Saturday, August 20, 2016

Nisatalk on business : Kenapa kena PM tepi

Ramai orang up status seakan-akan tak puas hati nape nak kena PM tepi kat peniaga online.. katanya takut tanya harga..ada sebenar tujuan untuk PM tepi tu. Bukan saje-saje.

Tujuan PM tepi :
1. Hanya yang betul-betul berminat akan PM. Yang hanya ala kadar, kebiasaannya tak berapa nak layan sangat.

2. Nak kenal pasti apa customer nak. Peniaga boleh recommend yang terbaik untuk kita.

3. Mana tahu sebabkan anda customer yang suppporting, peniaga tu rasa nak bagi diskaun atau free gift. Kita buat jual beli dengan manusia, hati Allah yang tentukan.

4. Sebahagian PR peniaga dengan customer. Ingat kita jual beli dengan manusia bukan mesin. Kalau anda peniaga dan pembeli yang supporting, senang urusan jual beli yang akan datang.

Nisa nak nasihat kepada semua, jangan marah pada yang suka sangat PM tepi. Tu cara dia nak dapatkan customer dan sistem dia buat. Sebaiknya faham dan layan sebaiknya. Kalau nak tolak pelawaan pun, tolak sebaik-baiknya. Jangan terkejut bila perkara dapat layanan buruk atau bila anda pula kena PM tepi, anda dikecam..anda akan faham.

#jangankecamhakak
#sebabhakakpunsukaPMtepi


Tuesday, August 16, 2016

Perancangan Allah lebih indah

Semalam pagi2 lagi dah fikir nak buat apa. Rutin harian yang dah sebati dalam diri.
Plan asal
1. Breakfast dengan suami.
2.Pergi SSM area KL Sentral (estimate masa 3 ke 4 jam)
3. Balik rumah atau tunggu husband habis kerja.

Akhirnya plan ni langsung tak jadi.
Last sekali, Allah dah aturkan lagi cantik.
1. Tapau makan di rumah sebab husband ada meeting pukul 9pagi.
2. Bukak laptop dan whatsapp, order non stop untuk kek lapis
3. Terus roger supplier ada kek lapis urgent nak..sampai pukul 1 follow up.
4. Sambil2 tu, request stokis belikan stok Yerba Mate.
5. Jumpa supplier kek lapis.
6. Ambil husband dari tempat kerja.
7. Ambil anak (mana boleh tinggal)

Dalam sambil2 tu, dapat taw ada SSM yang lagi dekat dengan rumah. Nape tak pergi semalam? IC misplaced. Alhamdulillah dah jumpa. Produktif sangat hari waktu tu. Syukur sebab boleh buat last minute plan dan buat dengan jayanya.

Korang perasan tak Allah dah aturkan lagi cantij dari yang saya plan kan.. insyaAllah nak pergi SSM dalam masa terdekat. Doakan ea..


Kisah Rm50

Hati rasa nak menulis kisah ni.. berlaku pada diri sendiri.
Kisahnya berlaku pada hari Sabtu yang lepas. Bangun subuh seperti biasa, siapkan anak sebelum pergi home tutor. Malam sebelumnya sudah cari bahan untuk print dan buat keputusan untuk print keesokkan harinya sebelum kelas bermula. Susah jugak tak ada printer ea.. dah jadi keperluan pulak.

Dah niatkan dalam diri, sebelum pergi kelas..saya mesti solat dhuha dan baca Al-Waqiah. Nak buat ni pun kiranya rezeki jugak taw. Ada orang nak sangat buat tapi keadaan tak mengizinkan - ada urgent meeting, anak meragam, pergi klinik dan sebagainya. Ada pula keadaan sangat mengizinkan tapi hatinya tak tergerak untuk buat.

Selepas tu, dengan hanya berbekalkan RM50 dan beberapa duit terselit di beg pergi mencari kedai printer seawal 10pagi dan hari Sabtu. Dah berdekatan dengan area tempat mengajar, tanpa pikir panjang terus tanya tokey kedai mana nak print.
Banyak jugak la printnya. Paling mengejutkan bila amount yang saya bawak tak mencukupi. Sebab print sehelai dan bukan depan belakang.

Waktu tu redha je..sebab tu je duit yang ada. Selongkar habis dalam beg untuk cukupkan amount. Total kena bayar dalam RM65 (lebih kurang, tak ingat harga asal) dan saya hanya ada RM57. Bila kawteam dengan tokey, dia kata okay no problem. Kira setel urusan jual beli. Terus dalam hati berdoa, "semoga bisnes uncle ni makin maju...sebab dia permudahkan urusan ku.."

Sesi pembelajaran alhamdulillah berjalan dengan lancar. Semua handout yang print tadi sangat membantu. Terus balik ke rumah lepas habis kelas. Sudah sampai rumah, cerita pada husband yang duit dia bagi habis guna untuk print sampai tak cukup duit nak bayar. Entah macam mana, tangan selok ke poket..

"Ehh..apa ni..bukan ke..." (pandang duit RM50 dengan banyak tanda soal)
"Macam mana ada RM50 ni.. tadikan dah bayar..."

Ya Allah lama terduduk fikirkan mana duit ni datang. Cuba ingat balik satu persatu. Jelas dalam ingatan dah bayar duit print. Hanya mampu ucap Alhamdulillah. Mungkin ini the power of dhuha dan baca Al-Waqiah paginya tadi.

Hanya menulis,
Anisa


 

Copyright © 2013 Reserved to Anisa

Edited by Cik Amal