Hi semua, review time.
Nak dijadikan cerita, ada rezeki nak berbuka puasa dengan kawan-kawan.
Dah la susah nak book masa diaorang ni, paham sangat sibuk dengan komitmen masing-masing.
Dah berkeluarga (tapi ada sorang je kawan yang tak kahwin lagi, status available ke tak...penuh dengan misteri)
Kami plan nak jumpa di Al Andalus Restaurant, Kuala Lumpur.
Kalau korang diri depan-depan restaurant tu, dongak ke kanan sikit dengan jelas nampak bangunan IMDB tu.. Tidak lah tahu sangat pasal bangunan tu tapi itulah geng-geng suami yang join pergi cerita. Okay berbalik cerita berbuka, apa menu dia?
Kat situ ada Buffet, range harga per head RM30-35 untuk dewasa,
untuk kanak-kanak dalam RM15-RM20.
(Nota : bukan harga sebenar)
Sebabkan tengok harga yang boleh ekonomi semasa tergugat, kami order 2 menu yang boleh kongsi ramai-ramai.. orang kata kalau makan 1 pinggan ukhwah lebih kuat gitulah.
|
Order Mix Mandi Lamb & Chicken |
Of course la abis, itu pun siap tapau sikit. Anak-anak kami pun berselera makan.
Senang order semua air teh limau ais. Sehati sejiwa atau pun semua dah malas nak pikir makan apa.
Total 2 menu dengan pinggan besar macam gambar tu sekali air, ada beli side dish
dalam RM200, okay sangat kan..
Servis situ, boleh la not so bad.
Tempat solat untuk lelaki super comfy, ada macam bilik besar lagi ohh yea siap tempat wuduk khas.
Tapi bukan untuk tempat solat perempuan.
Kita solat kat corok tepi restaurant tu yang berdekatan dengan meja makan.
Tempat wuduk perempuan pulak dalam toilet yang pandai-pandai lah nak buat
(last choice ada yang amik wuduk kat sinki)
Okay lah lain kali berbuka mana lagi Nisa up ea.
For now banyak lagi memasak..