Friday, August 31, 2018

Ter-pelajar kah mereka?



Hi semua. Biarkan Nisa buat bebelan untuk hari ni. Setelah sekian lama, Nisa rasa perlu ada tindakan.Perkara ini berlaku di kawasan dimana penempatan pelajar sangat tinggi dan menimbulkan rasa kurang selesa pada yang lain. Banyak kali diperhatikan dan ada juga teguran yang dibuat. Sepertinya, mereka tidak seperti orang yang ber-pelajaran.

Bagi Nisa, adab ini perlu istiqamah perbuatannya. Sentiasa perbaiki dan perbaiki diri. Pelajaran adab ni bukan lah teori semata-mata tetapi perlukan ada sifat kemanusiaan, rendah diri dan 'common sense'.

 
timbunan sampah
Jadi buat kalian, apa perlu dibuat? Jika anda ialah jiran kepada mereka ini, anda tutup mata - buat tak tahu sahaja atau buat sesuatu untuk tanggani.

Kepada perilaku yang berkenaan, segala tindakan ini boleh track.. kalau sampah yang dibuang, barang atau sampul belian online - kami akan dapat alamat dan paling best ada nombor telefon sekali. Jangan risau tak adalah sampai nak santau-menyantau (that is sooo NOT my style) boleh kot kita hantar longgokan dan timbunan sampah di alamat rumah anda. Macam ni lah, dah besar kan? You guys know what to do. Kalau tak tahu, feel free to ask. Tanya "Boleh tahu tak nak buang sampah kat mana?"

Sampai soalan "Macam mana ea nak buang?"

Hakak pun boleh layan la. No worries. Budak-budak kecik yang umur 2 tahun pun, tunjuk 2 ke 3 kali dah pandai nak buat.

Walaupun duduk jauh dari keluarga, tetapi diri kita sendiri tu bawak nama dan tunjuk ajar mereka kepada masyarakat. Macam "ehh baiknya budak tu, anak siapa? Pandai mak bapak dia ajar..."

Ke korang ni memang meminta untuk dimaki?

Hahaha, jangan marah lah.. gurau aje..

Okaylah cukup nak bebel ni. Ingat taw, biar kita tak berapa nak pandai tetapi adab ni jadi 'saham akhirat' kita nanti. Semoga hidup kita diberkati dan berbakti di muka bumi ini.

Empunya blog,
Anisa

No comments:

Post a Comment

thanks for the comment(s) and enjoy to read more

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post