Tuesday, November 17, 2015

Personal Coaching & Mentoring


Hi semua.. Mood nak update sudah kembali. Izinkan tuan hamba update ea hehe~~

Selalu hari Sabtu kita mesti ada agenda kan... Sama ada dengan kawan, sedara-mara atau diri sendiri. Seperti Sabtu yang lain, saya dan beberapa kawan yang lain ambil peluang booking masa untuk belajar dengan mentor business yang kami kenal.

Serba sedikit latar belakang mentor Fairus Salleh. Beliau dahulunya seorang bekas tenaga pengajar di kolej swasta di Bangi dalam jurusan engineering. Sekarang sudah involve dalam dunia business hampir 5 tahun dan memiliki 3 business konventional. Dalam dunia business juga, beliau sendiri ada mentor seperti Dato' Azizan Osman, Fellina Dan sebagainya. Saya suka pegangannya iaitu untuk berjaya kita kena ikut macam mana orang berjaya buat.
InsyaAllah saya pun menyusul.

Jadi hari Sabtu itu, kami gather dengan harapan akan membantu kami dari segi teknik, pemikiran dan perhubungan sesama manusia & Allah. Masing-masing bertukar pendapat dan idea untuk perbaiki cara business kami jalankan.

Untuk pengetahuan jugak, kami terdiri pelbagai background - kerja bank, IT, kerja timing shift tapi matlamat kami sama untuk ubah hidup. 

Sedikit perkongsian apa yang kami belajar:

1. Jaga hubungan dengan Allah
2. Jaga hubungan dengan ibubapa
3. Lagi ramai kita jaga hati orang, lagi ramai akan mendoakan kita.
4. Meletakkan harapan dan Doa kepada Allah & berusaha ke arah yang kita mahukan. 
5. Perbanyakkan solat tahajud
6. Sedekah & beri Hadiah kepada ibubapa dan keluarga.

Wahhhh banyak ni boleh serap.. Boleh gunakan perkongsian ni. InsyaAllah semua dapat manfaat. Dari paham sahaja kepada lebih paham sebab dah mula praktikkan.. Cuba la,, rasa sendiri perbezaan lepas buat..

Lepas ni, nak lagi menuntut ilmu dengan Mentor Fairus. Ohhh haah lupa nak bagitaw, coaching ni pun terbuka kepada semua yang berminat. Percuma coaching. InsyaAllah 9 daripada 10 yang pergi semua mendapat manfaat dan kehidupan mereka berubah secara menyeluruh. Yang berminat, boleh email ke anisaanuar@gmail.com atau komen sahaja dibawah ea..

Doakan semua menjadi manusia berguna  di dunia & di Akhirat... InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment

thanks for the comment(s) and enjoy to read more

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post