Thursday, December 28, 2017

Hebatnya Kuasa Sedekah (Mood Republik 2017)


Bila tengok posting ni yang ramai share, rasa inspirasi sangat. Kadang-kadang kita terlupa sebahagian rezeki kita, bukan milik kita sepenuhnya. InsyaAllah untuk pemenang tu - saham akhirat untuknya nanti. Buat diri ini terfikir, berapa banyak yang aku sudah memberi.. Memberi yang bermanfaat semestinya. Kalau tidak mampu beri berupa wang ringgit, beri seperti Al-Quran, sejadah, stokin (pakaian), mahupun buku.

 

Setiap kali ada yang dapat manfaat dari hasil pemberian kita, setiap itulah pahala untuk kita. InsyaAllah. Dengan izinNya.

Kadang-kadang, kita lari dari tujuan dan fokus..waktu itulah kita mula mengeluh, lalai dan leka. Minta dijauhkan. Bilamana kita tidak bersyukur, ada makhluk Allah suka akannya. Buat kita lupa pada Allah. Ingat, lagi kita makin tinggi di puncak, lagi banyak dan banyak kita perlu ucap terima kasih. Sedekah adalah salah satu cara untuk kita ucap syukur. Dengan sedekah juga, hati kita akan terpelihara dari perkara negatif.

Ada yang kata "Betul ke Sedekah boleh jadi macam ni?"

Itulah rahsia Allah nak beri pada kita. Bak hadiah yang penuh dengan kejutan dan semestinya terbaik untuk kita. Nisa doakan, setiap orang yang membaca post entry ini akan terdetik untuk sedekah dan sedekah. Aminnn..

Nota kaki : Nisa bagi free posting untuk review apa-apa bisnes korang nak tak?
Post a Comment

Soalan yang buat ku berfikir sejenak

Hi semua.. Semua baik-baik aje? Alhamdulillah buat Nisa. Siapa dah try IG Story untuk 'bagi ruang' untuk bertanya dan kita ak...

Cerita Panas Blog Minggu Ini