Wednesday, December 05, 2012

Post Ben Ashaari: Masih relevankah SEGMEN dan GIVEAWAY


Assalamualaikum semua...dah baca post Abang Ben Ashaari pasal Masih relevankah SEGMEN dan GIVEAWAY dan yea...saya sebenarnya ada jugak terfikir akan perkara ni.. Lebih-lebih sekarang ni, segment saya untuk My Favourite Post 2012 tengah berlangsung... Lama jugak saya berfikir untuk buat segmen ni. Kalau perasan tengok syarat saya letakkan..semua tu adalah syarat yang saya sendiri nak join kalau orang lain buat.. tak ada kena tag, bebas dan tak mengejarkan apa-apa..

Sejujurnya, sepanjang saya masuk giveaway yang dulu langsung tak reti nak buat... Saya hanya boleh cakap, saya payah sikit nak join giveaway. Sebab biasa la banyak syarat yang harus dipenuhi dan selalunya WAJIB. Bagi saya, time tu aje kita follow, like fan page lepas habis giveaway habis macam tu je.. Aiseh, tak best la macam tu... Boleh je segmen saya yang tengah berlangsung ni, saya suruh like fan page atau follow twitter...tapi...tak apa la..macam dipaksakan.. Siapa pulak yang suka dipaksa..

Relevan ke segmen dan giveaway tu...bila semua post blog nya penuh dengan segmen dan giveaway sahaja.. Ohh, tidak salah nak sokong segmen dan giveaway blogger lain betul tak? tapi selain join semua tu...buat juga post hasil buah fikiran kita sendiri...pengalaman kita sendiri.. Saya pula...bila buat post dalam Bahasa Inggeris tu...sekadar nak improve kan vocabulary..tak semestinya nampak gaya saya menulis tu macam saya fluent English..tak tentu pronunciation betul kan... Walaupun bapak kata saya punya grammar tak la sebaik mana...tapi saya tak putus asa untuk menulis lagi..

Alamak, dah macam lari topik pulak...Jadi apa kata anda tentang persoalan ni..Terima kasih pada Abang Ben sebab kemukakan persoalan yang menarik.. Saya bercadang untuk menulis pada post sendiri sebab kalau komen kat blog Abang Ben...konfirm dah macam karangan bermuka-muka..hehehe.. Ini hanya la sekadar pendapat saya.. Sekian, terima kasih. 

14 comments:

  1. pada remy masih relevan.... itulah kita nak tgk dimana blog kita berada... kalau kita yg anjurkan..... dapat sokongan.... itu merupakan semangat utk kita semua......
    kalah menag tu no2... janji kita support terutama..anjuran rakan2 maya terbaik kita.....

    ReplyDelete
  2. pendapat yang bernas...terima kasih remy.. =)

    ReplyDelete
  3. join segmen bila dia suruh buat satu entri about something lagi best daripada, yang like dan follow baru tuh letak banner. simple sangat. ohih

    ReplyDelete
  4. Still relevan. Cumanya kalau nak join tu haruslah berpada-pada. Jangan sampaikan blog dipenuhi dengan artikel pasal segmen dan giveaway jer. sometimes orang akan jemu dengan blog yang sebegitu rupa.

    Apa2pun tak salah kalau join segmen ataupun giveaway. as long matlamat utama kita berblogging tidak terpesong dari landasannya.

    ReplyDelete
  5. kalau suruh tekan churp2, atau sebarang iklan tu yg xbest...sebb tu fendy jarang join giveaway yg susah2...

    ReplyDelete
  6. terpulang kepada individu...rasanya masih releven tapi kena beri nafas baru sikit...

    ReplyDelete
  7. skrg leeza sgt rajin join giveaway.... hehehe

    ReplyDelete
  8. pada pendapat wan masih lagi relevan.. sekurangnya dapat menambah kenalan.. Ada juga unsur paksaan di situ, namun sekiranya masih lagi ok dan tidak melampaui batas still ok :)

    ReplyDelete
  9. ya..sejujurnya saya kurang gemar join segmen dan ga...nak2 kalo kena tag orang....pastu syarat bukan2...that's why sampai sekarang saya x penah buat sebarang contest/ segmen...kalo nak buat GA, saya buat yg simple macam komen dan menang..saya x suka susah, dan x nak susahkan org...

    ReplyDelete
  10. masih relevan..kadang-kadang masa ni boleh tahu blogger yang mana sokong kita n rupanya dia tu la readers kita kan.

    iya betul tu..kalau jue buat segmen xnak suruh2 org like itu like ini.. mcm x free pula.. tu pasal jue pilih juga jenis segmen..

    hiikkk jue tengah cari post jue apa yang paling terbaik...

    ReplyDelete
  11. masih lagi relevan.. tapi macam kata m'rie, jangan pulak wall kita penuh dengan segmen je..nak jadi apa tu.hahahaha..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum nisa, sheila pun ada fikir gak. sepatutnya kalau nak buat segmen @ giveaway, buat secara bebas. jgn paksa org. baru org seronok nak join kan ?

    *bernas ni

    ReplyDelete
  13. masih releven lg.klo kita buat bnda ni 1 sbb blh tmbh followers n knl ngn blogger baru...klo blh tu sebulan skli lah buat segmen,ga or sbgainya ni..klo hari2 or setiap mggu buat nnti org jemu plak...buat blog semata2 nk ada followers ja sumber bacaan xde pn xbest juga..hihi...

    ReplyDelete
  14. Bagi Wilma, join segmen dan GA nie bukan sahaja satu cara kita support kawan-kawan blogger kita yang menganjurkan segmen dan GA tu, secara tidak langsung, kita dapat followers seterusnya teman-teman baru...

    ReplyDelete

thanks for the comment(s) and enjoy to read more

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post