Thursday, December 28, 2017

Hebatnya Kuasa Sedekah (Mood Republik 2017)


Bila tengok posting ni yang ramai share, rasa inspirasi sangat. Kadang-kadang kita terlupa sebahagian rezeki kita, bukan milik kita sepenuhnya. InsyaAllah untuk pemenang tu - saham akhirat untuknya nanti. Buat diri ini terfikir, berapa banyak yang aku sudah memberi.. Memberi yang bermanfaat semestinya. Kalau tidak mampu beri berupa wang ringgit, beri seperti Al-Quran, sejadah, stokin (pakaian), mahupun buku.

 

Setiap kali ada yang dapat manfaat dari hasil pemberian kita, setiap itulah pahala untuk kita. InsyaAllah. Dengan izinNya.

Kadang-kadang, kita lari dari tujuan dan fokus..waktu itulah kita mula mengeluh, lalai dan leka. Minta dijauhkan. Bilamana kita tidak bersyukur, ada makhluk Allah suka akannya. Buat kita lupa pada Allah. Ingat, lagi kita makin tinggi di puncak, lagi banyak dan banyak kita perlu ucap terima kasih. Sedekah adalah salah satu cara untuk kita ucap syukur. Dengan sedekah juga, hati kita akan terpelihara dari perkara negatif.

Ada yang kata "Betul ke Sedekah boleh jadi macam ni?"

Itulah rahsia Allah nak beri pada kita. Bak hadiah yang penuh dengan kejutan dan semestinya terbaik untuk kita. Nisa doakan, setiap orang yang membaca post entry ini akan terdetik untuk sedekah dan sedekah. Aminnn..

Nota kaki : Nisa bagi free posting untuk review apa-apa bisnes korang nak tak?

Wednesday, December 27, 2017

Labuh Tirai 2017 : Complete 2017 Money Challenge for Kids

 
Alhamdulillah lagi beberapa hari nak habis 2017.
Seronok sangat dapat complete kan Money Challenge for Kids 2017 untuk Maira Arissa.
Quarter 1 & 2 - masuk dalam Tabung Haji
lain pulak untuk Quarter 3 & 4 - kita kasi convert pada emas.
 
 
harga untuk korang usha.
 
 
Jadinya terpulang masing-masing dengan caranya.
Yang penting, ada 'keuntungan' kita disitu.
InsyaAllah 2018, kita consistent kan...atau up kan lagi..
Jangan lupa perbanyakkan sedekah kita ea.
 
Dah boleh countdown selamat tinggal 2017 ni.
Buat terbaik untuk tahun 2018. Banyakkan memberi, tak kisah dalam segi wang, buah fikiran mahupun doa yang baik-baik.


Tuesday, December 26, 2017

Posting tak boleh sebarangan




Hi semua. Assalamualaikum. Jadinya cuti baru-baru ni pun, sibuk jugak Nisa nak jawab orang tanya pasal next year tuisyen class, ada message untuk foundation Jannah Cosmetic. Fuhh tak menang tangan kita dibuatnya. But I like this way.

Dalam nak reply, ada jugak yang tanya..contohnya "Foundation ni boleh rawatkan jeragat ke?"

Pikir lama la jugak. Jujur tu penting. "Bukan boleh rawat tapi insyaAllah foundation ni boleh kasi jeragat tu tak kelihatan.."

"Ohhh ingatkan boleh rawat..."

Memang semua orang nak satu benda tu, boleh buat macam-macam...tapi ternyata mesti ada limit. Kalau Nisa sendiri cakap "Haah boleh aje..." semata-mata untuk lariskan, haishh tak rasa tanggungjawab ke atas setiap perkataan yang kita sendiri tak tahu.

Teringat kata-kata bos, "There is NO assumption in Operation.." Well...technically ni pun boleh la diguna pakai. Kena justify dulu, memang ada hasil boleh kita cakap macam tu. Tak mudahkan?

Sama jugak dalam blog. Jangan ditokok-tambah semata-mata untuk kejar pageview. Jangan ditulis apa yang tak berlaku pun tapi kita tulis macam kitalah tahu segalanya, jangan lupa apa yang kita tulis ni pun semuanya Allah tahu. Tak apa tak ada yang nak baca posting ni pun, janji kita jaga semua tu.

Nisa pun dulu hampir jadi fitnah, syukur Alhamdulillah Allah masih lagi jaga aib Nisa. Banyak kali jugak, hati syaitan berbisik - "Kau viral kan aje cerita ni kat blog. Biar satu dunia tahu..."
Alhamdulillah tak terikutkan sangat. Time tu terpikir satu je, kalau salah cerita ni...macam mana aku nak reverse kan jadi sediakala. You are not attention seeker, Anisa. Please behave. Jaga aib orang, nanti Allah akan jaga aib kau Anisa. (baca dengan cara monolog).

Okay lah dah banyak sangat bebelan ni. Assalamulaikum.

gambar semalam 25/12 - jerawat tengah banyak


Thursday, December 21, 2017

Teringin Nak Makan


Entah kenapa, ada satu hari ni terasa nak makan maggi ni ha...untuk lunch pulak tu. Mungkin ada beranggapan - "Dia tengah tak ada duit kot..." ataupun "Tak berkhasiatnya ni..." paling-paling bersangka baik "Kenyang ke tak tu?"

Tak kisah apa pandangan orang, yang penting kita sendiri tahu kita dimana, keadaan macam mana. Untuk kisah Nisa ni, biar aje lah Nisa je tahu. Kalau ada yang teruskan beranggapan, silakan. Harap yang baik-baik aje. Kalau tak free-free je korang bagi pahala kat Nisa ni. Baik hatinya.. Terima kasih in advance untuk itu.

Dah penat sebenarnya nak baca pasal keluhan ekonomi sekarang ni. Tapi tipulah kalau kita tak terjejas. Mungkin ada yang terjejas sikit, mungkin tak ada effect langsung padanya. Apa-apa pun dalam kita mencari rezeki atau apa-apa pekerjaan sekalipun - Nisa suka nak ingatkan pada diri sendiri, untuk jaga keberkatan. Keberkatan itu perlu dijaga. Bermula dengan adab. Adab terhadap sesama pekerja, Adab terhadap majikan, Adab terhadap company yang hire kita atau tempat kita bekerja. Jaga solat, istiqamah untuk solat diawal waktu. Nisa percaya semuanya bermula dengan adab. Antara crucial thing yang ramai orang terlepas pandang. Adab bukannya perkara yang belajar seminggu terus kira beradab. Ada golongan ulama dahulu-kala belajar adab selama 18 tahun. Adab sahaja taw. Bukan ilmu dari orang itu.

Senang untuk katakana tapi semua ni perlu buat secara berterusan. Hari demi hari ada perubahan ke arah kebaikan. Tak perlu terlalu drastic perubahannya, tidak perlu perubahan sekali banyak..yang perting, berterusan.. terus dan terus..

Nisa tak rasa Nisa layak untuk nasihat, iyelah sendiri pun banyak nak kena baiki ada hati nak nasihat orang lain. Nisa cuma nak orang lain pun sama-sama dalam jihat yang Nisa buat ni. InsyaAllah ada perubahan yang lebih baik. Daripada kita dulunya suka marah orang, salah-menyalahkan orang lain..dengan izin Allah sikit demi sikit berubah ke arah yang lebih baik. InsyaAllah.

Anisa

Wednesday, December 20, 2017

Kemaskan folder yang ada


Hi semua. Ini adalah antara masalah yang Nisa nak kena hadap, bila phone storage dah nak mula penuh. Banyak video, banyak image download. Nak buang sayang. Ada yang family, business dan sale,sale,sale.. Okay over pulak nak sale banyak-banyak. Biasalah kan.. Bila ada kawan nak share sale ke, Nisa antara yang jadi mata-mata. Kadang-kadang tak terbeli pun. Haishh, merepek sudah ni.

Sebenarnya kan, gambar Maira paling banyak hahaha... dengan video dia lagi. Nanti kita letak kat Photobook la ea. Next project...or should I say - NEXY YEAR PROJECT. Dah tak sempat nak siapkan tahun ni. Tinggal lagi beberapa hari je ni.

Siapa lagi ada problem nak kemaskan folder ni, tak kisah la laptop atau pun phone. Takpe, sama-sama kita track habit ni ea. Boleh lagi nak betulkan.. Mana yang boleh buang, buang aje. Tutup mata pastu buang. Pastu mana yang boleh simpan tempat lain, pun lagi okay. Nisa pun ada gambar sync dengan Google Photo. Entah berapa duplicate dah ni. Memori semua tu kan...

Selamat mengemas folder yang berselerak tu ea. Fightingggg!!!

Gambar Hiasan semata-mata


Daripada,
ANISA
warga prihatin yang tengah hadapi masalah yang sama.

Monday, December 18, 2017

Review Movie : Pokemon I Choose You!


Hi semua. Entry kali ni nak share movie Pokémon I Choose You! Well, ini unplanned request dari adik-adik. Kita layankan aje. Maira follow her grandparents, that can make her enjoy herself.

Back to the movie plan, jadinya MBO je ada tayangkan cerita ni. Kami pilih MBO Viva Home, Cheras dalam 35minit dari rumah. Dalam hall tu, mostly yang lahir 90-an. Surprisingly ramai la jugak pergi tengok. Mengimbau bila layan cerita ni.

Rating? 4.5 out of 5. Kenapa? Ada sikit-sikit lari dari yang seriesnya. But it's okay. Apa yang lari? Aipp, tengok sendiri. Pastu cakap...ohhh ni kot. Pada yang tak pernah tengok seriesnya..tak akan effect pape, for sure. Boleh layan sehabisnya.

Akhirnya hasrat nak layan movie, tercapai...at least untuk tahun ni. Rezeki adik-adik kita tumpang. Ada yang dah tengok ke? Haritu check minggu ni last tayangannya. Not sure lepas ni, akan continuous tayang kan..

Korang tak expect entry ni nak bagi spoiler? Hahaha sorry to disappoint. But that is not me. Kena tengok sendiri dan nilai sendiri. Rate ini hanyalah pendapat individu saya sendiri.

Friday, December 15, 2017

Ibu Maira's Dairy : Mainannya dimana-mana


Hi semua. Cerita kali ni Nisa nak cerita pasal mainan Maira yang ada dimana-mana je. Depan TV, bilik tidur, bilik mandi pun kadang-kadang ada. Dalam kereta? Takyah cerita la, nah tengok sendiri.


Perkara ni adalah normal dan semestinya boleh dikawal. Bagi Nisa seawal usia setahun (sebelum umur 3 tahun) bagi mereka 'kebebasan'. Bila mereka dah mula ada mainan yang banyak, waktu itu kita boleh ajar mereka untuk kemas mainan mereka sesudah mereka main. Well, sekarang pun ada je ajak Maira simpan mainan dia.

Take quick guess. Berapa lama area tu boleh bersih? Semestinya sekejap. Tak sampai sehari - itu yang pasti.

Jangan stress sangat taw ni. Kalau perlu, sediakan play area untuk anak-anak kecil kita. Yang pasti mereka happy dan semestinya kita happy jugak. Memang boleh jadi sakit dan geram bila dah terpijak mainan diaorang ni. Bertabahlah ea semua.

So, kalau yang tak ada ruang untuk buat play area? Toleransi dengan anak kecil kita. Ingat mereka akan ikut setiap gerak-geri kita. Baik kita di depan mereka, insyaAllah mereka baik adabnya.
Ajar mereka adab yang boleh dipupuk seawal usia 1 tahun. Perlu sabar. Peringatan untuk Nisa juga ni. InsyaAllah sama kita menjaga amanah daripada Allah ni.

Semoga kita sama-sama saling mengingati dan tambah ilmu keibu-bapaan ea. Feel free to share idea too, okay? Nisa ni pun banyak lagi nak belajar. Terima kasih semua.

Monday, December 11, 2017

Jannah Cosmetic Meet & Greet


Sabtu yang lepas, 9 Disember 2017 diberi kesempatan dan rezeki untuk join Jannah Cosmetic meet and greet. Dapat belajar banyak perkara dan paling best sesi sharing untuk kami bertukar idea. Nisa dapat up kan knowledge make-up, facebook ads dan ilmu bisnes yang Nisa perlukan. Berbeza kalau buat sendiri sebab idea macam tak berapa nak berkembang. 

Jadi kenapa Nisa pilih Jannah Kosmetik?

Nisa suka nak make-up tetapi mostly yang ada tak tepati citarasa Nisa yang lebih prefer - natural, nude colour and less is more concept. Bila dah cuba tu, terus la jatuh cinta. Siapa kata mustahil untuk cinta pandang pertama. Ni dah berlaku kat depan mata.

Ada apa dengan Jannah Kosmetik?

Jannah Kosmetik buat masa ni ada foundation yang berasaskan Magnolia Stemcell - 60% foundation dan 40% serum. Foundation ada 3 jenis - Light, Medium dan Dark Medium. Ada juga lipsmatte and yes semua colour nude. Ada 3 colour code - Jasmine, Justica & Jane.

Meet and greet ni pun Nisa bawa sama Maira. Alhamdulillah Maira supportive sangat. Tak sangka dia pun enjoy herself. Maira pun macam nak belajar sama je. Kalau besar nanti, dia ikut jejak langkah ni - of course ibu akan support. Apa-apa pun let her choose her own path.

Terima kasih founder - Jannah Kissmi, Tuan Amir, awesome team untuk meet and greet ni.




Wednesday, December 06, 2017

Rahsia Kekal Remaja


Alhamdulillah diberi kesempatan untuk terus dan terus beri manfaat dengan pelbagai cara kepada ramai orang. Ternyata bukan mudah tetapi Nisa sangat enjoy every single moment of it.
 
 
Rahsia Kekal Remaja - FB page yang Nisa sendiri handle.
Dari sudut posting, komen semua lahhh..
Kalau sekarang budak-budak UiTM ada projek ENT kan..
boleh dikatakan ni Nisa yang handle.
 
Page like alhamdulillah syukur sangat. Terima kasih pada likers semua.
Kali ni page RKR lebih tekankan bab penjagaan muka dan rambut.
Benda yang hari-hari kita hadap dan Nisa sendiri struggle.
Jadinya dengan ada RKR, Nisa sendiri adalah pengguna dan
boleh korang namakan bahan experiment.
Tak kan, Nisa nak rekomen kat orang yang bukan-bukan. Cari penyakit ke hahaha..
Overall, memang semua membantu sangat. Bila dah jadi mak ni, selalu terlepas pandang
 
Nisa share gambar foundation Jannah Cosmetic & MYFA Hair Serum.
Tengok-tengok aje pun tak apa.
 



 


Thursday, November 30, 2017

Lubuk Seni Giveaway by EmaLisa, hadiah semua cunn!

 
 
Hi semua.. ambil kesempatan yang ada nak memeriahkan Giveaway by EmaLisa ni.
 

 giveaway
 Hai awak, blogger yang hebat tu ~
Kami adik beradik Ema & Lisa dari lubukseni.com Actually buat giveaway ni sempena meraikan follower blog. Kami nak bagi 5 HADIAH MENARIK yang pastinya limited edition. Nak tahu apa hadiahnya? Ahjom tengok entry giveaway ni.
 
 
Cantik hadiah giveaway... siapalah yang bertuah dapat ni ea..
BTW, thank you taw ajak kita memeriahkan giveaway ni..
Semoga bertambah murah rezeki EmaLisa.
 
Jom pakat-pakat join..
 

Wednesday, November 29, 2017

Monday, November 27, 2017

Pentingnya ada ready stok

Aktiviti weekend walaupun bersama dengan keluarga, tak lupa juga untuk berjumpa dengan customer. Well, most of it my dear friend.
Jadinya, ambil kesempatan jumpa quick catch up sambil hantar barang.
Barangnya apa?
Ni ha yang kat gambar bawah ni.
.
.
.
.
.
.



COD 5 pasang stokin soka

COD 2 pasang stokin soka
Comel kan guna paper bag tu..hehehe Nisa pun suka gunakan..
Muat-muat pulak tu.. ehh, macam cantik pulak letak jadi doorgift kan..
 
Reaksi kawan-kawan, "Nisa awat la makin kurus ni..."
Hahaha seriousnya tak tahu nak react macam mana.
Sejak azali cengini je la. Tak diet pun. Kalau diet nanti, muka pucat - sakit - kena jumpa doctor.
So, memang tak diet.
 
Bila COD pada kawan-kawan ni, baru realize kena ada ready stok.
Tapi itulah nak ada ready stok pun kena ada 'kaching, kaching..' $$$$
 
Paham..paham la ea.. hahaha.. kita ni guna modal pun dengan apa yang ada.
Tak kisah pun semua tu, sebab journey kan..
Seronok lagi macam ni.. Terima kasih yang percaya dan beli daripada Nisa.
InsyaAllah akan buat lagi baik. Ada rezeki lebih, nak jugak bat giveaway untuk dear follower blog.
 
Hurmm, not bad jugak...Boleh la dipertimbangkan.
Tapi...ada ke nak join?

Friday, November 24, 2017

Kematangan dalam blog


Alhamdulillah ada kesempatan untuk menulis di blog. Pagi ni sempat tengok post yang lama-lama. Ada rasa geli hati bila baca balik, ada rasa macam ohhh ini penulisan aku 2 tahun lepas.

Nisa dah dengan blog ni, almost 9 years. Lamakan? Kalau ikutkan kalau blog ni dah darjah 3 taw. hahahaha.. sempat pulak jadikan blog ni ke budak..

Kematangan dari segi macam mana tu...dari kisah-kisah kuliah, ke kisah rumah sewa dan sekarang dah jadi mak orang pun. Alhamdulillah dengan kerjaya dan bisnes...blog ni menjadi saksi.

Pada yang baru nak jinak menulis tu, keep it up... jadikan blog ni saham akhirat kita ea. Berkongsi dan terus mengingati orang lain. Beri ilmu yang bermanfaat. Itu sahaja dari Nisa.

Salam dari penulis,
Anisa Anuar

Gambar dari google

Thursday, November 23, 2017

#21 Spontaneous Thursday - Blog masih releven?

 
Hi semua. Teringat pula masa sesi sharing on create blog.
Rupanya ada jugak ramai tak tahu nak buat blog, dan bebesar hati dapat ajar orang.
 
Antara persoalan yang dapat,

"Blog masih releven ke sekarang ni?"

 
Sinonimnya blog ni mindset kebanyakkan orang, ianya dipenuhi dengan gossip.
Tapi sekarang kebanyakkan blog sudah berinformasi.
Contohnya - bagi tutorial, tips dan juga cadangan.
Sama macam media social yang lain, tapi lebih teratur di blog.
 
Pendapat Nisa, blog masih relevan dan mudah nak buat pencarian di Google.
Media social yang lain, kita kena cari melalui hashtag
dan kalau salah hashtag, susah untuk jumpa.
 

"Sampai bila nak guna blog?"

Soalan ni bagi Nisa tak ada jawapan. Ternyata bergantung juga. Nisa suka menulis di blog ni.
InsyaAllah ini juga saham akhirat Nisa juga.
Itulah nanti kena tapis post yang lama-lama, yang mana unsur negative dan
sebaiknya delete..Nisa akan buat..
 
 
Jika post dalam blog Nisa ni memberi manfaat pada u olls,
silakan share.
Jika post ada boleh timbul isu salah faham,
beritahu Nisa ea. Nisa akan cuba perbaiki penulisan Nisa.
 
 


Wednesday, November 22, 2017

Habis semua Korea

 
Hi semua. So, my title explain everything. Semua benda around me di-Korea kan..
Laptop tempat kerja panggil hangul,
Playlist nak buat kerja pun lagu-lagu Korea.
Bigbang, dengar lagu Taeyang & GD. 
Dengar OST Goblin. - all over and over again.
Tinggal tak borak je dalam bahasa Korea.
 

Nape jadi macam ni?

 
Sebab Nisa pegang projek berkaitan Korea.
Sebab tu jugak, ada kawan dari sana.
 
Boleh katakan hari-hari kitaorang akan contact.
Meeting, message kat Google Hangout, email...
Teknologi sangat kan..itu saje cara nak communicate.
 
Baru-baru ni dapat hadiah dari Yeonju.
Yeonju bagi mask dengan Post-it. Sweet sangat.
Ni kalau nak gi Korea, tak yah risau... ada local people boleh guide.
 
Yuppp, gara-gara inilah habis semua benda Korea.
Bukan K-pop fan taw.
 
sayangnyaaaa nak guna
 
 
Yeonju & Mee Yeon datang bulan 8 2017

 

Tuesday, November 21, 2017

"Comeback Giveaway by Raydah Alhabsyi"

 
It seems like very lonnngggggg time for me not to join giveaway.
So, I must say....lucky for Raydah to have me join your giveaway.
 
 

click here to join giveaway
 
Let's networking among us, okay?
Hope to read more from your blog.
 
I dedicate this post to support you. Fighting!!!


Monday, November 20, 2017

Jangan buang kalau anda ada bahan ini

Hi semua. Macam biasa aktiviti weekend, duduk rumah..kemas mana yang boleh,
 masak light-light dish - Nisa tak berapa expert masak.
 Tolong-tolong boleh la. Breakfast semalam masak Roti telur bakar..itu eh orang panggil..
Nisa panggil hentam saje la.
 
Jadinya, ada bahan telur...tiba-tiba teringat ada kulit telur.
dan selalunya mummy mesti put aside,
terus whatsapp mummy.. "what you usually do for kulit telur?"
 
"jadikan baja for the plants."
 
"any plants?"
 
"yes, any plants."
 
lepas tu share gambar lepas letak kulit telur tu,
 
pokok yang diletak kulit telur


Pastu mummy reply, "better next time hancurkan lagi..."
 
ingat kan dah habis kecik hancurkan, rupanya nak hancur lagi.
 
Okaylah ini saje yang Nisa nak share kan, selamat mencuba ea semua..
 

Saturday, November 18, 2017

Kompilasi testimoni MYFA Serum


Hi semua. Hari ni ambil kesempatan untuk buat kompilasi testimoni MYFA Serum. Nisa pun pakai dan yes jual sekali. Nisa sudah rasa hasilnya dan alhamdulillah seronok berkongsi dengan orang lain. Terima kasih pada kak solehah yang perkenalkan MYFA Serum.











Ada yang pernah dengar ke? Alhamdulillah ramai dah mula nak kenal. Harga sebotol ni RM10 je taw.
Berbaloi sangat. Dah la murah, pastu masalah rambut kita pun dah boleh selesai.

Hasil 'tangkapan' online revolution


Baru-baru ni ada online revolution. Korang taw kan? Alaaa yang 11.11 tu.. 11hb November.. haa ingat dah kan.. jadinya Nisa dengan husband pun tak ketinggalan. Kami lebih pada play safe, iyelah yang kuat shopping Nisa...jadi kali ni Nisa cuma cakap - ok atau tak... husband yang purchase kan.

Bahaya kalau Nisa yang pegang, rasanya akan banyak beli nanti.. Jadi apa yang kami beli dari Shopee?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

sebelum di buka isinya

tadaaaaa...Genki tape saiz M - 75pcs

Berapa harga dapat? Tak ingat exact amount..untuk 1 set ni kitaorang dapat RM80++ which harga asal RM118 gitu. Genki Tape ni memang susah sikit nak cari. Hari tu pergi tesco ioi city mall, putrajaya pun dah licin satu rak. Barang Maira la jawapannya. Stok buat 2 bulan. Hopefully..

Monday, November 13, 2017

Jom baca buku


Hi semua. Sejak kebelakangan ni, Nisa dah berjaya habiskan baca buku. Alhamdulillah, tapi itulah nak upgrade lagi dan best kalau ramai lagi kita boleh exchange buku. Nisa pun exchange buku dengan office mate, "Dah habis baca dah...nahh baca lah..."

Kalau benda baik, buat ramai-ramai lagi best. Takyah jauh, antara kenalan rapat pun takpe. Ataupun kalau u olls takde siapa nak exchange, jom kita buat kita-kita je..antara sedara-mara, antara officemate, antara kawan belajar...hahaha namakan la sendiri, jenuh nak list kan nanti.

Ni juga salah satu cara nak support minimalist. Apa tu? Pendek cerita, "less is more". InsyaAllah Nisa akan buat full list, buku yang Nisa nak let go atau nak exchange. Ohhh sebelum tu nak explain. Kalau let go tu maknanya akan bertukar owner, jadinya bukan Nisa lagi ownernya. Dari buku tu, terperap dalam almari dan terbiar je, ada baiknya Nisa bagi orang lain yang boleh baca.
Exchange tu Nisa masih lagi owner buku tu. Sayang la kiranya buku ni. Depends jugak nak bagi ni.
Satu lagi term, Swap buku. Nisa ada buku nak let go dan u olls ada buku yang Nisa nak. So, swap la best solutionnya. Swap ni juga perlu ada kata sepakat dari dua-dua belah. Seperti mana nisa swap buku Mat lutfi tempoh hari. Nanti boleh baca sini..

Poyo je nak buat semua ni? Hahaha tak rugi mana la. jimat duit, ilmu pun dapat, kawan baru pun dapat...silap hari bulan, jodoh pun dapat... opppsss hahaha over nau.. Nisa dah kahwin, yang ni Nisa excluded ya..

Ajak je sesiapa yang nak.. tiada paksaan. Boleh email buku yang u olls ada kat anisaanuar@gmail.com ataupun terus komen di ruangan post ni.

Booklover and support minimalist,
Anisa Anuar.

Antara buku yang Nisa nak let-go



Thursday, November 09, 2017

Beli buku preloved atau buku baru?


Soalan ni lately menjadi persoalan untuk diri sendiri sejak Nisa dah mula tambah ilmu kewangan.
Nisa ni book-lover, jadinya kadang-kadang terhad expenses bila nak upgrade lagi buku yang ada.
Alhamdulillah ada officemate pun yang suka membaca...so selalu la share apa buku yang dia baca.
Lepas tu, terus sesi bertukar-tukar buku. Ni pun cara mudah dan jimat. Win-win situation untuk
kami.

Beli pre-loved - beli dari orang yang dah ada. Kita ni jadi second owner.
Sebelum membeli, kita kena faham pre-loved itu condition buku yang kita dapat tu mungkin bukan 10/10.
Ada kemungkinan juga ada terlipat sana sini bukunya. Jika anda dapat buku yang kulitnya dibalut baik, dijaga rapi..Anda dikira bertuah untuk jadi owner kedua.

How To Talk So Kids Will Listen (exchange dengan Momen2 Matlutfi di Carousell)

Sebab owner pre-loved buku mereka 

a) Owner nak let go buku yang dia dah baca (ataupun belum baca lagi).
Ada juga kes dimana owner terbeli dua, tersilap beli. Kalau dapat less pun boleh dapat less RM1 atau
RM2 dari harga asal.

b) Owner perlukan duit untuk sambung belajar atau clear kan barang untuk mudah pindah rumah
contohnya. Jadi, kita yang bakal jadi owner kedua boleh tolong owner buku tu.

c)  owner nak beli lagi buku. Sebabkan space dah tak banyak jadinya last choice to let go dan pre-loved buku yang diaorang ada.

Kenapa beli pre-loved?

a) Harga jauh lebih murah dan kadang-kadang tak masuk akal. Satu buku boleh jadi RM5.
Harga asal RM25.

b)  Masih boleh digunakan - dijaga baik dan rapi oleh owner lama.

c) Buku dah lama tak publish dan ada owner yang nak let go, rezeki tuuu..

Kenapa beli buku baru?

a) Ada yang lebih suka beli baru. Kulit belum terusik, muka surat tidak kelepet lagi.
Mahu menjadi orang pertama baca untuk buku itu.

b)  Buku yang kita nak tu limited edition. Best lagi kalau beli kan?

c) Pengarang kesukaan. Tanda support pengarang yang kita suka. Beli baru lagi OK, jika mampu tiada paksaan.

Apa-apa pun, pre-loved atau beli sekali pun janji banyakkan baca buku taw kawan-kawan.
Tak semestinya buku novel sebab sekarang banyak dah cerita beri inspirasi macam Pelukis Jalanan, Arkitek Jalanan ataupun Hipster Hartanah. Sebab semua tu saya dah baca, hasil exchange dengan kawan dan ada jugak beli taw.

Tengah tunggu buku pre-loved sampai ni. Buku Enam Tahun Menjelang Dua Puluh, rezeki beli pre-loved sebab tak sempat nak grab masa Terfaktab buat sale baru-baru ni. Selamat membaca ea semua.

Wednesday, November 08, 2017

#61 Wordless Wednesday

semua stok handsock 'ditapau'

3 Tips membeli dari online seller dengan cara jimat


Memandangkan Nisa pun kira selalu jugak shopping online dan pada masa yang sama, online seller...jadi tak salah nak share tips nak membeli ni. Nisa boleh kongsi dari point of view from online seller. Boleh berkongsi dengan yang lain, sekiranya ada manfaat.



1. Grab bila ada promo atau free postage.


Kat sini korang akan dapat penjimatan yang berbaloi-baloi. Postage ni yang selalu kita caj untuk pos laju, eacy parcel dan seangkatan dengannya.
So, rajin jenguk bila ada ni offer ni. Promo pun sama, akan bagi jimat dari pembelian biasa.
Biasanya ada timeline, kalau kena budi bicara boleh aje online seller nak extend..tapi kalau dah offer pun lama berlalu tapi kita tak boleh nak grab, tak apa let go dulu. Uruskan mana yang penting dulu. Nanti insyaAllah akan ada yang lain.

2. Kongsi postage dengan kawan-kawan


biasanya bila kita beli lebih dari satu item, so dah boleh jimat situ. so nanti tanya kat kawan-kawan,
"Nak beli jugak ke...jom join postage sama.."
Advantage kalau satu tempat kerja ataupun rumah dekat-dekat. Nanti bila dah tengok beli benda yang sama, pastu "Alaaaa nape tak cakap nak beli jugak, kalau tak boleh join postage..."
Tak apa inform pada kenalan, sama-sama untung pulak tu. Nisa selalu buat dengan mommy Nisa, kalau dia nak beli Stokin Soka..sama ada hantar ke alamat kampong atau alamat Nisa.

3. Beli borong atau pukal


Beli sekali banyak selalunya dapat murah sikit. Ikut budi bicara atau SOP online seller tu.
Caranya : kumpulkan order satu office, satu kawasan kejiranan untuk beli barang tu.
Kalau anda kak long atau abang long kawasan lagi banyak advantage disitu. hahaha.. ke arah kebaikan taw. Jangan macam-macam.

 

Selamat berbelanja dengan cara bijak ea semua.

Tuesday, November 07, 2017

Celebrate 1 year Anniversary work

 
Alhamdulillah finally I have complete a year of work
with this awesome team.
Counting years for more challenging journey for us.
 
We celebrate it at Full House, Sunway Pyramid.
I went there just walking from my office.
It took about 20 minutes of walking.
 
credit to my team picture. Please ignore my serious face. I wasn't ready for it.
 
I bet Maira will love this place.

 
 


Friday, November 03, 2017

3 Post Padu dari Anisa Anuar official blog Oktober 2017

 
Lately seronok pulak menulis.
Gunakan platform blog sebaiknya untuk gilap skill menulis.
Jadinya korang dah terjah ke?
 
Semua ni hasil posting dan publish pada bulan Oktober 2017.
 
syukur pageview hari demi hari makin naik
 
Basically, posting hasil pemerhatian saya.
Sesuai untuk sesiapa mencari good quality Stokin Soka
yang sentiasa ada design baru dan pentingkan keselesaan.
Jaga aurat adalah bonus di dunia dan akhirat.
 
 
Posting ni berkaitan Malaysia Airlines dan Traveloka.
Banyak perkara yang Nisa sendiri pun belajar.
Macam mana nak dapat tiket murah. Penting taw.
 
 
Yang ni, memang dah jadi rutin harian Nisa untuk menulis.
Perasaan, apa yang berlaku, my point of view.
Ini cara Nisa jaga diri. Keep motivate myself. Learn appreciate apa yang berlaku hari-hari.
 
 
Jangan malu-malu taw nak komen. Bagi komen yang membina taw.

Selamat membaca semua.

Terima kasih daun keladi, lain kali Nisa review lagi.

Thursday, November 02, 2017

Senangnya sweet dengan orang tersayang

Hari ni seperti biasa di tempat kerja. Siapkan tugasan yang perlu disiapkan, makan tengah hari bersama kawan-kawan, pergi balik kerja hadap traffic jam.

Balik rumah rehat di ruang tamu. Lihat keletah suami baring, letak tangan di kepala. Uruskan dan main dengan Maira, itulah yang akan ku lakukan.

"Pergilah mandi, cuci rambut. Kasi ringan sikit kepala."

Entah kenapa hati ni rasa mesti buat sesuatu nak bagi surut kepenatan suami. Main dengan mainan kegemaran Maira, tak lupa juga ke hulu ke hilir, bawak Nana.
Dah macam anak no dua pulak Nana (watak Didi & friends) ni. hehehe..ehh mana kita..
Setelah selesai suami - mandi & solat.

"Awak..sini kejap. Rambut awak basah lagi kan?"
"Haah. Nape?" cepat-cepat ambil MYFA Serum..letak di telapak tangan dan picit 2,3 kali.

"Hari ni nak massage kepala. Hulur je.." Okay bunyi macam ganas, tapi tu lah sweetnya taw.

"Okay dah siap..." lepas selesai urut kepala dengan MYFA Serum.
"Ehh..dah ke..lagi,lagi..." alahai layankan aje la. Bukan susah pun nak buat.


Ni untuk yang dah kahwin je taw. Yang belum, jangan gatal pulak nak buat. Buat kat ayah dengan emak pun boleh, bila lagi nak sweet gitu kan.

Wednesday, November 01, 2017

Bila Mereka sudah bersedia


Bila kita boleh terap anak kita solat? Jawapan mudah

Bila mereka sudah bersedia

Bukan dalam keadaan memaksa, biarlah secara semula jadi. Boleh mulakan, "Jom solat sama dengan ibu.." atau "Teman ibu solat zuhur sama nak?"

Percayalah mereka cepat belajar dan tangkap pergerakkan kita ketika solat. Maira sendiri boleh tiru saya solat seawal 18 bulan. Aippp, jangan bandingkan taw.  Lain keupayaan anak, lain masanya. Kalau belum lagi, terapkan dan buat konsisten. Tidak mengapa dia duduk di tepi dan akan sendiri duduk sebelah kita.

Mummy Nisa pulak lain kes, "Nisa, kawan mummy tengah cari telekung untuk anak dia..Asyik nak pakai telekung ibunya pulak.."

Jawapan ku "Sikit punya hal, boleh setel. Nanti Nisa suggest set telekung dengan sejadah ea" Hahahaha bukan gitu jawapan ku...tapi lebih kurang la. Tolong orang setel problem ni pun dah jadi satu kepuasan bagi Nisa. Semoga dapat manfaat semuanya.




Saturday, October 28, 2017

Obses menulis audit diri jurnal

Hi semua. Banyak kali fikir, perlu ke share obsession yang Nisa ada ni. Nisa suka menulis jurnal lebih pada untuk audit diri. Apa yang ditulis? Nisa akan cuba tulis detail yang boleh. Emosi - apa yang Nisa rasa, apa yang berlaku dan apa Nisa fikir.

Bila Nisa baca lagi sekali, situ Nisa akan reflect balik - betul ke tindakan Nisa, perlukan second opinion, apa yang Nisa perlu betulkan untuk tak berlaku lagi. Nisa akan pastikan setiap apa yang berlaku, Nisa akan belajar darinya. Walaupun pengajaran tu datang dari oranf yang muda dan tua dari Nisa.

Ada jugak niat nak ajar orang lain buat perkara yang sama...tapi ilmu di dada seperti tidak cukup.. Ada rezeki, kekuatan akan cuba buat sehabis baik.

Penulis blog,
Anisa Anuar

Gambar tiada kaitan tapi amat bermakna buatku

Thursday, October 26, 2017

Nikmati Detik yang Berharga dengan Malaysia Airlines


 

Untuk entri kali ni, Nisa nak cerita sikit pasal our national carrier, MAS ataupun Malaysia Airlines yang menjadi pilihan rakyat Malaysia dari dulu lagi. Syarikat ini ditubuhkan bagi menyediakan satu sistem pengangkutan penerbangan awam yang cekap dan setanding dengan perkhidmatan pengangkutan penerbangan antarabangsa. Penubuhannya mampu memberikan sumbangan besar kepada perdagangan dan perusahaan pelancongan di Malaysia. Selain itu, MAS juga ditubuhkan setelah Malaysia dan Singapura membuat pengumuman bahawa mereka perlu menubuhkan syarikat penerbangan yang berasingan bagi menjaga kepentingan kedua-dua buah negara. Malaysia pada mulanya telah menubuhkan sebuah syarikat penerbangan dengan menggunakan nama Malaysia Airlines Berhad (MAL), namun nama tersebut kemudian ditukar kepada Malaysian Airlines Sistem Berhad atau MAS. Lambang wau Kelantan pula telah dipilih sebagai simbol syarikat penerbangan ini kerana mempunyai unsur tradisi dan kebudayaan negara Malaysia. Bagi membuat penambahbaikkan terhadap perkhidmatan Malaysia Airlines, Syarikat penerbangan itu sedang melaksanakan langkah penstrukturan semula dengan suntikan dana RM6 bilion yang dijangka selesai dalam tempoh lima tahun. Antara lain, syarikat mengambil langkah mengurangkan kos, menyusun semula pesawat dan memperluas laluan perkhidmatan.



Pesawat Malaysia Airlines ada tiga. Pertama adalah Airbus 330-300. Kelas penerbangan adalah kelas Ekonomi dan Perniagaan. Airbus 380-800 ada kelas ekonomi, perniagaan dan kelas pertama. Dan yang terakhir  Boeing 737-800  Kelas penerbangan adalah kelas Ekonomi dan Perniagaan. Untuk penerbangan kelas ekonomi. Tempat duduk Kelas Ekonomi Malaysia Airlines terbahagi kepada dua jenis, iaitu Tempat Duduk Premium dan Tempat Duduk Standard. Tempat Duduk Premium terletak di beberapa barisan hadapan dan berdekatan dengan pintu kecemasan, manakala selebihnya merupakan Tempat Duduk Standard.



Bagi penumpang kelas perniagaan. Dengan ruang tempat duduk yang luas dan boleh dicondongkan 180 darjah dengan mudah sehingga menjadi rata sepenuhnya, penumpang Kelas Perniagaan akan menikmati perjalanan dengan keselesaan maksimum. Hiburan dalam penerbangan yang lengkap dengan filem, program siri televisyen, saluran radio, permainan dan e-pembelajaran turut disediakan kepada penumpang Kelas Perniagaan, selain keistimewaan semasa daftar masuk. Malaysia Airlines bekerjasama dengan chef profesional untuk menyediakan 25 pilihan hidangan yang boleh ditempah awal, daripada hidangan Kegemaran Malaysia dan Pilihan Chef sehingga Pilihan Ringan dan Pilihan Sihat. Pilihan hidangan ini datang dalam pelbagai menu bergantung pada laluan penerbangan. Memang terbaiklah makanan dia. Best giler makan sambil on the way ke destinasi.
 
Penumpang Kelas Pertama yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berpeluang menikmati perkhidmatan ruang istirahat istimewa Malaysia Airlines. Sama seperti penumpang Kelas Perniagaan, penumpang Kelas Pertama boleh menunggu waktu memasuki pesawat dengan berehatkan diri di ruang isitirahat eksklusif, Golden Lounge. Sebaik penumpang sudah menaiki pesawat, penumpang Kelas Pertama boleh duduk dengan selesa di tempat duduk yang mempunyai ruang letak kaki yang luas serta boleh dicondongkan 180 darjah sehingga menjadi rata sepenuhnya. Untuk menambahkan keselesaan dan keseronokan penerbangan, penumpang juga boleh menikmati filem terkini, program siri televisyen, permainan dan muzik sepanjang penerbangan. Kemudahan E-pembelajaran yang lengkap dengan fungsi tapis bunyi di fon kepala masing-masing turut disediakan. Malaysia Airlines menawarkan perkhidmatan Chef-on-Call yang membolehkan penumpang memesan makanan terlebih dahulu. Perkhidmatan Chef-on-Call hanya disediakan dalam penerbangan ke dan dari Kuala Lumpur, London, Sydney, Perth, Melbourne, Adelaide, Auckland, Incheon, Beijin, Shanghai, Narita, dan Kansai.



sumber google

 
Bila ke luar negara, aspek pertama yang dikaji ialah harga tiket kapal terbang. Semua pelancong cuba mendapatkan tiket yang murah tapi ramai yang tidak tahu bagaimana. Caranya mudah je.. Pergi ke laman web Traveloka atau buka Traveloka App anda dan Isi butiran penerbangan dalam kotak carian, Pilih dan tempah penerbangan anda,seterusnya Isi maklumat penempah dan butiran penumpang dan Jelaskan bayaran melalui kaedah pilihan anda serta yang terakhir Dapatkan e-tiket Malaysia Airlines di Tempahan Saya atau dalam emel anda. E-tiket Malaysia Airlines ialah bukti tempahan penerbangan Malaysia Airlines. Tunjukkan e-tiket anda semasa daftar masuk di kaunter Malaysia Airlines di lapangan terbang, atau gunakannya untuk daftar masuk sendiri (di lapangan terbang atau secara dalam talian), untuk mendapatkan pas masuk anda. Jika anda belum menerima e-tiket dalam masa 60 minit selepas bayaran dijelaskan, sila hubungi Khidmat Pelanggan Traveloka. So jom book tiket MAS anda di Traveloka segera!
 



first experience naik plane dengan Maira

Monday, October 23, 2017

3 SITUASI ANDA PERLUKAN STOKIN SOKA

Hi semua. Bila dah mula pakai Stokin Soka, saya rasa mesti beritahu yang lain bila masanya sesuai kita perlukan Stokin Soka. Mungkin ada yang rasa, tak perlulah ada...tapi mari kita tengok balik..jika 3 situasi ini yang anda amat perlukan Stokin Soka.







1. Bila anda pergi bercuti di tempat yang sejuk mahupun anda menginap di hotel dalam Malaysia.
Boleh berikan kaki kita rasa 'warm' dan selesa kita untuk tidur. Kebiasaannya kita akan selubung dalam selimut berlapis-lapis kan, untuk tak rasa sejuk sangat.


2. Beriadah ataupun ke pejabat.
Pelajar boleh gunakan ketika untuk beriadah. Pekerja swasta boleh gunakan ke kerja atau bertemu klien. Anggota beruniform boleh gunakan ketika mereka berkhidmat. Sesuai untuk tujuan formal atau casual.


3. Menutup aurat.
Secara jujurnya, Nisa pun masih dalam stage consistent untuk tujuan ni. Doakan ea.
Perasaan tu datang bila tengah duduk dalam BRT, lepas tu rasa kaki tu 'macam tak berbaju'. Puas duk tarik skirt labuh nak tutupkan. Waktu tu terdetik dalam hati,
"Kenapalah tak pakai stokin soka?"


Jadi, dalam salah satu situasi ada yang korang alami? ataupun keluarga rapat alami? Jadi tak salah usha, lepas tu grab Stokin Soka. Feel sendiri dan pakai, ada banyak pattern yang kita suka.

Macam mana nak dapat?

Boleh dapatkan kawan-kawan yang ada jual Stokin Soka ni atau boleh tanya dengan Nisa. Mana la tahu sebelum ni, tak pernah nak tegur kawan kita ni tapi dengan Stokin Soka ukhwah terjalin. InsyaAllah dengan izinNya.

Boleh juga email ke znysarashop@yahoo.com

Friday, October 20, 2017

I need your help | Email Spam

 
Hi semua. Tengah buat clean up email macam biasa especially part (Spam). Sebabkan ni the only appear, jadilah satu kisah entry post untuk blog. Tajuk tu pun based on heading email yang Nisa nak attach. Kejap ea...
 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
Alhamdulillah X-Large pun dah cukup ni
 
Jadinya ni bukan pertama kali la dapat. Not from the same email (rasanya sebab biasanya terus delete, kali ni je print screen).
 
Okay, macam mana nak tahu ni ala-ala scam? First, yang dapat detect amount of her late husband alive deposited the sum of US$ 4,850M, million guys... like to good to be true. Kalau ada amount ni, biasanya senyap-senyap aje la kan. Second, ada mention 30 Percent of the total for your personal use while 70% will go to charity, like seriously? 100% dia tak amik langsung? Ternag-terang sangat ni.
 
 
Yang cerita dia cancer semua tu, I don't want to judge. Buatnya betul, haaa naye pulak.. Senyum plus gelak sinis Nisa dalam office, nasib boss tak tanya... dah tu, tak kan la nak cakap -
"I receive this email spam..very funny..."

Kalau korang pun terima atau pernah terima, ignore aje la ea.. Jangan sebabkan duit, korang percaya bulat-bulat. Okay lah cukup cerita petang mengopi ku hari ni.

Penulis yang sedang membersihkan emailnya,
ANISA ANUAR


Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post