Pesta Buku Batu Kikir 2013


Hai semua. Ni event saya pergi semalam dengan adik saya. Dia yang paling excited nak pergi Pesta Buku ni.. Mana tak nya..selalunya pesta buku yang kami pergi mesti kena travel jauh..dan kali ni hanya mengambil masa perjalanan sama dengan 6km dari rumah..


Masa pergi ni nak dekat pukul 5 petang.. Meriah la jugak.. Buku untuk pelajar UPSR, PMR dan SPM memang banyak...Diskaun everywhere heheehe.. Untuk cikgu, boleh buat tempahan order atau dapatkan naskah guru.Buku Pra-sekolah, ada jugak Majalah Ujang, APO?. Kepada peminat Gempak Starz, di sini pun ada jugak buku yang korang nak.. Peminat novel melayu, buku agama pun ada jugak kat sini..Adik saya beli buku colouring dengan buku matematik...sejak dia taksub nak buat matematik, berlambak dah buku matematik dia beli ni..

buku pelajaran khas untuk pelajar sekolah
majalah UJANG, APO?
buku kanak-kanak...ohh mak cik tu jadi model sementara

rambang mata la jugak...jadi kepada siapa-siapa yang ada disekitar Batu Kikir, meh la ke sini... esok last..

p/s: bawak adik ke sini, abis semua yang tanya, "ni anak ke...??" adoyaiii...sabar je la..

5 comments

Popular Posts