saya rasa tak semua benda kita perlu tahu kenapa sesuatu itu berlaku.. memang betul curiosity tu bagus...kadang-kadang boleh jadi jugak curiosity tu boleh memakan diri sendiri..
contoh situasi : kenapa si mamat tu cakap sorang-sorang kat dinding.
yea saya kagum ada segelintir dari kita nak tahu,kenapa si mamat tu macam tu..tapi saya percaya tak semua kita perlu tahu...dan ada kebaikannya.. dan jangan la kita kecewa jugak bila anda rasakan anda lah orang terakhir yang tahu akannya.. tak rugi ke mananya pun... kalau rakan kita lupa nak ceritakan sesuatu sepanjang penceritaannya, jangan la dipaksa-paksa nya..walaupun saya tahu ada segelintir dari kita mesti nak tahu juga cerita tu... sebab saya juga merasakan bahawa ada sebab kenapa berlaku sedemikian..
pendek cerita, ada benda tak perlu tahu,biar lah sekadar kita sahaja yang tahu.. kalau perlu diceritakan, cerita kepada orang yang kita paling percaya...dan kepada yang mendengar cerita, jaga la cerita itu sebaik-baiknya...sebab bila rakan kita bercerita..itu bermakna dia percaya akan kita.. ambil sedikit masa...renungkan apa yang berlaku sekeliling kita..tindak-tanduk kita..evaluate balik..entry ni hanya bertujuan untuk ingat-mengingati...dan juga untuk saya...