha...korang pernah mengalaminya??
sama la kita...paham sangat...

macam best pulak buat entry 
"Macam paham2 je.."

tag : dakulala
ada sesiapa nak join ke tajuk ni?? alarh..jangan malu2,just go on...peace~~

Sunday, September 25, 2011

1st Segmen Santri : Komputer Kesayanganku

assalamualaikum kepada semua..dah hai!!
saya dah dijemput oleh tuan punyer blog untuk join first segmen dia..
meh la usha dia ni.. Alumni Nurul Iman

lappy yang saya dok guna ialah:
BENQ Joybook S32 Series
dah guna dari tahun sept 2008 (anggaran) sampai sekarang....
alhamdulillah lama jugak bertahan..nak dekat 3 tahun..
warna hitam..sangat2 sayang sama lappy ni..
xle hidup tanpanya..
dengan lappy ni saya dah berjaya siapkan banyak assignment contohnya database, C++,
research, ada jugak buar proposal untuk aktiviti kelab, buat laporan kelab dan meeting..
tak lupe jugak dengan lappy ni..saya dapat layan citer2 menarik..
layan facebook,twitter,youtube...
ni gambar dari pak cik google aje la ek..



 bestnyer lappy ni...TAHAN SANGAT LAMA..
kekurangan ek.. tak tahu la nape..lappy saya ni walaupun dh tukar bateri tapi still kena plug in kalau nak guna..

so meh la share citer pasal LAPPY KESAYANGAN korang..
walaupun ada la lappy ni buat hal,still sayang sangat2..

#2 Patut ke tak...

Assalamualaikum dan hai!!!
di pagi ahad yang mulia ni, awal-awal pagi dah bukak facebook..
siyes sangat suka application yang baru...
totally awesome!!! (hahaha okay xde kena-mengena)

isu nya ialah patut ke tak...
unfriend kan kawan facebook yang jarang update dengan kita..??
sebab tah la..tegur pun memang tak la kat facebook tu..
yang tak on9 tu lain la..tu xpe la..lain cerita.
bukannye apa...add semata-mata untuk apa? apa gunanye add..??
aah..senang je kan..ada butang friend..kalau kat dunia luar..
"selamat berkenalan...bla..bla..." (byk pulak procedurnye kan?)
saya ni nak nampak 'wujud' kat facebook ni..like aje la boleh...
at least tu cara saya nak taw update kekawan..
saya tegur2 siapa yg kenal dan tegur saya..dah lepas add atau accept as friend,tegur la kan..
tapi kalau nak add tu...mmg pikir byk kali la nak buat..
that is just me..tak tahu la korg macam mana kn..
kalau kawan kat facebook banyak2 pun..cuma berape kerat je yg taw pasal kita,
tu pun dah kire untung gak la kn..(ish,tak bersyukur pulak saya ni..maaf ea)
just friend je kat dalam facebook pun,apa la sangat kan
pendapat korang macam mana??

#1 Patut ke tak..

Assalamualaikum semua dan hai...
entry kali ni nak citer patut ke tak...
kalau kita tak suka sesuatu menu kat kedai tu,kita perlu mention sampai orang lain dengar?
berdasarkan pengalaman sendiri di kedai fast food..
apa pendapat korang?
bagi saya...tak sedap telinga ni mendengarnya..
masing-masing ada citarasa sendiri, tapi kalau yea pun jangan la sampai macam tu sekali..
ni nama nye kita tak jaga budi bahasa kita..
kadang-kadang,secara jujurnya saya rasa sedih bila ada yang melakukan demikian.
sedih sebab makin hari kita dah makin lupa tentang tatasusila,
adab, berbudi pekerti..
entry ni bukan untuk menjatuhkan sesiapa tetapi
peringatan untuk bersama..

Friday, September 23, 2011

Segmen: Himpunan Nama-Nama

Assalamualaikum kepada semua dan Hai!!!
hari ni hari yang indah, saya nak cuba buat 1st time buat segmen..
risau jugak kalau tak dapat sambutan tapi nak jugak try..(berdebar-debar)
idea asal : roomate,kak odah ditanya oleh seorang kawannya untuk mencari nama anak..
bagi saya menarik idea ni sebab nama itu kan satu doa juga kan..
pada masa yang sama, nak bagi semua rasa bangga dengan nama yang anda miliki..

cara nak menyertai segmen:
1. semua dialu-alukan untuk join..tulis nama tajuk post "Segmen: Himpunan Nama-Nama"
2. ceritakan apa nama disebalik nama anda atau anda boleh menceritakan nama yang anda rasa bagus maknanya untuk dikongsi (nama anak sedare sebagai contohnya)
3. asal-usul nama pun boleh je
4. letak link post anda di ruangan komen post ini.

tarikh tutup : 30 September 2011 

Nama diberi ANISA NADHIRA BINTI ANUAR (ikut i.c)
yang bermaksud ANISA ialah wanita(perempuan) dan NADHIRA ialah kasih sayang.
semua nama adik-beradik saya bermula huruf A..kata bapak supaya kami akan sentiasa jadi yang paling depan.. dan..memang betul,especially bila kedudukan kat dewan peperiksaan..
nama adik-adik yang lain..
ARIEF MUNAWAR (Arief bermaksud bijak)
AMEER IRSHAAD (Ameer bermaksud pemimpin)
ASLAM DARWISH (Aslam bermaksud Islam dan Darwish bermaksud warak)
ATIYA JASMINE
 *maksud nama Atiya tak berapa pasti pulak..nanti saya tanyakan balik

Insya-Allah dengan semua himpunan nama-nama yang kalian berikan,
saya akan buat entry khas mengenainya..
dengan harapan selepas segmen ini, kita akan lebih mengetahui nama-nama yang indah..
terima kasih kepada kawan-kawan blogger yang lain join segmen pertama saya...


promote HI Computer Sales & Services

Assalamualaikum kepada semua dan hai!!
kali ni nak promote HI Computer Sales & Services

PROMOTION!!!!
FORMAT LAPTOP SERENDAH RM10
PERKHIDMATAN PENGHANTARAN DISEDIAKAN
TIADA KOS PENGAMBILAN DAN PENGHANTARAN DIKENAKAN
(HANYA DI KAWASAN SHAH ALAM)

TURUT MENJUAL LAPTOP DAN MEMBERI KHIDMAT NASIHAT MENGENAI LAPTOP..

BERMINAT??
014-237 3387
013-625 1233

DAPATKAN SERVICE INI SECEPAT MUNGKIN KERANA
PROMOSI HANYA SAH SEHINGGA BULAN INI SAHAJA (SEPTEMBER 2011)

boleh like page ni..

Thursday, September 22, 2011

1st time buat entry blog kat bilik gerakan

hye semua..
td baru pergi teman member pergi jj...
sebab hari ni kelas satu je pukul 1.20 ptg sampai pkl 2.10 tadi
sekarang kat sebelah saya ada syed..
tengok la blog dia.. selalu stalker blog dia..
alamak kantoi sudeh..
berbalik gi teman member gi shopping td, so...dapat la 'treat' mcd..
1st time lunch mcd kat fakulti..untuk sem ni..
apa nak dibanggakan sgt pun tah la..layan je la...

so...lepas dah lunch..take away ke bilik gerakan ni..
abis member2 dok kebas french fries..
hahaha lapaq sangat la tu kot..

and then dapat berita,kena amik subjek QMT522
experimental design..
so nak tak nak kena amik jugak..
so bertambah la credit hour untuk sem ni, jadi 18 credit hour..
jumaat still hari cuti umum ku...yeah!!! I like..

ok la nak chow dulu..
penasihat kelab dah panggil ni..nak kena setelkan sesuatu..
nanti sambung lagi berblogging..
wasalam..

p/s : kepada presiden SMF,lan...kalau ko ternampak entry ni..
ko jangan pikir yang aku menyalah guna kuasa kat bilik tu pulak..
maaf ek... <kena bagi tunjuk sebab ke??>

"I am creative in my own way"

hye everyone..
do you feel that you are creative person?
you have your own way of thinking?
feel impress with it?

as for me.. what I feel for the creative things that I do
when I managed to get a low price for my dinner..as far as I could
remember...when I was in semester 1..
what I do is..just be nice to the owner..that's all..

creative is when we will thinking differently and
it is seems to have a lot of ideas..

Ha!! I remember I play a go-cart with my brothers
along time ago..and I win..
how I win?? hehehe..no way I will tell it here..

My teacher once told me to watch a lot of cartoons
especially Sponge Bob..it is just because he really like it..
I think sooo too..If we have a good imagination..
how to have a good imagination by having a nice simulation of graphic
or something like the cartoons..

how about you? what do you think about creative?
p/s : based on my lecture syllabus


Tuesday, September 20, 2011

perlu ke jujur sepanjang masa?

assalamualaikum dan hai semua..
entry kali ni nak mintak pendapat kat semua orang..
tak kisah la apa2 pun..
perlu ke kita jujur sepanjang masa?
apa cause and effect kalau jujur?
apa situasi yang jujur tu mesti kena?


pada pendapat saya...
kita kena jujur selagi perlu. Kalau berkenaan perasaan,better jujur..
kalau berkenaan dengan amanah dan tanggungjawab,pun harus lah jujur..

tapi lain orang,lain definisi jujur mereka..
berdasarkan pengalaman dan kejadian yang sukar dilupakan..

harap entry ni dapat membuat kita lebih kenal diri kita sendiri.
sekadar perkongsiaan..
p/s: boleh pulak update blog sebelum pergi kelas
betul2 sebelum nak publish, elektrik xde..laptop terpadam..
terbaik (gaya Boboi Boy)

Monday, September 19, 2011

'bulan terang bulat'

assalamualaikum dan hai semua..
ini entry idea yang datangnya dari kawan saya,dakulala
katanya suruh tulis dengan kejujuran.. macam menarik je idea ni..
bermula la kisahku..

merasakan diri ini banyak perkara untuk dipelajari,
takut untuk berubah, tetapi masih mencari siapa diriku sebenarnya.
berani menyahut cabaran untuk melakukan luar dari zon keselesaan,
pernah merasakan untuk ada ramai sokongan,
tapi...apa yang aku miliki hari ini mencukupi bagiku.

rasa down bila ada yang cuba menjatuhkan diri ini,
apa yang aku perlu buat hanya perlu terus berjuang dan tidak akan patah semangat..

harapanku adalah untuk mengenal Maha Pencipta,
Ramadhan yang lalu penuh bermakna bagiku,
aku rasa bersyukur kerana apa niat baik ku yang ku inginkan
secara perlahan-lahan kini aku mengamalkannya.
umur meningkat dewasa tapi amalanku tidak pernah rasa cukup bagiku...

p/s: kepada dakulala...yang bold ni insya-Allah cukup 100 patah perkataan.. dah check guna microsoft word. ni first time tulis macam ni, maaf kalau rasa macam serabut je jalan citer ni..entry bersyarat, tak reti sikit.. esei BM tak power time sekolah dulu..sebab tu la sekarang tak amik subjek berkenaan bahasa..

budak lelaki semakin berani nak masuk kolej asrama perempuan??

assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya...
entry kali ni untuk peringatan bersama..
mulanya saya bukak la twitter..tengah dok layan,
tetiba terbaca member punyer post..

geram betul dia...saya memang paham sangat2..
sebab saya pernah tengok dengan mata saya sendiri..
masa sambutan Hari Malaysia, 16 September (jumaat)
terkejut la..dalam hati,"taw la arini ramai budak kolej balik,tapi main naik..
nasib tak masuk je bilik, nauzubillah..."
dah la kebetulan kitaorang ni satu blog blok (boleh lak typing error)
time post ni dah nak dekat 10 malam..
siapa tak marah..ada sebab la kolej perempuan hanya untuk perempuan.
dah la tu,lewat malam dah.. 
ada la sebab kenapa dah lelaki ada had nak masuk kolej perempuan..
hormat hak kawan2 yang lain..
korang semua kan dah besar panjang,pikir la elok-elok ea..
ini untuk keselesaan bersama..
harap perkara ni tak akan berulang lagi..
mungkin pada yang tak pernah mengalaminya,harap korang tak akan terserempak la diaorang..
dan tak akan mengalaminya...

p/s: kadang2 yang tukang baiki fasiliti kan lelaki jugak,
tu pun kena berhati2 jugak..

Sunday, September 18, 2011

selesai sudah Program Pemantapan Wawasan

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua yang datang blog ni..
bermula 17/9 sampai 18/9 (baru je tadi)
event untuk pelajar baru untuk Fakulti Sains Komputer dan Matematik
di INTEC,seksyen 17,shah alam..

tugas kali ni jadi urusetia.. okay la..
nak jaga 500++ orang, bukan perkara mudah..
di sini saya nak ucap tahniah pada kawan2 saya kerana
berjaya buat event ni berjalan dengan lancar nya...

sebenarnya,penat tu memang ada...
tapi hati ni still berdegil jugak nak buat entry,
tak tahu la kenapa kan...
so,nak citer detail?? boleh share 1 perkara je..
Tido dalam dewan beramai-ramai,semua prempuan yea...
dan...air-cond bukak sepanjang masa..
erti kata lain, tido dalam 'peti ais'...semua orang tak boleh tido..
beku kot rasanya.. tapi memang tabik la sapa boleh bertahan..

learn a lot of things...I really appreciate the experience..
harap ingat sampai bila2...
nak rehat la kot,lepas ni...hehehe (^_^)

Friday, September 16, 2011

gambar lawatan intergrasi

assalamualaikum dan selamat sejahtera..
kali ni entry nak tunjuk gambar2 lawatan intergrasi
masa cuti semester hari tu..
memandangkan sekarang line pun baik punye, tu yang dapat download ok la dari kat rumah time cuti hari tu...member dok tagged,tu yang nak gak tunjuk..
kalau ada camera sendiri...hehehe...meh la nak tunjuk sikit.. ikut timeline ni...
semua nya sumber dari facebook..








kawan bersama..
syed boleh klik kat nama2 ni 
dan ramai lagi...boleh la usha blog depa..yang lain tak tahu la..
walaupun dah lama berlalu, siyes xle lupakan...
ni sekadar nak share pengalaman,excited...
ada yang korang kenal ke?? boleh la nak mintak sampaikan salam ke..kalau nak la..

-sharing is caring- (^_^)
p/s : tgh ada masa lagi,boleh la nak aktif blog ni...
lepas ni...tak jamin la...heehehe.. but I will try my best..

Thursday, September 15, 2011

assignment week #1

assalamualaikum dan selamat sejahtera..
entry kali ni nak tulis pasal assignment untuk minggu ni..
kelas presentation skills (bel429) dah kena assign..
listkan 5 topik untuk dijadikan dalam Presentation 1..
anything but better as I have experience on it..
dalam pikiran tu ada la beberapa, cuma tak tahu la sesuai ke tak..

pengalaman masa lawatan intergrasi, pertama kali pergi konsert Back Street Boys,
apa lagi ek...kalau pasal raya..kata lecturer, masing2 ada pengalaman sendiri..
idea kering pulak.. nak kena submit rabu ni..

yang keduanya, assignment econometric..
difference between statistical and deterministic relationship
difference between regression and causation
difference between regression and correlation..
aduyaii..1st class..dah suruh cari macam ni..
rasa nak mintak bantuan pak cik google je

hope nanti dah buzy masa Program pemantapan Wawasan 
dan Taklimat Dekan,
assignment ni tak terlupe nak buat.
atau...ada siapa2 nak buat kan ke??
hahaha...xde la gurau je..
kalau suruh org lain buat, xde la saya belajar..

korang assignment mcm ni gak ke?? 
terbaik la...sama la..
p/s: nota ent600 kena pass kat budak kelas..
kalau lupe, naye la.. dah la belajar based pada nota..

sambutan raya di UiTM

Assalamualaikum kepada semua dan selamat sejahtera..
semalam ada event besar-besaran beraya di Padang Kompleks Sukan UiTM Shah Alam
semua sekali ada 54 gerai melibatkan kolej, fakulti dan sebagainya..
setiap gerai ada tema masing-masing.
the main event is merdeka and raya..
macam-macam idea untuk tema gerai dapat tengok sorry tak de gambar
kedatangan VC memeriahkan lagi suasana..
setiap gerai ada menu tersendiri.. godaan betul la..
tapi dapat layan mee bandung muar dari gerai kolej teratai..
itu je yang larat nak makan.. 
penuh satu padang tu dengan gerai..

sambil jaga gerai fakulti, sempat berjumpa dengan kawan-kawan..
antaranya kawan kelas, kawan sebilik masa semester 1(pija dan jue),
kawan serumah masa duduk kat luar(semester 3 (kak wani)), 
kawan sekelas matrik(murni),
dan ramai lagi...

tak ke macam jejak kasih tu...seronok sangat..
lepas ni beraya under fakulti pulak..
aiihhh makan aje la nie..
apa-apa pun ukhwah persahabatan antara semua kawan saya
sangat bermakna..lebih-lebih lagi pada bulan Syawal ni..

p/s : ada la niat nak melantak banyak semalam..kalau boleh setiap gerai
nak rasa semua menu diaorang..tapi apa kan daya, hanya mampu untuk berniat je..

SEGMEN Kancil8349: Pengalaman korang masa menghadapi UPSR

Assalamualaikum kepada semua dan hai juga..
kali ni entry dari Kancil 8349 pasal pengalaman masa menghadapi UPSR..
bagus segmen ni untuk merasai bersama adik-adik kita yang amik UPSR..
tahu segmen ni dari kawan blogger, istana biru.
tarikh tutup 15 september, 10 malam..

http://kancil8349.blogspot.com/2011/09/segmen-kancil8349-pengalaman-korang.html
memandangkan ramai cakap pasal diaorang dari sekolah mana,
so saya pun nak jugak...
nama sekolah : sekolah kebangsaan cenderawasih

okay ini cerita ku.. saya amik UPSR pada tahun 2002.
nombor giliran tak ingat tapi dalam susunan meja..
saya yang antara depan dan paling depan untuk perempuan 
sebab nama mula dengan nama A..
salah satu sebab nape bapak saya pilih nama dengan bermula huruf A..
sebelum masuk bilik peperiksaan, cikgu bagi semua minum air Yassin.
siap berbekalkan alat tulis,pemadam dan pensel 2B.
dengan hati yang berdebar-debar,jawab soalan dengan tenang.
dengan belajar bersungguh-sungguh,apa yang diajar...ingat berlaka..
alhamdulillah result memang tak sangka..
berbaloi dengan apa yang dihasilkan..
masa dapat result,sangat la tak surprise..
sehari sebelum result keluar, satu kelas ada jamuan kelas..
tapi ada sesetengah kawan sanggup stay back sebab dengar cikgu pergi amik result..
cikgu kasi tgk tak semua orang punye nama..
so, sampai je kat depan gate sekolah, kawan ada yang dah jerit,
"nisa..ko dapat 5A la"
dalam hati rasa macam kena dipermainkan pun ada..
alhamdulillah...betul la..tapi tu la macam dah tak berape surprise bila kawan taw..
dah tak suspen..aduyaii..apa la..
so macam mana..ok tak pengalaman ni...
untuk berkongsi bersama..

p/s : update yang latest..


Wednesday, September 14, 2011

Monday, September 12, 2011

pelajar baru FSKM..

assalamualaikum kepada semua...
hari ni buzy dengan pendaftaran pelajar baru FSKM..
lepasan matrikulasi,asasi dan juga diploma..
penat tu of course la..tapi mengingatkan kembali masa mula-mula
datang kat fakulti tu..

seronok dapat tolong diaorang..
walaupun sikit je...tapi..memadai la..
jangan stress lak ek korang.. semua kena sedia sendiri..
jadual, register.. hidup berdikari..

tu je la untuk hari ni..

p/s: seronok sangat projek event dah diluluskan..
sekarang nak proceed dengan sponsor..
kalau ada yang band nak buat persembahan untuk event 
charity youth week akan diadakan seminggu sebelum 
cuti mid semester..boleh la beritahu..terima kasih semua..

Sunday, September 11, 2011

"langgar kat simpang..."

Assalamualaikum kepada yang singgah kat blog saya ni..
hari ni..ada something unusual happen..
teman kan sedare saya, Nur Hanis pergi Seksyen 6..
pergi beli lunch.. lepas beli makan..
betul-betul keluar dari simpan ada accident..
di antara motor dan kereta..
yang dasyat motor tu dinaiki 2 orang, seorang lelaki dan seorang perempuan.
syukur la tak melibatkan ragut nyawa..hanya cedera ringan..
perempuan tu tercampak jauh jugak la..
kami pulak yang menyaksikan..mmg la fokus tengok,
nasib time drive pun macam...a bit distract..
dua-dua salah.. dah taw shah alam banyak kenderaan..bawa la pelahan2..
yang kereta of coz x teruk.. sbb dia dalam kereta..
cuak gak la driver(lelaki) dan seorang penumpang perempuan
pengajaran : kat kawasan bandar/ dalam kampus tak yah la bawak laju2..
walaupun kereta korang canggih mana..
selain korang yang drive guna jalan,pikir jugak yang pejalan kaki..

p/s : first time isi minyak kereta..selalu suruh bapak atau adik yang isikan..
alasan takut nak isi...sebenarnya..xde menda pun..

untuk renungan bersama..

dah sampai UiTM Shah Alam

assalamualaikum kepada semua yang jenguk kat sini..
tajuk entry pun dah obvious...so,saya dah sampai kat UiTM Shah Alam..
duduk kat Kolej Teratai 1..bersama kawan baik ku kak odah
sampai hari sabtu lagi.. saja nak datang awal..
sbb pertama nya nak elak kesesakan pada hari ni (ahad)
konfirm ramai giler akan berdaftar..
sbb yang keduanya...dah lama-lama cuti kn..bapak suh balik awal la..
kononnya tak de terkejut sangat hari isnin nak ke kelas nanti..
so far so good la..
matlamat dalam minggu ni : nak buat meeting dengan AJK Kelab,
nak setelkan satu subjek yang tak tahu jadualnya..
(dah puas dok belek dalam system kelas Experimental Design)
nak try ushakan tempat praktikal,
(dah buat 3rd Year kot...of course dah kena cari..hehehe)
event sambutan raya besar-besaran UiTM bakal ada..
(siapkan preparation la..pergh konfirm gempak)

ok la.. time to get buzy..hehehe

Saturday, September 10, 2011

apa korang buat dengan duit raya...

assalamualaikum semua yang datang jenguk blog ni..
terima kasih banyak-banyak..
memandangkan bahang raya dah suam-suam..
bahang belajar belum masuk gear 1 lagi..
ni nak tanya la kan..korang buat apa dengan duit raya korang tu?
simpan untuk kepentingan masa depan?
dah guna..sebab tujuan masing-masing?
apa-apa pun tindakan korang.. make sure refer pada keperluan
dan kehendak masing-masing..
kalau rasa..tak ada benda nak beli ke..better simpan je la..
walaupun tak banyak..kalau dapat banyak tu tak pe la..
simpan lagi elok.. saya?? dah menyeru korang menyimpan..hehe
taw2 je la jawapan nya..hehe..simpan kat mana?
itu...biar la rahsia...yang penting rasa puas hati...
sangat-sangat puas hati..(^_^)

p/s : sesuai jugak kalau digunakan beli topup tu..kang dah 15hb dah 
kuat kuasa cukai 6% tu..hehe..

Friday, September 09, 2011

bad manners : letak chewing gum merata-rata

assalamualaikum dan hai korang..
ini entry berdasarkan pengalaman sendiri..
masa Lawatan Intergrasi kat mana berlaku adalah dirahsiakan..
tak nak la bgtaw kat mana.

tempat : depan kedai..
apa jadi ialah tengah borak dengan kawan,saje la nak sandar kat tiang..
nak sandar, lama sgt kat depan kedai..dah dapat ais-krim..
dengan ttbe nye..rasa macam ada something yg melekit..
ahh...sudah..and yes, chewing gum terlekat kat tudung ok?
time tu diam je la...kang kecoh-kecoh,nanti sendiri malu..
adeii.. teruk gak la.. sebenarnya just nak pesan 
kepada yg makan chewing gum tu..lepas makan tu buang la..
jangan dok telan balik..pernah buat jgk..tak elok tu..
paling eloknya sebelum buang tu,balut dengan wrappers..
lama betul nak buat confession ni..hahha..
bila dah lama berlalu rasa kelakar je..
tu yang berani nak citer..kalau tak,jangan harap...


peringatan bersama agar perkara ni tak kan berlaku pada sesiapa..
not nice to do it..
kan korang makan tu,pastu gi tepek kat mana2..
ha paham-paham sendiri la..hehe..
tak nak sambung apa jadi
chewing gum yg korg makan tu..(kalau dibuang merata-rata)


Harap berjalan dengan lancar

assalamualaikum dan hai,hai,hai...kepada semua.
okay semua sekarang mesti tengah bising malas nak balik belajar kan..mana tak nya syok cuti 4 bulan..dah kena balik start belajar..
haha..xpela..kang cuti lama-lama..dah macam penganggur je..menghabihkan beras je la kjenye..
ni nak citer..mood meeting datang lak tiba-tiba..thanks kat presiden saya...
haha actually rindu nak meeting (sewel ke hape suka nak meeting)
meeting kat facebook je pon sbb ramai yg tak balik lagi..w/pun tak berapa efektif..
susah nak dapat kata sepakat..
tu la orang lebih prefer meeting yang berkata-kata daripada menaip..
disebabkan lama bercuti, keje ada la sikit tertangguh..ha apa lagi..baru teringat nak call
setiap projek manager pasal paperwork..
harapan saya..semua program yang dah plan dapat berjalan dengan lancar..
risau+cuak+berdebar2 (byk lagi la perasaan ni)
terbaik (^_^)

Thursday, September 08, 2011

support no phone zone

Sharing my experience that cause a trauma to me..up until today..
I always say no phone while driving to my friends..
but I don't know why that day I was texting while driving.
Technically, I was surfing the internet through my phone using wi-fi..
I was too excited that I managed to online in the middle of Kuala Pilah town.
and yes, something terrible happen..but no one get injured,thank god..
so please if you want to use phone make sure not when you drive..
your focus won't be the same when you have phone while driving..

and I proudly support on no phone zone..
p/s : after the incident, I can't stand a chance if I see someone texting or calling while driving..

Tuesday, September 06, 2011

baru habis baca buku "Ten Things I Hate About Me"

Assalamualaikum kepada semua dan hai!! hehhehe
baru je habis baca buku ni.. "Ten Things I Hate About Me"
pengarang buku ni Randa Abdel-Fattah..
mengisahkan seorang budak perempuan 16 tahun, namanya Jamilah..
disebabkan dia ni background Lebanese-muslim
dia buat keputusan untuk hidup sebagai Jamie yang blonde kn rambut nya,
pakai contact lense biru untuk nampak seperti budak Australia yang lain
dan Jamilah di rumah yang hidupnya cara Islam dengan didikan ayah dia..

masa mula-mula nak beli buku ni..yang interesting nya cover dia..yang sebelah ni cover depan..cover belakang dia gambar budak perempuan bertudung..jarang jumpa buku macam ni.. a bit daring..
bagi saya menarik cerita ni, Jamilah ni cuba adapt dengan environment yang berbeza dengan cara Islam..dan ayahnya yang kawal hidupnya..
antara peraturan ayah dia : 
tak boleh keluar waktu malam, tak boleh keluar kalau tak siap kerja sekolah, kalau ada occasion yang melibatkan lelaki dan alkohol tak dibenarkan sama sekali, banyak lagi sebenarnya..
tajuk Ten Things I Hate About Me bagi pendapat saya,refer pada hidup dia kepura-puraan untuk diterima oleh kawan-kawan dia. Jamilah terpaksa simpan rahsia dari semua orang. Anggapan masyarakat sekarang orang Middle-East lebih pada terrorist..akibat tragedi perang2 dan bom..sort of..
Pengajaran : untuk orang lain terima kita, kita mesti terima siapa diri kita sendiri,
kalau rasa identiti diri sendiri mula hilang, musahabahkan diri..jangan segan minta bantuan dari orang lain..
p/s : ada rasa sikit persamaan dengan watak Jamilah ni..bila time kat rumah tak boleh simply keluar or hang-out..bapak saya lebih suka saya duduk rumah..paling consider pun gi tgk wayang tapi mesti pergi dengan adik-beradik..dulu nak keluar dengan kawan kat JJ pun,dia akan follow kat belakang..apa-apa pun suka akan tindakan parents saya..

Monday, September 05, 2011

"saya tak reti pakai selendang,normal ke?"

assalamualaikum kepada semua reader yang rajin datang ke blog saya ni..
terima kasih sangat-sangat sebab sudi singgah..

untuk entry kali ni still mood raya..tengok kat facebook kawan-kawan semua dah tukar profile picture
gambar raya.. lawa semuanya.. yang kawan perempuan semua pakai selendang..
selendang ni setahu saya jadi fenomena dari saya 1st semester lagi..

frankly,I do jealous of my friends..because they really look good wearing any dresses..
but me? memang ada try pakai..tapi tak rasa berape selesa..
boleh katakan semua posing dengan the best dress..
bagi saya selesa nya..tudung bawal tu dah memadai..
saya tahu selendang tu part of current popular trend
kalau tak reti pakai selendang,xde la weirdo sangat kan?

pernah kawan lelaki tak tahu la apa niat dia..perli ke nasihat..
"ko tukar la cara pemakaian ko sekali-sekala..pakai macam ala-ala tudung Yuna tu ke..lebih feminin gitu"
saya tahu berpakaian ni bukan nak jadi attention seeker..
just jadi 1st impression orang terhadap kita..penampilan mencerminkan peribadi kita..

p/s: kalau perasan dalam blog ni jarang ada gambar saya..senang citer boleh kata xde la..let just say I have low self-esteem on my looks..not confident with myself..


gila ke hape..mimpi pasal cari sponsor??

assalamualaikum..baru la perasan..selama ni punyer entry tak ada pembuka bicara..
apalah saya ni..maaf ek kawan-kawan..kurang sivik betul la saya ni..
ha!! paham tak tajuk entry ni?? 
bukan apa..cuti dah nak habis..naik semester ni konfirm buzy..1st week dah ada event..
boleh pulak semalam mimpi tengah cari sponsor untuk event charity yang masih dalam progress..
bukan apa..dulu member ada dok cakap "susah la nak cari sponsor"
bapak saya lagi la cakap senang "eeh pe pulak..senang kot.."
disebabkan kata-kata beliau la saya jadi semangat nak buat..
bapak borek, anak rintik la katakan..buzy sana sini hehe.. 
adakah ini satu petanda?? tah la..tunggu dan lihat je la..
tak pernah-pernah lak nak ada mimpi nak cari sponsor..(^_^)

Sunday, September 04, 2011

aduyai... buat hal pulak

baru-baru ni fone buat hal pulak..
tengah-tengah syok tangkap gambar adik tido,
tetiba fone terpadam sendiri..
ingatkan bateri dah abis..tapi setahunya fone baru je charge 
bila dah habis belek,rupa-rupanya memory card corrupt..
memang la petunjuk tu..nak buat kje jahat nak kena kan adik..
fone tu dah buat hal..tahniah la buat diri ku..
yang paling bengang nye..abis satu folder picture hilang..
lepas tu corrupt lak folder lagu..
last-last format terus memory card..


kes lain pulak, time nak komen kat blog masa blog-walking
boleh pulak laptop ni keypad satu pun tak fungsi..
time tu agak lewat malam la..dah penat-penat jalan..sanggup pulak bukak laptop nak blog-walking
tu memang petanda jugak tu..suruh rehat..tak reti-reti nak rehat..
sampai dah terbuat statement la nak tukar laptop..
nasib laptop tak merajuk lama..lepas ngadu kat bapak..elok pulak tu tetiba..
kadang-kadang rasa macam handphone,laptop ni 'bernyawa' pulak..
ada la rasa nak campak,baling tapi...tu pikiran tak waras
so don't try this at home...sayangi lah barang anda..

Friday, September 02, 2011

mood raya #5: bahang exam?

entry kali ni nak citer, yea la kan dah dengar semua buat apa kn...
mesti ada jugak yang kes lepas raya ni exam..
uiisshh..nak kesian tak leh..nanti kena kat diri sendiri baru taw..
tak yah cari jauh la..adik sendiri ni..lepas raya sambung spm trial paper Lukisan Kejuruteraan risau la jugak..time bila pulak dia nak study kan..
kepada adik-adik yang nak amik UPSR yang bermula 13 September ni.. 
PMR lagi sebulan dan SPM lagi dua bulan.
bila pergi beraya mesti ada yang dok wish good luck kan?
tak lupa jugak untuk member diploma UiTM pun exam lepas raya.. cousin yang kat UTP ambil Foundation tu,hang buat la elok2 ea..raya tu raya la jugak, belajar jangan lupa sudah..
jangan stress ek...

sampai buat joke dengan member
"alarh ko makan ketupat sambil study,style kot..tak de spe pernah buat lagi"
gurau je pun..jangan marah ea..dugaan orang nak exam la katakan..
hope semangat belajar tu ada la lagi,walaupun bulan Syawal sebulan khas untuk beraya..

Thursday, September 01, 2011

mood raya #4: di 'interview' sedare-mare

time sekali setahun jumpa ni la orang akan tanya
"buat apa? study? kerja?"
kalau untuk orang yang study macam saya ni,
"bila nak abis?", "apa plan lepas study?"
ha!! time ni la kita akan mula sedar nak buat jawab..
pasal masa depan tu..kalau salah jawab...
macam saya sendiri jawapan macam ni..
"emm...err..industry kot..tapi minat ke arah bank sikit2
tapi tak nak mengajar"
tgk la tu ada lak demand tu..adeiii...
sepanjang kena interview tu la antara soalan nya..ada lagi..
"belajar kat mana??" maklum la banyak sangat sedare-mare
yang study...so,kadang-kadang terlupa tu biasa la..
bila cakap je belajar kat UiTM Shah Alam..
diaorang akan cakap,"ha!! ni mesti selalu pergi i-city kan?"
saya jawab, "1st year tu selalu la..sekarang dah kurang la"
ada jugak akan cakap, "Jakel terbesar ada kat situ...PKNS pun ada.."
elok la tu diaorang taw jugak dari tak tahu langsung..

korang kena interview jugak? setahun sekali je ada interview ni pun..
terbaik!!  (^_^)
peristiwa macam ni buat saya pikir balik,apa tujuan saya study?
mana arah tujuan saya?
untuk peringatan bersama...

mood raya #3 duit raya..

raya memang best..
tiap rumah confirm akan makan aje..
nak tolak xle..jaga hati tuan rumah alasanku..
untuk entry kali ni nak citer pasal duit raya.
kawan-kawan saya selalu persoalkan..
"dah umur 20-an dapat lagi ke duit raya?"
kalau ikut family saya,selagi tak kerja boleh lagi dapat duit raya..
haha..yes!! layak lagi..
tapi satu je yang kureng..bukan apa la segan kuasa lima la
bila kena beratur nak amik duit raya..
adess..yang xle bla bila kena yang paling tua duduk depan..
diaorang kalau nyakat mmg la terbaikk...
macam ni la reaksi ku...
cucu first la kata kan...tu yang kne depan sekali..
tersipu2 la den..siyes ni..blushing dah pipi nieh..
kalau nak suh bagi pihak,kata apa pulak la kan..
korang macam mana?? kalau kena situasi beratur nak dapat duit raya..
korang nak buat apa??

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post