Wahhhh siapa mereka ni untuk menakluk Kuala Lumpur? Apa misi diaorang? Kenapa Kuala Lumpur yang mereka hendak takluk kan..
Macam-macam persoalan yang korang nak tanyakan.. Mula-mula Jom siasat latar belakang Pendekar Gelendangan. Mereka ini sekumpulan yang berusia 18 hingga 30 tahun bersama-sama dengan satu misi memberi manfaat kepada orang lain dan untuk mereka fokus kepada golongan gelendangan di kawasan Kuala Lumpur.
Seramai 70 orang berkumpul di LRT KLCC dan menuju ke LRT Masjid Jamek. Selama satu jam setengah misi ini berlangsung dengan mengagihkan makanan, pakaian, teh hijau Yerba Mate, Guarana, kek coklat Oren dan lain-lain lagi. Yang membuatkan Pendekar ini telah melakukan penaklukan yang sangat baik sebabkan bekalan tidak mencukupi.
Diharapkan penaklukan ini akan terus giat aktif dan orang ramai boleh turut membantu dalam menjayakan misi mereka.
Segala info berkaitan mereka boleh search #feedthehomeless #journeytoinspire atau like fanpage Facebook mereka - Journey To Inspire.
wow, xtahu pula ada aktiviti mcm ni hee. good for malaysia hehe
ReplyDelete