Monday, April 09, 2012

tips berkonvoi


Assalamualaikum kepada semua yang baca entry kali ni..
harap semuanya sihat..
entry kali ni berilhamkan event pada 7-April,
kami satu kelas berkonvoi sebanyak 8 kereta dari Shah Alam ke Kuala Pilah..
hendak ke rumah kenduri kawen kawan abang..
dah dapat jemputan khas kan..pergi la kami beramai2..

tips nya ialah :-
1. kena set masa betul-betul dan nak kumpul di mana..(takut kalau lambat bertolak,tersekat kat traffic jam,payah lak)
2. untuk laluan highway,kalau semua kereta guna touch n go,semua kereta pun kena jugak...hahhaa
(tak la option je...tapi untuk kesenangan)
3. co-driver men peranan tengok mana kereta member terutama kalau yg paling belakang..peranan co-driver sangat penting... seriously...
4. semua phone kena ada kredit,nak roger senang..
5. kalau yang lead,kena slow...bg yang belakang dapat catch-up..kesian depa..
6. mesti salah satu kereta ada yang okay bab-bab tunjuk jalan..nak mengharapkan awek yang dok nyebut 'recalculating' tu..haii..alamatnya asyik recalculating aje la jawapannya..

ada lg tak tips-tips best untuk berkonvoi??
boleh la kongsi kat sini..terima kasih semua.. (^_^)

sumber dari google image

Post a Comment

Kompilasi testimoni MYFA Serum

Hi semua. Hari ni ambil kesempatan untuk buat kompilasi testimoni MYFA Serum. Nisa pun pakai dan yes jual sekali. Nisa sudah rasa hasilnya ...