Monday, August 29, 2011

Raya Datang Lagi!!

lepas je pengumuman raya,apa lagi syok raya
dah datang lerrr...hahaha
macam biasa raya kat perak.
kemas rumah atok check,
baju raya pun dah siap..
esok just sambut aje...
beraya semua atok-atok sedara yeahhh...
(rancangan kat tv time raya pun best jgk
issh2 ptt nye semangat raya)
disini saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA!!!
makan lemang,ketupat,rendang puas-puas..
kuih raya yumm~~ sedap betul..
'serbu-menyerbu' rumah orang lain..haha
tapi yang penting saling bermaafan di hari yang mulia ini
dan bergembira meraikannya...
konfirm lepas ni semua tunjuk gambar raya..hehe =)
 sebelum terlupa nak mengucapkan jugak
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN
p/s: kepada sesiapa nak datang raya,meh2..sila la..
tapi bagitaw dulu..hehehe

Sunday, August 28, 2011

Cabut Gigi daa...

baru-baru ni adik saya cabut gigi kat sekolah dia.
biasa la kena check kat sekolah,tapi sian lak kat adik hehe..
budak darjah 4,still takut nk cabut gigi sendiri.
situasi yang sama macam citer upin ipin..
tetiba teringat peristiwa time saya sendiri nak gi check gigi..
mula nya kena la beratur nk check kn..
"eh,ko lah depan..aku takut la"
kalau yang jenis berani giler,"elehh..biar la aku gi dulu..tu pun nak takut"
clishe la ni..padahal dalam hati semua takut..
okay,dah sampai turn saya untuk check..
"okay,meh sini duduk kat sini..saya nak check"doktor gigi cakap.
terketaq2 kot time tu..doktor tu pun check..
lama gak la dibelek2nya..bahasa doktor buatkan saya try nak paham,tapi haha memang tak paham.
tetiba doktor tu cakap "ehh..kamu ni banyak betul gigi susu la,
tak yah la bercinta ek dik..gigi pun gigi budak-budak lagi"
aduuiii..malu lak den time tu..ado ke patut doktor tu gi kobar time ramai ni..
abis semua orang gelak..budak kelas sebelah pun ada dengar..
blushing la time tu..masa tu rasa nak jerit,"TIIDDDDAAKKKKKKKK!!!"

bila dipikirkan balik,kelakar je..
saya ada gak niat nak buat braces,tapi sebab kan special case saya ni..
doktor gigi nasihatkan tak payah..

pesanan sempena hari raya yang akan datang (berkaitan entry) :
lepas dah melantak tu,jangan lak lupa berus gigi..kalau rajin gi klinik gigi lepas dah sakan raya..hehe

Saturday, August 27, 2011

Nuffnang celebrates 6th Blog Day

I proudly present one of my favourite with not in particular order. One of Nuffnang Malaysia big event in conjunction  "6th Blog Day" this upcoming 31st of August 2011.
If you Nuffnang subscribers are welcome to participate it and be a part of one of Nuffnang events.
Just go to the main website of Nuffnang Malaysia. The submit dateline is on 31st August 2011 at 11:59p.m.


http://zulfattah.blogspot.com/
I really like this blog and the person because he always give me advise and guidance in this blog world. He always update his blog in his own way on advices and real life issues.


http://wan-aqasyah.blogspot.com/
For this blog, I do like it which is simple and nice. Although he is just the beginner in blogging but there are a lot of information that  he shared.

http://nilamsuhana87.blogspot.com/
I choose this blog because I always read this blog. She always give guidance to me which I do like it.

http://doodleliciouss.blogspot.com/
I like this blog because the blogger herself very creative on making doodles. She even teach others to do so.
What I like most about this blog..her imagination on doodles beyond my imagination.
Sometimes I believe her look just like her drawing on doodles.

http://blogtuanputeri.blogspot.com/
For this blog, the entry most of it is her personal life. I really enjoy this blog. One of the blog that I always read.

This blog is obviously truly K-Pop Fan which I am enjoy read it. Besides, this blog update on K-Pop information but at the same time,he is sharing his opinion about it. It is show that he really enjoy most on K-Pop phenomena..
This is the list of 6 blog that I really recommend all of you to see and read it. I love all the 6 of them. Some of them, I know personally and some are not. In a way, I do enjoy with their blog.

mood raya #2

memandangkan raya setahun sekali
persiapan kena la yang terbaik..
puasa pun belum habis lagi,
member-member dah cakap pasal nak gi beraya rumah
well,of course tahun ni pergi beraya rumah member.
tujuan : meluangkan masa,kenal ahli keluarga member,
rapatkan hubungan silaturahim..
sebelum semester baru mula nak jumpa kawan-kawan.
dalam pikiran sekarang ni, nak gi rumah kawan yang dekat area Seri Menanti.
dia ni kawan saya sama fakulti tapi lain course
dan yang paling terkejut,dia ni bau-bau bacang saya
hahaha...sedar tak sedar la..sedare jauh..

next,member baik kat TKS(Tunku Kurshiah School)
yang ni..memang kena plan abis-abis.
kang tak pasal-pasal clash lak..
time nak gi beraya rumah yang sorang ni,tetiba dia lak takde.
kali ni ingat nak beraya kat rumah member baik ni.
dia ni duduk kat Merlimau.klik sini kalau nak kenal dia
tapi masalahnya tak tahu nak bawak sape.
kalau pergi sorang, memang tak dapat la.

ni semua plan lepas raya ketiga. tahun ni tak leh nak raya lama-lama.
maklum la ada adik yang tak abis lagi trial SPM dia.
sian-sian, orang lain semangat raya dia lak kena study
(ha! baru ko taw apa akak ko rasa hehehe)
dalam plan lagi semua ni,bak kata pepatah
"if you fail to plan,you plan to fail"
ada kena-mengena ke??
minat K-ON! sebenarnya, tu yang letak gambar ni. semngat kawan.
pergi berkunjung ke rumah member
spend time together(sweet hihihi)
p/s : rumah saya pernah datang 10 kereta konvoi raya tahun lepas
anak murid mak (uishh penuh la rumah,tak cukup tangan nak layan)

Friday, August 26, 2011

dah lama tak update..mood:persiapan raya

uishhh dah bersawang blog ni hehe
maaf la dah lama tak update
dah lama jugak tak blog-walking
terima kasih jugak pada sesiapa yang still singgah kat sini
tak de la buzy sangat..cuma buat mana yang patut
untuk persiapan nak raya ni..

ni nak kongsi sikit..kuih raya yang sangat sedap

kuih tart nenas berbentuk mangis
unik kan?? uishh sedap betul..
nampak besar ek? tak la..kecik je sebenarnya..
hehe kalau nak rasa..meh la datang rumah..
belum lagi raya,kuih raya dah habis..
macam mana nie..
jadi pada yang nak datang rumah raya ni..habaq awal2 ek..
"SELAMAT HARI RAYA semua"
jap lagi nak main bunga api la..(^_^)

Monday, August 22, 2011

dah nak raya bila....

  1. lagu raya dimana-mana sahaja. 
  2. iklan raya kat TV.
  3. tiket bas dah habis. 
  4. sibuk nak cat rumah.
  5. dalam paper,penuh dengan promosi..
  6. shopping mall penuh dengan orang nak shopping..
  7. aktif nye Ops Sikap dan Ops Trafik
  8. kuih raya berlambak jual kat mana2..
  9. lemang sold out dengan cepatnya..
  10. ayam,kambing,lembu lebih femus dari hari-hari yang biasa.
macam ni la saya sekarang time cuti sem yang tinggal bape hari je ni..

ada lagi tak?? macam ada lg je.. kalau ada lagi,boleh la tambahkan lagi hehhee...terbaik

Sunday, August 21, 2011

SEGMEN : Personaliti Blogger Mengikut Jenis Darah

macam menarik segmen ni..lain dari yang lain..
saya tahu segmen ni dari kat blog ni.. 
nak join segmen ni...tengok kat page dia ni..klik sini..

saya darah AB..
kalau ikut pada description (dah macam kat klinik pulak)
kat blog ni..katanya AB ni pandai uruskan kewangan,cool and steady,
ceria, bijak mengawal emosi

pandai uruskan wang? maybe2..tapi kalau dah lupa 
daratan..boleh je shopping sakan..kadang2 xtaw nak shopping apa..
cool and steady? dari segi apa? 
ceria? tengok la..kalau sarapan(utk hari2 biasa) konfirm ari tu akan ceria.
bijak mengawal emosi? no komen..kadang2..bila normal..

so ada sapa2 yang sama macam saya??
terbaikkk...(gaya Boboi Boy)

merapu2...wahahaha

hai semua!! 
mood hari ni : merapu kuasa dua (mentang2 budak math,abis semua emosi guna math)
dengar la kalau sudi dengar...nak join merapu??
sangat dialu2kan..nak suruh bentangkan karpet merah untuk lalu?
hahha tak de hal.. nak apa lagi? nak naik kereta mercedes untuk lebih bergaya nak lalu sini?
(okay2 cukup cik nisa oii merepek sangat dah ni..)

kadang-kadang ada rasa macam nak kuasa seperti
Naruto!!!
best bila guna teknik pengasingan diri
boleh siapkan banyak kerja dalam masa yang singkat..
sangat membantu lebih2 lagi kena hantar last minute assignment..hehe

 jadi Ichigo pun best gak...
boleh tukar2 badan?
(Bleach layan macam tu je...average je)

kalau ada kuasa....
macam Luffy (One Piece)
boleh panjangkan tangan (bukan simpulan bhse yg panjang tangan)
hahaha macam best je..panjangkan kaki..
jadi manusia getah..hey!! bukan bergetah okay??

persamaan mereka masing2 ada impian..
berusaha nak capai impian..
pentingkan persahabatan..
tidak putus asa..ada prinsip hidup..
kuat makan!! lebih2 lagi bila dah penat lawan..
kalau kita?? owh ada jawapan munasabah..
bila kita study,penat wooo nak perah otak berpikir..kena la makan banyak..
betul tak??
sorry ler kena layan merepek saya ni..
saya ni memang suka merepek..
merepek ni baik untuk kesihatan..
bla..bla...bla..bla.. (detail kabur)
(pot pet selama 1jam je..kang lama sangat,kering tekak)
apa macam dah cukup merepek tak? tak cukup?
bpe rate?? 1 daripada 5?
uishh kena tambahkan lagi merepek ni..hahaha...
p/s: maaf la entry yang tak de info..sekadar nak hiburkan hati je...
*gambar2 ni dari pak cik Google..tenkiu pak cik Google..
terbaikkk~~ (gaya Boboi boy)

"buat pe..."

soalan ni common akan ditanye..
lebih2 lagi time cuti sem..
bila cakap,"saya cuti 4 bulan"
semua akan cakap,"pergghhh bestnye cuti lama"
technically,saya tak de la cuti 4 bulan..
dalam..2 bulan je..
kalau dengar dari member2 ada yang kerja
cari duit extra..
mula2 memang dah ada niat mcm tu,
konon time raye nak belanje sakan..
sebab niat dah tak baik,tu yang impian tak tertunai..
jeles dgn kawan2 dapat kerja? 
hehe ada la sikit...tapi tak pe la..
parents cakap, "tak yah la gi mana2..jaga adik,
amik adik kat sekolah,tolong mana2 yang patut..pun jadi la"
so,lepas buzy dengan event fakulti..
tu la rutin saya sekarang..
duduk aje di rumah..nak keluar saje2 tak boleh..
nasib ada broadband,meneman diri ini kalau tengah bosan..
boleh la blog-walking hehehe...

teringat time kat matrik,bila cuti sem..
lecturer ada pesan, "korang dah dapat cuti,cuti aje la"
kang dah start belajar nanti bising2 nak cuti"
nanti dah naik sem ni...tak tahu la
nak kena buat banyak benda..

Saturday, August 20, 2011

perbezaan...

ni entry nak citer pengalaman pergi terawikh..
saya selalu pergi surau area rumah,semalam saje pergi tempat lain.
yang kat surau tu penuh dengan orang tua..kiranya saya antara yang muda la kat situ.
ada nenek2 ni yang dah tak larat,still pergi.. sangat kagum dengan diaorang..
dan diaorang semua akan buat sembahyang sunat dulu.
jadi sebab dah selalu pergi kat sana,memang automatik buat jugak.
sebelum tunggu solat isyak berjemaah atau solat terawikh.
surah yang dibaca pun walaupun pendek tapi tak terlalu laju dan sebutan pun jelas.
yea la kan baca surah panjang2 tak larat pulak nenek2,atok2 ni nak ikut.

yang tempat lagi satu nie...majority budak2 muda.
sebelum solat berjemaah tido dulu,berborak dulu..(dulu saya pun perangai mcm ni..teruk btul)
surah dibaca ada yang panjang,ada yang pendek..pastu uiihhh laju betul..
kita baru nak habiskan al-fatihah dah rukuk...sabar2..semput orang nak ikut..
orang suka la kalau tu diaplikasikan time terawikh..tapi solat fardu..
tu la tak semua orang boleh jadi imam fardu..besar tanggungjawab kn?
korang macam mana? saja nak kongsi pengalaman. mana yang boleh perbaiki,boleh la..
owh yea...ni untuk peringatan buat saya jugak..


Friday, August 19, 2011

Segmen | Cerita Aku dengan Bulan

http://zulfattah.blogspot.com/2011/08/segmen-cerita-aku-dengan-bulan.html
kalau nak join segmen ni boleh..meh la,just klik header atas ni...
first time dia buat segmen..jadi alang2 tengah tak de kerja dan selalu blog-walking blog dia ni..jadi..join la segmen ni.. tarikh tutup segmen ni esok 20/8...pukul 11 malam..

kena citer apa2 yang ada kena-mengena dengan bulan...emm...apa ekk..aku dengan bulan..
"Dengan kuasa BULAN akan menghukum mu" ayat Sailormoon...hahaha

selalunya dapat ayat macam ni,"jerawat ko tu macam BULAN..berkawah2"
kejam betul...xde la berkawah pun..cuma macam kertas pasir je..

saya tak makan kuih BULAN.. tengok je..(abis semua ada BULAN,semua nak cakap)

saya lahir BULAN mei...hehehe..pe lagi ek?? pikir2...emm..(bersungguh-sungguh perah otak)

"Kalau rindu tengok la kat BULAN tu..."

bila BULAN kemerdekaan..mesti kena nyanyi lagu patriotik kat sekolah..kena hias kelas..penuh dengan Jalur Gemilang...(alang2 je nieh)

ni dah macam bukan citer je...soe la ek..tak pandai bercerita...
harap suka la nieh...

citer di bilik darjah #3: main lawan pemadam

korang pernah main lawan pemadam tak? tak pasti sebenarnya nama permainan ni..
hanya memerlukan pemadam dan diri sendiri..
cara main : kena kalah kan dengan gerak sama ada kita serang lawan atau 'lari' kan diri dari pihal lawan..
nak lagi menarik, kalau kalah..kena bagi pemadam kepada pemenang...
(tak reti nak describe,taw main aje..) challenge member time sekolah rendah dulu..


pastu kena marah dengan bapak sebab terlalu banyak pemadam kat rumah tak berguna <membazir katanya>
pastu tiap-tiap hari gi beli pemadam..sampai orang dah kenal la..
hehehe giler pemadam tapi dulu la..
sampai stok pemadam abis la kot hehehe
bukan salah saya okay kalau stok pemadam tu habis..
tapi memang yea...tak kira saiz la nak lawan pemadam..
ada pulak pemadam favourite..siap pilih nak guna yang mana satu untuk kalahkan pihak lawan..
koleksi penuh tu..hahaha dulu time beg kena check dgn parents
mesti sorokkan dulu pemadam2 tu..nanti abis kena buang..
ssshh...jangan bgtaw diaorg...tak pasal2 mintak ganti rugi ke..
agak-agak sekarang ada lagi ke tak?
jom lawan..ada lagi ke bakat tu..emm..<pikir2>

real life csi scene

have you been in situation
where actually on scene..
it must not just be on murder case.
for me,yeah i do have experience on it..
my house just like in the CSI drama.
take the fingerprint,evidence...
i also become the witness.
just before my family went out,
i found out there were 2 stranger persons
just wondering around in front of my house.
i told the police what i saw..
gave the full details about it..
the police asked me a lot of questions.
and the best part was...after 1-2 weeks later
they were been arrested. 
my description give information about them,
but it just they changed their hair style..
so that,no one will recognise them..
so,what about you guys?? have the same experience as i am?

"Wrestling??"

ini ada post member saya mimi
dari sekolah lagi taw dia minat wrestling
sebenarnya saya pun sama.
jangan dok pikir suka wrestling sebab benda tu,okay..
pakai spendar je, tak de makna nya..
time sekolah rendah pernah gaduh dengan member lelaki
berebut nak layan majalah wrestling
sapa yang bawak time tu? hahaha tak ingat.
perempuan minat wrestling,pelik??
mungkin...tapi suka tengok sebab banyak sangat
ni musuh dengan ni,kaw-team dengan ni..
tarik2 rambut,buat kill move hahaha
mana tak nyer adik2 laki ku layan wrestling
so,dah bukak tv kn..mula la tanye..
"eh dik,ni sapa ni? nape diaorang jerit2? tampar2?"
macam tu la soalan di minda ku ketika tgk wrestling..
dulu THE ROCK...sekarang?? JOHN CENA...
tapi minat gak BAUTISTA hehehe
semua scene lakonan semata-mata,bahaya untuk cuba di rumah
"so kid's don't try this at home"
kata2 ni mesti ada..mne tak nye..kalau budak2 tgk..
buat kat kekawan dia..tak ke naye..
saya tengok aje..tak lebih dari tu..
credit post to my friend,mimi and my brother,awie..

Thursday, August 18, 2011

SEGMEN : PEPERANGAN ANTARA BLOGGER

http://lzulxocraxme.blogspot.com/2011/08/segmen-peperangan-antara-blogger.html

disebabkan tak de kerja nak buat..
jadi saya nak join segmen ni..
entry apa nak bagi untuk 'peperangan' ni
ialah....
sepanjang bulan ramadhan ni,ye la kan
saya cuti sem,tak tahu nak buat apa kat rumah
jadinya blog-walking bila line broadband tak buat hal.
nak layan facebook,twitter bila 
semua blog dah terjah, yang update je la..
jadi "JOM KITA SERANG BLOG!!!"

terlupa pulek..segmen ni abis malam ni taw 18/8

"From Jemapoh to Manchester"

bila mula pindah kat sini (Jemapoh)
ambil masa jugak nak sesuaikan diri.
kat sekolah baru orang akan tanye,
"ko duduk kat mana?"
the truth,tak tahu nak cakap
sebab takut orang tak tahu mana Jemapoh ni
kepada yang tak tahu Jemapoh ni kat mana,
ianya dekat K.Pilah sebelum Bahau...
diantara Pelangai dan Juasseh..
(dah macam nak bagi direction untuk datang beraya)

entry kali ni nak citer
time sekolah baru bila nak perkenalkan diri
biasa la kena sebut tempat tinggal.
jawapan skema la time tu hehehe
then cikgu cakap macam ni,
"owh Jemapoh ke?? macam dalam citer from Jempoh to Manchester"
time tu pelik la, "ha?? owh ye kot"

"owh ada yek citer macam tu?" monolog dalaman saya.
tak sangka femus rupenye nama tempatku..
jadi ada sape2 pernah tengok tak citer ni?
(^_^) hehehe

Wednesday, August 17, 2011

next semester time table

after i register the courses that
  i want to take  for next semester
so,this is the time table

actually there is one more subject
that I cannot find the time table in the system
Experimental Design...
it seems like heaven huh??
holiday on Thursday and free everyday in the morning..
btw,it is not fix yet
so hope I can hanging there
since my time table will be pack in the evening
uuurrggghh,how am I want to do meeting
with my club??
 and I hope with all of free time..
I can score in all of my subjects. 
I want to perform well in my quizes,tests and even project
before the final exam of course..(^_^)

terlayan citer "One Litre of Tears"

citer ni dah pernah layan time matrik
disebabkan dah puas main dengan remote
tapi takde citer yg best kat tv
jadi,amik keputusan untuk layan citer ni
walaupun dah tengok banyak kali
mesti nangis...adeii sampai lebam rasanya mata ni
nanges sebab sedey sangat
bila nak control balik supaya tak nanges
boleh bertahan dalam...30 saat je
citer tu best based on real life..
inspiring me about life
hargai apa ada.. tentang apa je
bersyukur kita dapat berjalan,bercakap,berlari
walaupun ability dia hari ke hari makin hilang,
tapi ability dia menulis still ada.
melalui penulisan,dia bantu orang lain..
kan best saya pun bagi inspire kat orang lain
melalui blog saya..walaupun saya bukan dilahirkan sebagai penulis 
 kena tengok sendiri la ek citer ni..tak best dengar citer dari orang
mood : blessing~~

#5 wordless wednesday



perhatikan mata encik teddy ni...betul-betul perhatikan

Tuesday, August 16, 2011

register course for next semester

as for today most of my classmates
all begin to worried about what courses or subjects that they
want to take for next semester
there are some of my friends will be last semester for next semester
and there also need to extend another semester
whatever that they decide are the best for them

because to register the courses for the first time in 
my semester break,I call my friend..
<what?? hahaha..just call for a good purpose huh??>
the good thing for today is....
all of us ask each other opinion, give advise to
work much more harder for next semester..
happy register for my friends??
hope have a 'nice' time table for next semester hahaha (^_^)

macam mana nak menaikkan semangat pada bulan kemerdekaan..

 bulan ogos kali ini,memang menarik..bulan puasa dan bulan kemerdekaan..
1) menyanyi lagu patriotik tiap-tiap hari <kalau boleh hafal dan hayati lirik>
2) mengibarkan Jalur Gemilang di pagar rumah, kereta
<lagi besar,lagi bagus...orang yang 4kilometer boleh nampak>
3)nak lebih bersemangat, pakai baju Jalur Gemilang kemana-mana sahaja <untuk menunjukkan rasa patriotik,lebih elok baju kurung atau baju melayu>
4) tengok kisah-kisah perjuangan tokoh-tokoh <Sarjan Hassan, Hati Malaya>
tak cukup lagi? apa ek lagi...emm...
5) baca buku sejarah??
6) tengok History Channel, Discovery Channel <lebih-lebih lagi bulan ni, serious menarik>


walau macam mana kita nak menaikkan semangat patriotik
biarlah berpada-pada, jangan sampai ada yang terasa hati ek
jadi..."SELAMAT MERDEKA RAYA!!!" 
(^_^)

buat header yang simple sudah


akhirnya saya buat keputusan untuk buat yang 
paling simple
still kekal kan karakter dan tambahkan 
bunga untuk menunjukkan still ada feminin 
walaupun boyish..hehehe
puas hati..simple,anime
sesuai sangat dengan karakter saya ni
ok tak header ni bagi pendapat korang?

"Undercover Boss"

rancangan tv "Undercover Boss" ialah rancangan majikan
atau boss akan menyamar bekerja sebagai kerja yang
orang akan tidak memilih sebagai karier
contohnya sebagai janitor, cashier,cleaner
saya tahu rancangan ni daripada Oprah Winfrey's Show
dalam rancangan tu yang saya rasa inspire dengan pekerja 7-Eleven
CEO 7-Eleven, Joe DePinto menyamar jadi pekerja syif malam
untuk memahami dan mengalami bekerja di syif malam
Beliau berasa kagum melihat pekerjanya walaupun bekerja di tengah malam
tetapi masih berfikiran positif, bersemangat dan ceria
salah seorang pekerja nya, Dolores yang telah bekerja selama 18 tahun
yang dikenali oleh pengunjung dengan sikap peramahnya
membuat kopi hampir 2500 cawan setiap hari yang menjadikan
antara jualan di 7-Eleven terus maju


selalunya boss akan sentiasa berada di kedudukan di atas dan tidak tahu
bahawa pekerjanya membuat lebih kerja dari boss..
saya rasa pengalaman seperti ini akan mengajar seseorang untuk
tidak memandang rendah terhadap sesiapa pun
walaupun kerja yang dibuatnya hanya janitor..
teringat citer ada seorang penjaga tol yang sentiasa senyum
dan bersemangat bila bekerja
kerana dia percaya dengan setiap tiket yang dia beri akan menjamin 
pengguna jalan raya akan selamat sampai
ke destinasi yang ingin ditujui
dan berjumpa dengan orang yang tersayang..
cuba bayangkan kalau tiap2 hari
dia jual 3000 tiket.. mulia sungguh niat dia...renungkan (^_^)

Monday, August 15, 2011

SEGMEN : APA AKU BUAT KALAU BOSAN?

http://specpatah.blogspot.com/2011/08/segmen-apa-aku-buat-bila-bosan.html
kalau kat rumah:
- main dengan remote..tukar2 channel
- online kalau line broadband tak buat hal
 - main game..layan facebook,twitter,blog
-tido puas2
- lipat baju kalau ada heehehhe
- dengar lagu,layan citer anime,korea

more and more on anime...

minat dengan C.N.BLUE

kalau kat universiti :
- main game..layan facebook,twitter,blog
(tapi blog kurang sikit..)
- hang out dengan kekawan
- jalan2 satu uitm,jogging sambil dengar lagu kat fone
-buat kerja giler...hahaha
contohnya keluar berjalan2 dari pagi sampai ke petang

ni la yang saya akan buat..tapi selalunye...
saya akan mem'buzy'kan diri
sebab tak nak ingat rumah (homesick konon)
ikut aktiviti fakulti hehehe...what i enjoy the most

classroom #2

ingat lagi masa semester tiga
kelas philosophy, kelas berfalsafah
philosophy on science and technology,humanity
kelas tu bagi saya..okay la..
tapi membaca kan..hehehe kurang skit la
pensyarah yang ajar ni ENCIK ZAKI
dia seorang yang betul2 teliti
dengan buat research pasal Syed Naquib Al-Attas
segalanya..teori, falsafah, pendapat beliau
semata-mata untuk bagi nota kat kitaorang
dalam banyak2 kelas..kelas beliau la saya selalu TIDO!!
hahaha..maaf ea tak leh nak tahan kelopak mata ni dari tertutup

topik yang hangat dibincangkan dalam kelas dia
perubatan cara Islam dengan menggunakan kambing
dalam waktu tu,tah berapa kali perkataan kambing 
yang lagi menarik..ada sequel..sambung next week nye kelas

walaupun selalu tertido dalam kelas beliau,
tak de langsung preparation time presentation
kelas ni ajar tengok secara menyeluruh..
before exam bagi nota khas soalan past year question
dengan skema jawapan.. terbaikkk lahh..

Sunday, August 14, 2011

baju raya dah siap!!

memandangkan raya dah nak dekat
baju raya pun dah ada
hahaha semangat tiba-tiba
tempah dari bulan 3 <advance kan?>
beli kain kat nilai 3
lepas beli,terus hantar kedai..
dilemma sekarang ialah...
mana nak pakai dulu untuk hari raya pertama...
emm...kena pikir betul-betul ni..
baju ada lebih dari 1,tu yang dilemma sikit...
<dah macam pikir nak jawab exam pulak>
 
ni baju raya?? comel pulak nanti time raya..konfius pulak nanti dengan event cosplay '

korang pulak macam mana?
tadi pun gi shopping mall,semua sibuk untuk
persiapan raya..
mana tak nye,masuk je mall
sale sana,sale sini
discount 70%, time raya je dapat...
apa-apa pun, biar lah bersederhana ek kekawan..
"Selamat bershopping..dimana2 pun korang pergi
even...kat Petaling Street"
p/s: kalau korang takut tak muat time raya nanti, beli je last minute
harga last minute pun baik punyerrrrrr....(^_^)

"dulu saya pengumpul sijil...."

salam semua...hari ini saya nak buat entry pasal sijil,sijil dan...sijil
dulu time sekolah memang tu penting sebab nak masuk sekolah asrama
sebagai tanda kita ni aktif time sekolah
bukan kita datang ke sekolah semata-mata study 24 jam (hiperbola giler)
dulu saya juga memang kalau boleh semua nak masuk
tak kisah habiskan masa,tenaga, dan duit..
terus-terang time sekolah boleh kita nak kumpul sijil
tapi time universiti, sijil tu tak menentukan apa-apa
pada masa yang sama tengok jugak sijil macam mana...
kalau macam kawan saya budak network,perlukan CCNA(tak sure nama panjangnye)
tu lebih pada pengiktirafan ke arah profession
kalau dalam sijil dalam bentuk penyertaan..not so much
apa? untuk time kerja nanti? ye ke majikan akan mintak?
not really..diaorang mesti tanya "pandai buat kerja tak?"
ni entry saya buat untuk ada kawan saya tanya semalam..
saya cuma harap dia tak pressure kan diri dia nak kejar sijil
tapi kalau nak tahu macam mana nak bekerjasama, buat event,
dapatkan kenalan sangat boleh sepanjang alam universiti..
involve kan diri dalam banyak program, berkomitmen bila bekerja
dapat asingkan masalah kerja dan peribadi
bagi pendapat saya, kalau kita hanya nak kumpul sijil semata-mata
kita tak akan belajar apa-apa...
bila dapat kerja,buat dengan rela hati.. banyak kan boleh belajar
kalau nak belajar benda-benda ni, sama-sama kita belajar
saya pun banyak benda lagi yang tak mahir..
apa pendapat korang? (^_^)

Saturday, August 13, 2011

try buat header..testing aje...

memandangkan semua blog ada header..
jadi...saya pun nak jugak
ini dalam percubaan aje
disebabkan saya ni minat sangat dengan anime
saya bercadang guna karakter yang seakan-akan 
memenuhi perangai saya sendiri

ini saya try mula2
dengan bantuan paint dan photoshine 
sebagai frame sebab tak nak kasi terlalu kosong

lepas tu tak puas hati
sebab tak muat nak masuk semua nya...
<geram,geram,geram>
cubaan kedua pulak
jadi la macam yang atas tu..
pada pendapat saya, still nampak kosong..
tapi boleh la..
kalau orang suruh ceritakan pasal header ni
saya akan cakap
watak perempuan ini seperti saya
dimana-mana akan dengan headphone
walaupun nampak seakan-akan 'boyish' 
tapi still ada feminin...tu yang pilih warna ungu pink2 gitu la
nampak macam banyak ruang kosong kan?
masih banyak lagi kena explore pasal diri sendiri
bukan tak kenal sape diri sendiri
cuma senang citer ilmu di dada tak cukup lagi
boleh komen kalau nak?
perlukan perubahan? penambah baikan?
<uishhh dah macam post-morterm la pulak>
(^_^) still try~

classroom #1



entry kali ni saya nak kongsi masa kelas calculus
dan juga kelas math masa matrikulasi
walaupun timeline nye berbeza
tapi peristiwa yang berlaku adalah sama
tiap kali kelas mesti akan ada kalkulator yang jatuh
pelik kan..??
yang paling pelik,kadang-kadang macam ada pattern je
kadang-kadang bersambung
lepas sorang yang jatuh,yang lain mesti terjatuh kalkulator
sampai lecturer perasan la..
"iye2 kelas dah nak tamat,sabar2 sikit je nak habis"
"semua tido ke dalam kelas ni?"
pernah mengalami perkara yang sama?
nasib baik kalkulator tak buat hal bila tengah exam
(^_^) hehehhe

Friday, August 12, 2011

"speaks"

when was the last time that you have conversation in English with your friends?
last month? last week? what? never?
it is never been to late anyway..
as for me..I really apply it a month before took MUET exams.
My lecturer insist that we must speak in English within a month among ourselves.
I do aware that grammar is my most fear of..
but at least I try,right? like I always hold on to my words,
"Better do it,rather than you will regret it for the rest of your life,
whether you have done it or not,people might keep saying it
SO JUST DO IT" <trademark of nike?> 

and sometimes I do mix up with Malay and English,
but I feel sorry for my friend that told me this,
"I feel so sick when you mix up Malay and English when you are talking"
I guess it does sound sick isn't it? 
but you know what, I am happy for it and proud of it.
for this entry, I would like to make others not to be ashamed to try talk in English
they might have something in mind,"English?? naahhh..it will not be necessary to know it"
or maybe someone might say, "She is just showing off.."
for me..I really don't like language subject..but it is part of my daily life.
I need to do something,not just sit and doing nothing..
<although i do that all the time hik hik hik>

"rain,rain don't go away.."

You might be wonder why I say such thing, "rain,rain don't go away.."
Let just say, I'm so glad because....
First, I don't have to water the plants which that would be one of my routines.
My mum like gardening so much. She is totally good on plant it, take care of it.
and it is a good thing for us as her children. So that we can be responsible to take care it as well..
even though, I don't like to do it at first. but when rain come, I will be 'joyful' about it <wink,wink>
Second, when I was kid.. I really like to play in the rain. 
although, I was been scolded by my parents about it but I really love it.
As I grow much older, I know it is not good for my health anyway.
Third, I did remember that my friends and I used to make sound of frogs,
so that it will be NO Physical Education class (what we use to called PJK)
and NO assembly..(yeahhhh)
no need to bring our sweat pants and t-shirt to school.
We rather stay in class..
the most thing that I don't understand with my friend is..
whenever it was raining he will asked me this,
"nisa..hujan ni..ada kelas tak?"
and I will reply his text like this,
"hape ko ingat kita belajar kat luar ke?"
I think he just want to use it as an excuse not to attend class..
and yes, there are still disadvantages when it comes to rain..
"rain is a blessing gift from Allah.."
(^_^)

Thursday, August 11, 2011

What's The World's Worst Sound?

  1. Vomiting
  2. Microphone feedback
  3. Many crying babies
  4. Train wheels scraping and squeking on tracks
  5. Seesaw squeking
  6. A violin being played badly
  7. Farting
  8. One baby crying
  9. An argument on a TV soap opera
  10. Electrical mains humming
  11. Tasmanian Devil
  12. Cat spitting and howling
  13. Coughing
  14. Mobile ringtones
  15. Creaky door
  16. Fingernails scraping down a blackboard
  17. Sniffing
  18. Dogs barking
  19. Polystyrene squeak
  20. Dentist's drill               
source : National Geographic Magazine MAY 2007

Wednesday, August 10, 2011

BEN ASHAARI AJAK KENAL BLOG INI #2

http://www.benashaari.com/2011/08/segmen-kenali-blog-ku-2.html

1) blog apa ni?
blog ini adalah apa yang terlintas dalam pikiran atau perkara yang saya nak cerita kn kepada semua tu yang jadi entry.sebab saya sendiri bukan la pandai sangat nak cerita sangat pun... ke arah yang lebih santai..pada mula buat blog ni,semua tulis dalam bahasa inggeris..tapi time tu memang main tulis je..dah lama-lama tengok orang lain punya blog,jadi mana yang boleh dijadikan pengajaran saya aplikasikan..lagi satu saya dulu ada diary,tapi sejak dah ada blog..ini jadi diary saya..apa yang saya rasa nak tulis saya jadikan entry..

2)mana saya tahu pasal entry ni?
sebenarnya dah lama ikut abang ben tapi tengok je.. ini pun saya buat keputusan dari saya tak tahu nak buat entry apa,baik saya buat ni...hahaha...

3)sebab pada mula saya buat blog?
sebenarnya sebagai assignment lecturer kelas ITS100 (minor in Computer Science)..siap kena submit lagi details,belajar buat entry.. tapi dah habis semester,jalan sendiri la kn..tak kan lecturer nak kena check..hehehehe...dah buat blog-walking baru tahu banyak lagi yang saya tak tahu pasal blog..

4)sekarang?
tah la...tengok la macam mana..tapi saya punye matlamat ialah buat kan blog ni boleh hidup dalam jangka masa panjang.. follower? hahaha..kalau ramai2 pun tapi tak jenguk entry pun macam tak syok je.. kalau ada tu ada la..buat masa ni ada la follower setia..itu dah memadai bagi saya..

(^_^)peace~~ p/s: bahasa melayu tak power sangat..harap minta maaf kalau rasa macam tak paham dengan apa yang saya taip ni...hehehe

#4 wordless wednesday

back to school (^_^)

Tuesday, August 09, 2011

"serangan kad raya bakal dilancarkan"

hahaha bunyi gempak je kan entry kali ni?
disebabkan saya cuti sem ni banyak masa
jadi..saya dah buat keputusan
<mood: penuh bersemangat yeahhh!!!>
akan hantar kad raya
bermula minggu depan saya akan buat
hand made la..tak nak beli kat kedai
or guna photoshop or hantar email
tapi tu la..saya cuma akan hantar 
pada kawan yang saya ada alamat je la
kalau tak ada alamat,macam mana nak hantar kan?
hahaha...so, kepada yang bertuah tunggu la ea..
kalau rasa nak secret admire hantar,boleh la bagi alamat..
so,korang macam mana? nak buat jugak?
tak kisah la laki ke perempuan ke..buat je
raya sekali setahun..bila lagi nak tunjuk penghargaan kita kat kawan2
dah kena start beli bahan-bahan la
<aduss,dah macam nak buat program masakan pulak>
peace (^_^)

#2 pengalaman pose dulu-dulu

untuk entry kali ni pasal over beli time bazaar
ha!! ini biasa la kn..
time beli tu semua nampak sedap
time tu la nak test semua..
macam puasa sehari je
padahal esok leh try yang lain
ni tak..time tu nak try semua
bila dah berbuka, mula la..
"macam mana nak abiskn ni.."
<mood: menyesal>
time beli tak nak kongsi
haha ni time kecik dulu la
sekarang dah pandai sikit
jadi pada semua kalau nak beli untuk berbuka tu
biar lah bersederhana..okay?
p/s: kat bazaar tu jual benda yang sama je
contohnya kedai roti john boleh jumpa 2-3 gerai..
maybe harga atau cara buat je yang membezakan

Monday, August 08, 2011

#1 pengalaman pose dulu-dulu

nak kata dulu-dulu tak de la sgt..
tapi pengalaman berbuka yang tak le lupa
"HAMPIR" terbukak pose
ini semua gara-gara tak sabar
hahaha...biasa la sebelum berbuka bukak radio nogori
nak taw bila masuk waktu..
kan sebelum azan,biasanya akan ada bacaan doa sebelum berbuka
ha,apa lagi...betul-betul lepas doa tu abis..
ngapp terus la tembikai..
tetiba semua orang pandang..owh jangan risau kat rumah
jadi tak de la segan tahap dewa sangat
adik lak jerit,"AKAK!!! BELUM LAGI LA"
apa lagi cepat-cepat pergi keluarkan balik tembikai tu
adus, nasib belum tertelan sepenuhnya
punya la semangat berbuka kn??
selepas benda ni berlaku,memang berjaga-jaga la
jadi,korang macam mana?
pengalaman yang sama atau
lebih extreme dari ni ?
(^_^)peace~~

Sunday, August 07, 2011

6 Jahanam

bila? : matrik semester 2
Cikgu Harlina bagi gelaran 6 Jahanam kat diaorang ni
 
kenapa diaorang dapat gelaran ni?
time tu tengah kelas tutorial maths..
tapi hari tu ttbe 6 orang ni semua nak gi toilet..hahaha
tak ke pelik kn? apa la diaorang nak buat kn
lama la jugak diaorang pergi
tak macam pergi toilet la senang citer..
apa lagi lecturer kitaorang dah macam polis la 
tanya sorang2..ala2 penyiasat 
dan ada yang sorang ni..mungkin dia ni jenis jujur
bagitaw hal sebenar
rupe2nya diaorang gi cafe..gi melantak..citt..
hahaha..apa lagi sentap la kot lecturer kitaorg tu..
siap gelaran 6 Jahanam
dan bertapa brutal nye lagi lecturer kitaorang tu
dia pi habaq kat semua lecturer setiap subjek kitaorang
sabar betul la member2 yang kena jadi bahan..
p/s: dedicate kn post kat kawan f2p8 kmn9 08/09
magoo,ujang,bade,mell,anaqi,'atok tue'
enjoy (^_^) ttbe rindu lak kat kawan kelas..

smoking dalam lif?

macam hari-hari biasa,hang out dengan cousin..tgk wayang
tak ingat la citer apa..dah lama sangat..
ada peristiwa yang tak boleh diterima oleh saya..
SMOKING dalam lif.. nasib time orang tu smoking,saya dengan cousin tak ada kat dalam lif tu.
tengah-tengah tunggu lif,tetiba lif tu berasap..dah macam dalam oven lak bila tengok..
1st, saya ni dah la tak boleh bau asap..sort of macam allergic la jugak.
2nd, langsung tak ada rasa bersalah orang tu...
macam ni la,nak smoking tu boleh tapi jangan la kat dalam lif..kalau ada budak kecik macam mana..
kepada smokers, nak smoking tu pilih tempat orait sikit..
jauh dari orang kalau boleh dan bukan dalam bangunan la..
perihatin terhadap persekitaran (^_^)
suka bila ada zon bebas dari rokok..atau khas untuk perokok..

Friday, August 05, 2011

"macam satu dunia nak tahu"

saya tengah duduk kat dalam bas. biasa la baru abis kelas,penat2 dari kelas,tiba-tiba dengar ada dua orang ni borak-borak...uihh,kuat bukan main lagi..macam satu dunia nak tahu je..
untuk elak dari dengar apa yang diborak,saya buat keputusan untuk dengar lagu kat fone..dengan volume yang sangat kuat.  yang paling kelakar nya,dari tak tahu apa-apa boleh tahu la semuanya walaupun dah pakai earphone..sama je still dapat dengar..
ada jugak pernah terjadi perkara yang sama tapi ni satu bas tu nak dengar.
adusss,nak citer yang private tak perlu semua orang nak tahu..
bahaya kalau citer yang sepatutnya rahsia tapi semua orang tahu..
kalau perkara ni terjadi lagi,tah apa cara lagi saya nak buat untuk 'pekak'kan telinga ni..
tak semua benda kita boleh citer kat orang..ingat tu..

Thursday, August 04, 2011

"hero kalah dulu" #2

saya selalu guna kata : hero kalah dulu
bila? : game bola kalah 1st round
"alarh..kita kalah la..down nye" en.X cakap.
"xpe la nak buat macam mana,bukan rezeki itu game 1st ni..xpe tebus la balik time 2nd game" miss W balas.
"tak dapat tangkap rentak permainan" en.X kata. hahaha macam2 pulak alasan ek..
"xpe la..biasa la tu hero kalah dulu" miss W kata dengan bersemangat.
"weii..korang dengar..miss W cakap hero kalah dulu..so,kita buktikan hero ni akan menang lastnya" en.X bertambah semangat...

kita pernah dengar 'actions speaks louder than words' kan? disini saya nak cakap..memang senang untuk berkata-kata je..perbuatan tu pun kena la sekali yang menunjukkan kita buat..bersungguh-sungguh..fikirkan la..

Wednesday, August 03, 2011

#3 wordless wednesday


ni wallpaper dalam fone saya..

"hero kalah dulu" #1

when? : mid-semester exam results Semester 2 Matriculation

saya dan beberapa kawan tengok result bersama2
kemudian nya,masing2 mengadu..
"teruknya..baru mid-sem..apa yang aku belajar ni" bla bla bla
ada la lagi tapi malas nak detailkan..lupa sudeh
tiba2 datang lecturer math kitaorang.
Puan : so, math dapat bpe ni??
semua pandang antara satu sama lain..
semua : hehehehe....
Puan : alarh dengan saya pun nak rahsia ke?

dengan berani nya saya cakap "saya dapat C"
Lecturer saya pun "awat nye kamu dapat C? susah sangat ke?"
yang lain pun," aah saya pun sama..susah2"
then saya cakap," xpe puan..ni mid-sem jadi pengajaran kitaorang...
lagipun hero kalah dulu"
"oooo..hero kalah dulu ea...kita tengok nnt hero ni bangkit ke tak" puan cakap

dan yang paling tak sangka time lecture,puan cakap macam ni..
"saya tahu mid-term soalan a bit tough... hero kalah dulu kan?"
terkejut saya dengan kawan2 saya..kami saling berpandangan dan gelak..
dalam hati saya,"aduyaii pasni kena la buktikan.."
alhamdulillah final exam better  dari mid-sem.

#2 wordless wednesday

comel kan..

Monday, August 01, 2011

pengalaman 1st day puasa

apa pengalaman time kecik2 dulu
1st day puasa?,"cobaan betul"
skit2 tgk jam kn?
"bila nak berbuka ni?"
teringat dulu,bila buat kerja sikit
kata,"puasa la..tido je la"
over betul time tu..
padahal xde la teruk mana pun puasa nye

yang tak boleh makan saman,
semua tv ada rancangan memasak
tak pun yang pasal bazaar ramadhan
tapi apa2 pun,lama2 dah tak rasa pun macam puasa
ada yang amik peluang pose ni
nak turunkan berat badan
nak beribadah (tambahkan pahala,alhamdulillah)
harapnya kalau sahur ni biar dari awal sampai
dah nak abis puasa nanti,okay?
"Selamat Berpuasa Pada Semua Yang Berpuasa"
hehehe~~

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post