Boss ku orang jepun

Hi semua.. Ni ambil kesempatan masa lapang nak update blog. Nak citer apa? Pasal boss saya. First impression bila cakap kerja dengan orang Jepun, tak pikir apa sangat. Just nervous and excited.

Bekerjasama dengan dia betul-betul masa habis cuti kawen seminggu. Dalam masa yang singkat ni, banyak benda belajar daripada dia.

1. Enjoy your work

2. Jangan susahkan kerja orang lain, kalau tak nak diri sendiri susah

3. Kesopanan. Dlm phone, walaupun orang tu tak nampak, tunduk jugak taw.

4. Discussion. Ada je isu, mesti bincang.

5. Bagi ruang saya grow.

Dan banyak lagi.. Bila saya cuti, memang tak kacau pun tanya pasal kerja.

Paling yang buat saya geli hati sebenarnya, orang sekeliling saya. Sebab saya je yang direct boss yang orang Jepun.

Soalan yang macam ni keluar,

"Best tak kerja dengan boss hensem? "

" dia cakap Jepun ke dengan nisa..?? "

Ada jugak yang cakap," untung la dapat boss yang good looking.. "

Kelakar la korang ni. Biasa la kan, muka Jepun kan macam yang dalam lukisan anime tu.

Dulu masa kat uitm Shah Alam amik 3rd language, bahasa Jepun... So, ada yang boleh tangkap dia cakap... Tapi once, dia cakap laju macam machine gun... Nganga jugak nak faham.

P/s : tak nak share gambar boss, nanti semua mintak saya jadi match maker.

1 comment

Popular Posts