Sunday, December 06, 2015
Saya Mahu Share...
Saturday, December 05, 2015
Throwback jadi project manager
Monday, November 23, 2015
Promote Page Rahsia Kekal Remaja
Saturday, November 21, 2015
Riang ria di Kelantan
Thursday, November 19, 2015
Hadiah buat Mummy
Tuesday, November 17, 2015
Personal Coaching & Mentoring
Sunday, November 08, 2015
Promote Fan Page "Journey To Inspire"
how the page look like |
Saturday, November 07, 2015
Pendekar Gelendangan Menakluk Kuala Lumpur
Sunday, October 18, 2015
First time beli di Carousell
Hi semua. Sihat ke tu? Jaga diri taw semua cuaca sekarang tak menentu. Berbalik dengan tajuk post, saya nak ceritakan pengalaman pertama kali beli barang di Carousell.
Apa tu Carousell? Satu aplikasi saya tahu daripada Facebook dalam suggestion application. Pada mulanya hanya install aplikasi tu dan tak berniat hendak menjadi user.
Dalam email, pihak Carousell tanyakan soalan untuk feedback dari customer buat saya selesa nak menggunakannya.
Terniat di hati mahu beli CD cerita jepun. Jadi nampak ada yang bagi offer sangat best price dalam harga rm10. Saya cuba tawar menawar harga dapat harga sangat baik.
Jadi saya sudah buat pembelian dan mungkin lepas ni saya ada jual barang saya dalam aplikasi tu.
Go check it out okay semua!!! Chaio~~
Monday, September 21, 2015
Unplanned date : Maze Runner 2 movie
Hi semua.. Apa khabar? Saya alhamdulillah sihat.. Apa citer kali ni? Citer dia macam mana, baca taw sampai habis..
Pagi Sabtu baru ni, saya hadiri kelas keusahawanan untuk lengkapkan ilmu di dada. Kemudian dapat whatsapp message, kawan sekolah rendah ajak pergi IOI City Mall di Putrajaya. Masa tu tanpa pikir panjang terus saya plan dengan dia.
Kawan saya ni timetable kerja tak menentu.. Nak ajak keluar selalu saje salah timing. Dia yang suggest untuk layan movie.. Dan saya memang Okay untuk tu. Lupa pulak, nama kawan saya ni Nazihah. Nak berkenalan ke? Go through me first yaa..
Tapi bila dia tanya, "Tak apa ke nisa keluar? Suami tak marah ke?"
Dalam hati ada rasa geli hati sebab saya dengan suami memang saling kenal kawan masing-masing. Paham tak? Tak jelas eh.. Macam ni.. Kalau suami nak hangout dengan kawan dia, saya join sama.. Begitu sebaliknya. Suami nak main futsal, saya siap borak dengan suami dan kawan-kawan dia. Sebab itu cara kami.
Jadi kami bertiga layan Maze Runner 2.. Untuk pengetahuan semua, saya tak layan lagi Maze Runner yang first. Saya suka watak Thomas sangat bersemangat, fokus pada matlamat untuk ubah generasi muda dan bantu kawan-kawan dia. Sanggup buat apa sahaja. Rempuh dengan halangan walaupun tahu bahaya menanti di depan.
Cuma Part yang zombie tu tak suka. Sepanjang scene zombie, saya tutup mata.. Terperanjat tu takyah kira berapa kali.
Jadi, unplanned date lagi best dari duduk plan yang entah bila jadinya. Walaupun selama 13 tahun tak berjumpa, akhirnya rezeki untuk bertemu dapat juga. Alhamdulillah..
Itu sahaja dari saya. Terima kasih baca sampai habis ea..
Dari penulis yang akan terus menulis,
Anisa Nadhira Binti Anuar..
Sunday, September 06, 2015
Movie Transporter Refueled
Hi semua.. Tadi layan cerita Transporter terus update.. Rating bagi untuk cerita 8.5 daripada 10 bintang. Walaupun cakap "alaaaa... Hero baru tak best..."
Korang ni bagi la peluang orang baru berkarya dan saya sangat berpuas hati lakonan dia. Tak ingat pulak nama hero baru ni.
Aksi paling best semestinya dia Transporter guna Audi S8. Perghhh korang tengok sendiri la, tulis sini tak cukup satu Page.
Satu minggu plan dengan member untuk kasi tapau satu hall, gather ramai-ramai untuk layan cerita ni.
Saturday, September 05, 2015
Berjinak dalam dunia business
Hi semua.. Apa khabar? Hope semua sihat je. So tengok tajuk pasal berjinak dalam dunia business. Siapa?? Of course me!!
Well basically, tak suka business sebab tak ada bakat and memori dapat C+ subjek Marketing bertambah penguat tak nak involve business. Jadi kenapa business?
Simple. Nak duit lebih, jalan yang jelas dengan perniagaan. Lagipun 9 daripada 10 punca rezeki datang dari perniagaan. Business jugak la career Rasulullah, Siti Khadijah, Saidina Usman bin Affan.
Tapi pendapat peribadi saya, bila kita business di situ kita akan kenal siapa diri kita. Bila rejection adakah terus down atau akan lagi bangkit.. Banyak kenal pencipta kita, Allah s.w.t.
Bagi saya kepada golongan yang cuba down kan orang lain berniaga sama ada 1) dia golongan yang pernah tidak berjaya dan merosakkan orang lain yang ada semangat berniaga 2) tak reti pun nak berniaga tapi cakap power semua benda.
Nasihat saya sebelum nak berniaga mula sekali ada ILMU. Tak ada ilmu, tak usah nak berniaga. Jangan berlagak tahu semua benda. Orang yang sudah buat jualan bulanan jutaan ringgit pun masih mencari ilmu.
Lepas tu, kalau tak pandai buat produk.. Guna produk orang lain. Belajar macam mana packaging, cara pembuatan, khasiat, dan bahan digunakan. Cara yang sama Pengasas D'herbs, Alif Syukri gunakan. Follow page dia untuk tahu perjalanan dia dalam dunia business.
Nasihat yang lain, hati kena kental dan ada sikap cukup - cukup mahu. Walaupun hampir setahun dah ceburi, perubahan ketara saya sudah hati kering dengan alasan dan apa sahaja orang cakap kan. Sebab orang tak faham apa kita buat, memang akan cakap apa yang dia sahaja yang betul. Surrounding semua kena orang positif.. Mesti, mesti dan mesti..
Cukup la dulu, setakat ini.. Kalau ada umur panjang mungkin saya akan ceritakan journey saya. Itu pun kalau ada yang mahu membacanya.
Salam maju jaya dari penulis,
Anisa Nadhira Binti Anuar
Friday, August 14, 2015
Banyaknya kad!!!
Apa yang banyak kad ni... Nanti tengok gambar la ea. Reaksi yang saya dapat "perghhh kencang..."
"buat apa banyak-banyak"
Well let just say that, Bila tukar status makin tambah la. Dan..... Company ku memang jaga benefit staff nya.
So, kepada kawan yang pernah offer, thanks taw.. Keep on offering others who need it.. Educate sikit kawan-kawan kita tu..
Tuesday, August 11, 2015
Write This Yourself | 3 Things that I'm thankful of
Cerita nostalgia - Duit syiling emas Seringgit
Prank budak-budak. Baru nak belajar.
Ideanya nak distract kawan ni,supaya prank tu menjadi.
and yes,memang menjadi walaupun pelakonnya dari budak innocent ni ecehhh up diri sendiri pulak..
"Azah, tolong la carikan duit syiling banyak2 jatuh kat pond tu..."
(muka resah gelisah)
"banyak mana keeba.. macam mana nak cari..dah malam ni.."
"please azah...orang lain busy dengan apa tah...temankan la carikan..."
ingat lagi la dialog...wahhaha..and end up azah basah lenjut kena air campuran sabun, pewangi, detergent, dan jangan tanya lebih apa lagi bahan-bahannya..
nostalgia sangat. Korang ada kenangan dengan duit syiling emas seringgit ni ke?
jangan kenangan yang menakutkan je la ek..
Thursday, August 06, 2015
House warming and open house raya Zulnisa
Hi semua.. Baru sempat nak update blog hari ni. 2hb Ogos, Ahad kami buat open house Raya untuk sahabat-sahabat dan keluarga yang datang. Dengan bantuan kakak dan adik ipar, semuanya berjalan dengan lancar.
Mula pada pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 9 malam. Plan asalnya target 50 orang. Alhamdulillah ramai yang datang, lebih dari 50.
Terima kasih kepada semua yang hadir. Walaupun first time buat open house untuk rumah sendiri, insya Allah kalau ada rezeki akan kerap kami buat.
Friday, July 31, 2015
Boss ku orang jepun
Hi semua.. Ni ambil kesempatan masa lapang nak update blog. Nak citer apa? Pasal boss saya. First impression bila cakap kerja dengan orang Jepun, tak pikir apa sangat. Just nervous and excited.
Bekerjasama dengan dia betul-betul masa habis cuti kawen seminggu. Dalam masa yang singkat ni, banyak benda belajar daripada dia.
1. Enjoy your work
2. Jangan susahkan kerja orang lain, kalau tak nak diri sendiri susah
3. Kesopanan. Dlm phone, walaupun orang tu tak nampak, tunduk jugak taw.
4. Discussion. Ada je isu, mesti bincang.
5. Bagi ruang saya grow.
Dan banyak lagi.. Bila saya cuti, memang tak kacau pun tanya pasal kerja.
Paling yang buat saya geli hati sebenarnya, orang sekeliling saya. Sebab saya je yang direct boss yang orang Jepun.
Soalan yang macam ni keluar,
"Best tak kerja dengan boss hensem? "
" dia cakap Jepun ke dengan nisa..?? "
Ada jugak yang cakap," untung la dapat boss yang good looking.. "
Kelakar la korang ni. Biasa la kan, muka Jepun kan macam yang dalam lukisan anime tu.
Dulu masa kat uitm Shah Alam amik 3rd language, bahasa Jepun... So, ada yang boleh tangkap dia cakap... Tapi once, dia cakap laju macam machine gun... Nganga jugak nak faham.
P/s : tak nak share gambar boss, nanti semua mintak saya jadi match maker.
Thursday, July 30, 2015
Siapa Follower yang ke #660
Post bergambar : Syawal 2015
Hi semua.. Still mood raya kan.. Tahun ni raya sangat berbeza. Raya berdua, keluarga kedua dan kereta raya. Memang tak akan lupakan jadi saya nak letakkan kenangan saya di sini. Terima kasih kepada semua yang bersama dengan saya di hari raya yang mulia ini. Bersyukur teramat sangat kerana masih berkesempatan untuk menyambut nya.
Friday, July 17, 2015
Kisah Malam Raya, Tahun Ini Raya Berdua
Hai semua... Selamat hari raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin ea.. Ucapan ringkas tapi padat bagi saya.
Jadi tahun ni bermula raya berdua dengan encik suami. Raya rumah dia tahun ni. Ada yang cakap "Baiknya beraya rumah suami... Selalunya raya yang pertama balik rumah isteri"
Bagi saya mana-mana pun sama. Teringin jugak beraya jauh, orang kata beraya di Kelantan meriah. Nak rasa sendiri sebagai seorang isteri.
Apa buat malam raya.. Mak aihhh tak menang tangan. Macam-macam buat. Kek coklat, cookies, satay, kuah spaghetti, cheesekut... Nak main bunga api tapi hujan pulak malam tadi..
Tunggu cerita lagi ea..
Sunday, July 12, 2015
Temankan encik suami main futsal
Amboi dah kahwin ni, update pasal encik suami je.. Yela time jadi title tunang, tak ada la citer banyak..
Saturday, July 11, 2015
Berbuka Puasa @ Bora Ombak, Ampang
Hi semua.. Review makanan buffet datang lagi.. Lately dapat banyak jemputan kawan-kawan berbuka puasa sama. Agaknya ini dinamakan rezeki pengantin. Jadi kali ni berbuka puasa di Bora Ombak, Ampang. Kawan suami yang ajak.. Yg automatik jadi kawan saya jugak.
Untuk ke tempat ni, senang pakai waze. Yang pasti sebelahnya ada tempat indoor futsal. Makan sampai lebam dan tak ingat dah round yang ke berapa....
Harga individu puasa sempena promosi raya ialah rm45 tapi jika datang lebih 10 orang dewasa dapat free seorang. Untuk kanak- kanak price promosi rm30. Kapasiti yang boleh muat dengan hampir 500 orang.
Tempat ini sesuai untuk majlis besar dan juga perkahwinan. Kawasan yang membuat kita lupa akan hidupan di bandar.
Selagi tak menang tangan nak ambil semua makanan. Itu pun encik suami tak percaya saya boleh makan banyak tu (nanti tengok gambar makanan kat bawah).. Kata buffet, makan kena kasi dasyat..
Nah tengok sendiri, ada dapat snap gambar sebelum masa berbuka.. Multitasking la katakan..
Thursday, July 09, 2015
Berbuka Puasa @ The Gravy Factory, NU Sentral
Aisehh mannn... Lambat sehari nak citer ni, baik tulis sebelum basi citer ni. First sebelum nak further citer, nak ucapkan terima kasih kepada Syatirah sebab recommend tempat yang best. Katanya taw pun sebab blog review. Sape kata tak membantu review tempat dan share kat blog.
RM 45 per person (Buffet style)
Tingkat 5, NU Sentral
Monday, July 06, 2015
Instagram : Banyak request follower
Hi korang.. Apa citer kali ni, nothing much sebenarnya tapi dah lama tak settle kan lagi..
Long story short, ramai sangat nak kena approve follower request. Kebanyakan mereka online shopping.. Goshhh tp many to handle. Lagi mengundang nak shopping taw..
So macam mana.. Yupppp saya memang memilih sape yang boleh view Instagram.. Selalunya akan buat tak taw je.. Tapi nombor tu makin menaik tiap hari..
Tak tunjuk famous, sebab tak famous mana pun.. Cuma dalam sehari je dalam 10 follower.. 10 follower kali 30 hari, mau tak 300 nak kena accept.. Hehee..
Sorry yang mungkin terlepas pandang nak accept.. Nanti PM je untuk direct accept.. Sekarang kena jaga account sosial media ni.. Bukan sebarang orang boleh tengok profil.
Sunday, July 05, 2015
Cerita semalam : Berbuka Nasi Kerabu
Hai korang.. Cerita Semalam hari ni nak Update... Better late than never Kan.. Nak citer ni, semalam berbuka dengan nasi kerabu.. (hek elehhh makan tu pun nak Update)
Tak apa yang tak nak proceed taw, boleh terus pangkah kat atas tu untuk close. Terima kasih kepada yang buat kan.. Nanti kena belajar buat nasi kerabu ni.. Dah kahwin dengan orang Kelantan tapi taw makan je, tak Best la kan..
Masak untuk portion yang ramai pastu bagi orang makan. Sesungguhnya orang yang sediakan makanan untuk orang berpuasa akan dapat pahala sama dengan orang berpuasa..
Rezeki kita harus dikongsi bersama. Sebab bila bila je rezeki kita ni Allah tarik, tanpa perlu short notice..
Wallahualam..
Saturday, July 04, 2015
Diari Ramadan, Cerita Semalam : Gather di Putrajaya
Seronok punya semalam, terus rasa nak Update.. Pada mulanya hanya plan dalam whatsapp seminggu yang lepas. Saya uruskan Update event je and technically menguruskan main hantam sajalah... Tangkap muat orang panggil tapi janji jalan..
Beli makanan berbuka puasa kat bazaar Putrajaya, Presint 2. Saya ni pulak jenis tak kisah makan apa dan makanan yang pertama yang berjaya menarik hati ni : Nasi Tomato. Encik suami kena pusing hampir satu bazaar nak cari apa dia nak..
For long story short, group terpecah dua : gather dalam masjid dan kat tasik. Selesai maghrib, kami semua jumpa kat dataran padang depan bangunan kehakiman. Berbuka puasa di sana, ada sesi open table sikit, event wajib : SELFIEEEE
Dalam post ni nak cakap terima kasih yang wish announcement satu Putrajaya boleh dengar "Untuk Anisa Nadhira Binti Anuar dan Zulfadli Hilmi, kami ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru....."
Sweet taw korang.. Ingatkan masa sebut nama tu, ada barang hilang.. Hahahaha.. Kan dah cakap, tak yah plan sangat... Hidup ni kena rempuh.. Dan sebenarnya lagi spontan hidup kita, lagi seronok taw... That's what my life is.... Spontaneous
Wednesday, July 01, 2015
Cukup ke dengan hanya menabung?
Hi semua. Hari ini post lebih nak bagi semua berfikir.. Tumpu kepada yang tahu duit dia ada sekarang sekadar cukup-cukup makan, orang yang inginkan sesuatu dalam hidup dia dan yang tersayang.
Persoalannya :
"Cukup dengan menabung?"
"Berapa lama kena tunggu?"
Jawapan saya (ini hanyalah sekadar pendapat)
Menabung ini kebiasaannya saya jadikan emergency fund yang tidak mengapa memakan masa berapa lama pun. Boleh juga jadi sub-segment untuk retirement plan. Korang dah mula plan kn ke? Kalau belum, saya nasihatkan mulakan sekarang. Biar lambat dari tak mulakan langsung. At least start from somewhere.
Kesedaran saya timbul sejak saya lihat tabiat arwah nenek saya yang suka menabung. Alhamdulillah tak ada pengalaman yang buat hidup dalam kesempitan duit. Uihhh mintak la dijauhkan. Sekarang sikit-sikit, saya belajar personal financial audit. Terus-terang saya cakap nak menabung memang kena bagi komitmen, berdisiplin (antara yang utama) dan rajin.
Contoh proven success dah ada. Jadikan mereka contoh untuk buat lebih baik. Belajar dari diaorang. Galakkan untuk ada business sendiri, gunakan habis baik tenaga dan mencari peluang yang ada. Untuk berjaya,mana mungkin tak rasa susah dahulu kan...
Jadi, apa pendapat korang?
#58 WordlessWednesday
Monday, June 29, 2015
Review My Wedding Photographer from Twentyfourseven Studio
Hi guys... It's been awhile kn.. Dah lama tak post review, so jom check it out Okay..
Tajuk entry pun dah tulis my wedding photographer and yes saya baru je melangsungkan perkahwinan. Tapi kali ni bukan nak cerita pengalaman Wedding tapi nak highly recommend kepada yang nak mencari photographer untuk Wedding korang.
Asalnya si dia (Ehem3 dah jadi suami saya) yang sendiri nak diaorang jadi photographer sebabkan kenalan dia pun gunakan khidmat diaorang ni. Personally tengok hasil diaorang, "this guy is good..." dalam fikiran saya.
The price reasonable dengan apa ditawarkan. Request cover both side, video, photo book dalam amount RM 4 ribu. Okay sangat..
Plus, diaorang ni sangat friendly. Pengantin perempuan sorang ni (hehehe saya la) siap nak buat meeting, and apa yang dibincangkan semua ada.. And even better...
Nanti tengok kat Instagram & Facebook page : Twentyfourseven Studio
Keep it up guys!! Love your work and can't wait to get my wedding album.
Saturday, March 28, 2015
Tak sempat beli tiket konsert Backstreet Boys
Waaaaaa tak sempat nak beli tiket konsert Backstreet Boys.. Aisehh ni bukan kes meroyan taw kawan-kawan.. Last time, diaorg datang Kuala Lumpur... Saya pergi.
Tak best kalau this time around tak jumpa diaorang.. At least before I get married.
Abang sedare merangkap bodyguard last time saya pergi, dia yang beriya tanyakan.. Memandangkan saya selalu terlupa. Nak dijadikan citer, memang nak pergi tapi cuma tak ada orang nak pergi, tu yang tak terus beli.
Anyway, kalau ada rezeki nak pergi nanti... Akan ku jejak jugak kat sana..
Hope ada nak jual tiket nanti and masa ada peluang tu, i am totally free and available..
Thursday, February 26, 2015
Aktiviti CNY 2015
Hai semua.. Dah lama tak tulis kat blog. Sihat ke tu? And yes I am doing great. Kali ni nak cerita kan aktiviti apa je saya buat time CNY aritu.. Majoriti semua orang balik kampung tapi bukan saya.. Sebab kampung yang datang kat saya, that's why...
1. Mandi kat sungai pisang
2. Beriadah di Armanee Duplex condominium
Seronok semua aktiviti ni. Pergi dengan kawan-kawan... Rasa nak jom pergi lagiiii
Menu : Terung Masak Sambal Daebak
Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...
Popular Post
-
Hello friday..How are you? I'm definitely fine...Just want to spend my last week of internship. Why my mum have related to facebook...
-
hye there... it is good to be back.. one word for today is about coffee . it is my one of favourite drink..besides iced lemon tea.....
-
Hi guys!! I'm here to share something that I found in Google Extension quite helpful to me, especially when my work task mostly I w...