Saya Mahu Share...


Alhamdulillah weekend saya sangat terisi dengan aktiviti dan rasa bersyukur yang amat sebab semua dijadikan dengan ketentuan Allah.

Post kali ni bukan la nak bukak aib sesiapa, cuma saya rasa terpanggil untuk cerita disini apa saya rasa. Jika ada yang terasa hati, boleh nanti tegur saya personal. General sahaja teguran ini, tiada kena-mengena individu berkenaan.

Baru-baru ni, saya berkongsi hasil dari habit saya dan suami mengumpul duit syiling. Hasil itu datang bila baki duit syiling yang kami ada, semua 100% akan masuk tabung ikut bekas kami letak - duit syiling emas (20sen & 50sen), duit 20sen lama@baru yang warna tembaga & duit 10sen. Ada jugak tabung subuh, kami buat tapi kami tak masukkan sekali. 

Nak buat saya rasa terpanggil untuk menulis post ni bila dapat komen yang menyatakan jangan tonjolkan duit tu nanti ada yang memerhati. Dari sudut positif, saya boleh terima sebab berkaitan duit. Tapi dalam niat dihati saya buat untuk beri inspirasi kepada orang lain yang yes possible untuk kumpul duit. Dan ini cara yang panjang & tak ramai yang boleh juat sebab perlukan konsisten & disiplin.

Saya dahulu memang ada perasaan takut nak tunjuk sebab takut riak, berlagak, dan orang kata macam-macam. Setelah berjumpa dengan ramai orang kaya & berjaya, mereka ajar untuk berkongsi apa sahaja dengan orang ramai dengan memberi inspirasi atau manfaat kepada mereka. 

Saya tak salahkan kepada yang komen sebab mereka tidak faham dan itu adalah amanah saya untuk beri kefahaman itu dengan keizinan-Nya. Sama-sama kita ubah kearah minda orang kaya dan berjaya, insyaAllah.

(Pada asalnya memang ada screenshot komen tu tapi biar la saya sahaja yang tahu)

Comments

Nurhuda Ismail said…
yang penting niat kita kan :)
Anisa Anuar said…
Betul.. Kena bersih kn kolam jiwa

Popular Posts