Nak buat throwback hari ni.. Kenangan masa first time jadi project manager.. Buat benda yang tak pernah buat. Dan sangat la jauh dari nature of law diri saya ni. Projek apa? Dress to impress..
Berkaitan fashion..which is masa zaman universiti memang orang yang paling tak fashionable sebab prinsip saya pakai biar simple & tak perlu over. Time tu tak fikir yang boleh pengaruh kita punya confident level & imej. Tak mampu nak fashionista la katakan.
Back to the story, pengalaman tu memang tak boleh lupakan. Meeting saje untuk progress, kenal pasti tentang logistik, approval dari pihak fakulti. Hampir dapat tentangan disebabkan pertama kali event berkaitan fashion diadakan. Memang mencabar pada waktu tu. Teringat masa nak fight dapatkan red carpet di dewan annex, turun naik pejabat, kena marah dengan pihak atasan, cari persembahan band untuk malam event.
Paling best ialah crowd dapat sambutan diluar jangkaan dari fakulti satu UiTM. The power of social media pada waktu tu, dalam masa 3 hari dapatkan crowd full house satu dewan. Bersyukur sangat dengan pengalaman event Dress to Impress sedikit sebanyak sudah bantu saya jadikan siapa saya hari ni. InsyaAllah rezeki akan datang impian saya nak buat event charity yang saya anjurkan menjadi kenyataan.
No comments:
Post a Comment
thanks for the comment(s) and enjoy to read more