Cukup ke dengan hanya menabung?


Hi semua. Hari ini post lebih nak bagi semua berfikir.. Tumpu kepada yang tahu duit dia ada sekarang sekadar cukup-cukup makan, orang yang inginkan sesuatu dalam hidup dia dan yang tersayang.

Persoalannya : 

"Cukup dengan menabung?"
"Berapa lama kena tunggu?" 

Jawapan saya (ini hanyalah sekadar pendapat)

Menabung ini kebiasaannya saya jadikan emergency fund yang tidak mengapa memakan masa berapa lama pun. Boleh juga jadi sub-segment untuk retirement plan. Korang dah mula plan kn ke? Kalau belum, saya nasihatkan mulakan sekarang. Biar lambat dari tak mulakan langsung. At least start from somewhere.

Kesedaran saya timbul sejak saya lihat tabiat arwah nenek saya yang suka menabung. Alhamdulillah tak ada pengalaman yang buat hidup dalam kesempitan duit. Uihhh mintak la dijauhkan. Sekarang sikit-sikit, saya belajar personal financial audit. Terus-terang saya cakap nak menabung memang kena bagi komitmen, berdisiplin (antara yang utama) dan rajin.

Contoh proven success dah ada. Jadikan mereka contoh untuk buat lebih baik. Belajar dari diaorang.  Galakkan untuk ada business sendiri, gunakan habis baik tenaga dan mencari peluang yang ada. Untuk berjaya,mana mungkin tak rasa susah dahulu kan...

Jadi, apa pendapat korang?

Comments

Popular Posts