Tuesday, September 06, 2011

baru habis baca buku "Ten Things I Hate About Me"

Assalamualaikum kepada semua dan hai!! hehhehe
baru je habis baca buku ni.. "Ten Things I Hate About Me"
pengarang buku ni Randa Abdel-Fattah..
mengisahkan seorang budak perempuan 16 tahun, namanya Jamilah..
disebabkan dia ni background Lebanese-muslim
dia buat keputusan untuk hidup sebagai Jamie yang blonde kn rambut nya,
pakai contact lense biru untuk nampak seperti budak Australia yang lain
dan Jamilah di rumah yang hidupnya cara Islam dengan didikan ayah dia..

masa mula-mula nak beli buku ni..yang interesting nya cover dia..yang sebelah ni cover depan..cover belakang dia gambar budak perempuan bertudung..jarang jumpa buku macam ni.. a bit daring..
bagi saya menarik cerita ni, Jamilah ni cuba adapt dengan environment yang berbeza dengan cara Islam..dan ayahnya yang kawal hidupnya..
antara peraturan ayah dia : 
tak boleh keluar waktu malam, tak boleh keluar kalau tak siap kerja sekolah, kalau ada occasion yang melibatkan lelaki dan alkohol tak dibenarkan sama sekali, banyak lagi sebenarnya..
tajuk Ten Things I Hate About Me bagi pendapat saya,refer pada hidup dia kepura-puraan untuk diterima oleh kawan-kawan dia. Jamilah terpaksa simpan rahsia dari semua orang. Anggapan masyarakat sekarang orang Middle-East lebih pada terrorist..akibat tragedi perang2 dan bom..sort of..
Pengajaran : untuk orang lain terima kita, kita mesti terima siapa diri kita sendiri,
kalau rasa identiti diri sendiri mula hilang, musahabahkan diri..jangan segan minta bantuan dari orang lain..
p/s : ada rasa sikit persamaan dengan watak Jamilah ni..bila time kat rumah tak boleh simply keluar or hang-out..bapak saya lebih suka saya duduk rumah..paling consider pun gi tgk wayang tapi mesti pergi dengan adik-beradik..dulu nak keluar dengan kawan kat JJ pun,dia akan follow kat belakang..apa-apa pun suka akan tindakan parents saya..

6 comments:

  1. agak menarik juga untuk dibaca ni.

    ReplyDelete
  2. zaman sekarang remaja tak suka dikongkong... tak sama dengan zaman dulu.

    ReplyDelete
  3. @whitecappucino
    baca la..best..walaupun English,,tapi bkn yang English yang susah..

    @Santri T.P.I.N.I
    most likely mmg tak suka dikonkong..
    ada sebab pun kalau dikongkong..

    ReplyDelete
  4. best ek buku nie nisa..blh msok dlm list buku2 yg akan dibeli naek sem nnt...price die ok x ??

    ReplyDelete
  5. buku ni mcm best.. ade versi filem ke buku ni ?

    ReplyDelete
  6. @yan izumi price ok la..not bad..berbaloi

    @arai lekir setahunya tak de..

    ReplyDelete

thanks for the comment(s) and enjoy to read more

Update Birthday Giveaway Anisa Anuar Official Blog

Hi semua. Nisa nak bagi latest update tentang Giveaway yang masih lagi berlangsung. Jadi masih open ea buat semua. Boleh ke post ini taw Bi...

Popular Post