Wednesday, February 29, 2012

last event : KPO 2012


salam kepada semua yang datang kat blog saya ni..
rasanya tak terlambat lagi saya nak citer pasal last event saya dengan SMF..
Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) dan Team Building..selama 3 hari (7-9 Febuari 2012)

untuk kali ni kami pergi ke Dusun Eco Resort,Bentong, Pahang..sangat best...pagi-pagi sejuk yang amat-amat.. tugasan urusetia saya kali ni sebagai Biro Makanan atau kami (saya dengan Zul) gelarkan "Pengawas Kantin". Disini ada kantin sebagai Dewan Makan..

di kantin tu pun ada peraturannya. (ayat diubah suai)
1. pinggan dan cawan kena basuh sendiri.
2. kalau nak tambah lauk, amik sendiri kat dapur.
3.selipar,kasut letak luar.. 

tugasnya kami perlu pastikan makanan siap dihidang selepas setiap program selesai..
sebarang kelewatan atau tukar plan, kena bagitahu kat mak cik kantin..
pengalaman yang sangat best... jadi extra care pada semua orang sebab kena pastikan semua orang makan..

tiap malam kami sediakan air teh untuk para pensyarah dan student..
siap dapat tips cara nak buat air teh..selalu guna uncang je..kali ni kena guna serbuk teh tu..

 kena rendam lama-lama dalam air panas tu, perahkan serbuk yang dalam penapis tu sehabis-habisnya, kacau air teh tu arah lawan jam disertakan dengan selawat supaya lagi sedap..
tutorial depan-depan pensyarah tu..hehe..

boleh dikatakan saya banyak spend kat kantin tu... pengalaman yang menarik dan tak dapat dilupakan jadi urusetia event yang terakhir jadi SMF.. lepas ni mesti rindu nak melibatkan diri.. ini saja dari saya..

kisah aku dan cap jari


assalamualaikum kepada semua...selamat singgah di sini..
hari ni nak citer kisah aku dan cap jari.

mulanya nak pergi ambil ujian komputer, biasa la pengesahan cap jari diperlukan sebelum mulakan ujian..
majority lepas untuk buat pengesahan cap jari..tapi aku tak lepas nak sahkan..
siap error sebab tak dapat nak baca.. disebabkan perkara ni terjadi, aku terpaksa la men'declare'kan diri ku ini sebagai orang OKU sebab tak dapat baca cap jari.. haha memang pun tak boleh baca...
yang kelakarnya kadang-kadang dua-dua ibu jari tak dapat baca..
 halus sangat kot..haha puji diri sendiri..
mungkin terlalu gunakan ibu jari ni (sms je kejenya mana tak nya)


korang ada mengalaminya jugak ke? atau citer kita lebih kurang je?
senasib la kita ek... nasib tadi pergi bank tak ada masalah... kalau tak...naye la.. tiba-tiba rasa diri ni unik sebab cap jari ni..



p/s: 1st time menggunakan aku...ok tak?
tak biasa gunakan untuk penulisan..

#3 one word : swag


hye to all of you..hope you guys do well today..29 Febuary 2012
that is just swag...okay,what it's that mean?

swag..It is kinda mostly means like "that's style man" 
(meaning using my own word : style, hot, cool and everything nice hehehe)
I learn it from my friend... everything that he tweets must have this #swag thing..
at first I was like..maybe this is his trademark or something
but after I watch most of show, swag always been used..
sound's modern, funky huh? I guess so..

have you heard Swagger like Jagger..
some sort's like that this swagger thing..
owh now I remember where the first time I heard about this swag thing..MTV!!!

for 29th Febuary, this a swag date...love today..
so,anybody who born this date...how old actually are you? (wonder)
that's all from me..one word - swag

#27 wordless wednesday





dedicate to kak odah...
very enthusiastic in her presentation for last semester..
and today is 29 Febuary, date which is once in 4 years..


p/s: jangan marah ea...

Tuesday, February 28, 2012

#2 one word : coffee


hye there... it is good to be back..
one word for today is about coffee.

it is my one of favourite drink..besides iced lemon tea..
my favourite flavor should be LATTE..
drink coffee good for you..seriously.
rich with anti-oxidants.. but just dont take too much...remember it is still have caffeine.

local brand, foreign brand...
If you drink the Brazilian coffee which can get usually from 7 Eleven,
you might end up can't sleep like whole day..
believe me.. I've been through this..

when I was 16 years old, I was addicted to it sooo badly..
If I don't drink it, it's like my day was not complete..

and now,if I drink coffee for an excuse to make me awake at very late night..
the truth is...it won't work to me.. it just still the same..

that's all from me..how about you?
-ana-

saya perihatin: nasihat,tips dan ATM


salam kepada semua..
entry kali ni berbentuk sedikit nasihat mengenai ATM...

"wow ramainya orang kat ATM tu..malasnya nak beratur"
"jap ea nak gi 'cucuk' duit"
"tidakkkk...kad ATM hilang"

macam-macam situasi la kita boleh alami kat ATM ni..
kes ragut pun boleh jadi..ish2..
ni sedikit pesanan kalau kawan-kawan guna pin nombor kad ATM tu tarikh lahir,
baik tukar.. antara tindakan yang tak berapa bijak..
sekarang ni dah banyak sangat isu..
owh nanti tak ingat.. jangan pilih yang susuh..
tak pun paling senang pun guna tarikh lahir mak ke..tokoh kegemaran..
yang orang lain sendiri pun tak boleh nak pikir..

bila dah ambil duit kat mesin ATM tu, jangan terlalu dedahkan duit..
tu pun antara tindakan tak berapa bijak..
ambil duit jangan sebanyak-banyaknya..mengikut keperluan..
bila beratur tu,jangan nak potong line.
taktik ni dah basi,harap jangan buat ea..pergi kat kawan konon nak borak..
pastu passing kat dia suh tolong cucukkan..
tu namanya ambil hak orang lain.. kalau orang buat perkara yang sama tu pada anda,bengang kan? marah kan? ni namanya meletakkan anda pada diri orang lain..

itu sahaja dari saya..
maklum la sekarang awal semester lagi kan..jadi berpada-pada la dengan duit anda..
berjimat cermat jika perlu..

Monday, February 27, 2012

#1 one word: bebas


salam kepada semua... 
kali ni nak cakap pasal bebas..
saya bebas berkata apa sahaja yang saya nak kat entry ni..
saya bebas nak mendengar lagu-lagu English saya minat,
saya bebas untuk baca buku novel dan berimaginasi,
saya bebas rasa bengang dengan student portal nieh,geram lak aii..macam mana nak register course
(opps2 okay over-acting pulak ni..)
 saya bebas memberi pendapat, saya bebas untuk berkawan, 

akan tetapi sebebas mana pun yang saya suka,saya lebih suka bersederhana..
jadi saya fikir dulu sebelum saya buat entry,
saya hanya dengar lagu yang tidak ada ayat-ayat negatif,
saya baca buku yang ada juga beri manfaat pada saya,
dan pasal student portal...yea saya kena bersabar la..paham sangat server down ni..

dan ini ialah pendapat saya tentang kebebasan yang saya ada..
(tolak pasal penjajahan minda, tak termasuk ok?)
kadang-kadang terlalu bebas pun ada risikonya..
itu saja dari saya pasal topik BEBAS..

p/s: label sebagai one word...saya pilih satu perkataan dan saya tulis apa saje mengenainya...

pemilik blog anime girl asal mana??


salam kepada semua...kali ni nak citer sikit saya ni orang mana..
yea la kebanyakkan bloggers selalu menunjukkan mereka asal mana..
saya cerita la ek...

lahir di Hospital Kuala Lumpur jadi orang KL kan?
hahhaa poyo je lebih saya ni..
membesar di Kuantan (dari lahir sampai darjah 6)
berhijrah ke Kuala Pilah dari form 1 sampai la sekarang..

"tak ada pun loghat nogori,dia ni...betul la ni"
itu memang betul..boleh tapi hanya dengan org nogori buleh la..
satu lagi,member dulu dok pesan "nisa..ko kalau boleh jangan la ckp nogori...buruk..macam bunyi siam"
seriously... agak la... sekarang dah okay...kot...
"mesti makan lomak cili api je kojo eh"
 owh itu tidak sama sekali...kalau nenek masak, makan la...sedap2
"jalan bukit putus tu,uihhh nak muntah je bila lalu"
owh tak perlu risau dah sekarang,sebab dah jalan lurus..

memang kalau nak buat sesi berkenalan nak citer semua tu agak rumit.. 
lepas tu semua akan tanya "jadi...ni ikut adat Perpatih la ni"
dalam hati dah pikir macam-macam dah..kang kalau kata yea lain orang pikir..
jadi saya akan jawab "owh tak la..saya orang nogori colup"
maknanya half-n9 je..

dan kepada siapa-siapa nak singgah kuala pilah ni..mai la...
semua jalan shortcut dah pernah lalu..
sangat teruja bila jumpa kawan-kawan satu Kuala Pilah...
"taw sangat ko duduk mana.." bak kata orang, bila dah jumpa geng ke main lagi...
walaupun jarak antara Shah Alam dengan Kuala Pilah tak jauh tapi saya jarang balik..betul ni...cuba tanya kawan-kawan saya... bukan apa...dah balik Pilah ni, bercinta lak nak menghadap buku...

jadi...kesimpulannya saya orang mana?
complicated kan? kalau korang nak saya cakap saya orang mana...

me against 14


owh hye there... is everything good?

my favourite number would be....


of course because my birthday on 14th...
I just love 14.. my basketball jersey..
reason? for no reason..just like this number the best..

unless if I was Taylor Swift who just love number 13..
she feel that 13 is her lucky number..

"I was born on the 13th. I turned 13 on Friday the 13th. My first album went gold in 13 weeks. My first #1 song had a 13-second intro," she said. "Every time I've won an award I've been seated in either the 13th seat, the 13th row, the 13th section or row M, which is the 13th letter." 

 "Basically whenever a 13 comes up in my life, it's a good thing."

what about you guys...

Sunday, February 26, 2012

kan cakap dah statistik tu power


salam kepada semua yang datang sini...
ni nak share something


cool is it...hahhahaha sorry tak sengaja berlagak
setuju tak dengan statement atas??
 hanya selingan semata-mata..
yang pasal Liverpool hehe tak nak masuk campur ek...
walaupun sokong sikit la Liverpool...sebab bapak nye kegemaran

p/s: alamak dato salah taip statistics...xpe lah...baru perasan

kebetulan nama sama


assalamualaikum dan hye kepada semua..
nak mempersoalkan pagi-pagi ni...
adakah ini kebetulan?

perhatikan nama buku ni
yea memang nak buku ni ada kena-mengena dengan Tutti-Frutti tu

hahaha tak ada la.. kan cakap tadi kebetulan je.. citer pasal remaja dan kehidupan dan macam mana nak hadapinya.. menarik la jugak... 
collection tu perasan tak? dalam buku ni digabungkan 3 buah buku dari series yang sama..


kalau berminat cari la buku ni..best...

p/s: menyokong orang-orang yang suka membaca

walaupun aku tak suka katak tapi.....


salam bloggers dan semua (mood: excited)
walaupun saya tak suka katak (baca link ni)
tapi untuk citer anime Sargent Keroro, kaum katak-katak ni jadi dimaafkan..

tiap petang mesti layan citer ni kat Animax...
okay saya ngaku mereka ni comel belaka dan sibuk nak takluk bumi..

dengan watak masing-masing ada yang innocent, giler, unpredictable..
asyik gelak je tengok mereka..

p/s: suka kat Tamama, Dororo..opps nampak sangat taksub...
p/ss: still tak suka katak walaupun tengok citer ni...NEVER..
p/sss: tajuk guna aku...tapi kat post entry guna saya...maaf ek...hohohoho(tandanya malu sudah)

picture from google

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post