Saturday, November 21, 2015

Riang ria di Kelantan


Hai semua. Ni post throwback cerita minggu lepas balik Kelantan (rumah mertua). Lama dah tak balik sana, tu yang ambil masa nak balik sana jugak dan Alhamdulillah tercapai jugak hasrat. 

Sampai sana agak lewat malam hampir pukul 2 pagi. Lalu jalan dari Grik sebab kes tanah runtuh di Karak highway waktu tu. Gagah jugak encik suami drive. Sorry sangat tak teman (hahaha co-pilot asyik tidur). Tak berapa risau time tu sebab bukan berdua, adik ipar ikut sama.. 

First day kami disana aktiviti terus mencari makanan. Dari KL lagi mengidam nak nasi kerabu. Tapi tak dapat time breakfast hehe,, time lunch encik suami gigih jugak mencari. Terima kasih taw.. Kalau cerita pasal nasi kerabu ni sebenarnya bukan dapat tengah hari tu je, esoknya dan esoknya pun dapat lagi.. Submission doa nak tu, sampai la hehehe terlebih-lebih dapat. Malam first day, kami buat BBQ di depan halaman rumah,, wahhhh seronok taw.. Makan-makan, selfie, gelak tak ingat orang.
Ohh lepas tu, kami sempat jumpa business partner kat sana.. Kebetulan mereka (suami isteri) balik Kelantan jugak.. Sambung lagi makan gearbox & roti canai.. 

Hari kedua lebih banyak rehat dan luangkan masa bersama. Jenguk tok ma & tok ayah yang tak berapa nak sihat, sempat bagi Yerba Mate, teh hijau untuk buang toksin & kesegaran dengan harapan mereka akan kembali bertenaga seperti biasa. 

Sempat shopping kat sana. Tudung, jersi bola, seluar tidur... Mentang-mentang la lebih murah dari KL sakan kan kitaorang.. Jangan tanya berapa banyak spend hehe nanti korang pun rasa nak join shopping. 

Untuk hari ketiga, plannya nak balik subuh tapi ada asbab jadi nak dekat pukul 9 jugak bertolak ke KL balik. Lalu laluan Karak Highway bila dapat tahu tanah runtuh tu dah clear. Alhamdulillah perjalanan berjalan dengan lancar. Sekarang dah nak cakap, "Bila nak balik Kelantan lagi ni..."

Walau sesibuk mana kita dengan kerja dan cari rezeki (saya lebih prefer menjemput rezeki) balik kampung, jenguk  family tu pun jangan abaikan. Keluarga kita bukan mahukan harta kita tapi masa kita yang tak ternilai untuk luang bersama.

Jumpa nanti dalam post akan datang..




No comments:

Post a Comment

thanks for the comment(s) and enjoy to read more

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post