Friday, June 22, 2012

Entry [lambat update] : mereka hanya mahu dihargai


Hari Bapa minggu lepas kan?? hahaha...nak update aritu tapi busy...ni pun curi-curi masa sikit buat entry...
Bapak ku berkata kepada ku "bertuah la anak-anak laki bapak nak wish Father's Day kat bapak ni ha.."

memahami perasaan bapak ku itu.. dengan kuasa leteran ku hahaha, adik yang berada di UTP menjadi mangsa untuk mendengar ceramah ringkas ku melalui telefon.. antara dialog adik dan saya..

saya : tahu tak bapak touching dengan korang sebab tak wish father's day aritu?? (provokasi)
adik : bukan tak nak...tapi kan ada orang cakap tak elok celebrate benda alah tu..
saya : larhhh kita bukan celebrate pun...just cakap kat bapak "bapak..terima kasih sebab menghantar ku belajar, berusaha mencari rezeki untuk kami, bagi kami cukup makan, minum" 
adik : ye okay baik-baik..

ha!! siap bagi dialog untuk nak cakapkan.. lagi jadi extra comel, bapak dengan nada gembira, "adik kau tu, cakap "sayang bapak!!" pastu terus letak fone...segan sangat kot hahaha"

hargai lah mereka selagi mereka masih ada.. sayangi mereka, hargai mereka... terima kasih bapak atas segala pengorbanan dan semua la...tak tahu nak balasnya macam mana..

walaupun bapak pernah gunting rambut nisa macam tempurung kelapa ni, tapi nisa tetap sayang bapak..love you always..

6 comments:

  1. OK soalan : apsal tak elok celebrate FATHERS DAY??

    ReplyDelete
  2. haha. comel je bapak happy..hehe tempurung kepala? rambut saya pernah dulu kena potong mcm ni

    ReplyDelete
  3. hehe comel je bapak nisa :)

    ReplyDelete
  4. tanpa ayah sapa lah kita kn...selamat hari bapa..:)

    ReplyDelete
  5. setakat call abah dan wish je.. bukan kita mendewakan ayah kita pun. yg penting niat kita betul, kan ? hihi:)

    ReplyDelete

thanks for the comment(s) and enjoy to read more

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post