Wednesday, May 30, 2012

5 alasan bila dapat result tak berapa memuaskan


Assalamualaikum dan hye semua... kali ni nak bagi 5 alasan yang boleh digunakan kalau result tak berapa memuaskan.. alasan mengikut ranking..ranking ni berdasarkan pendapat sendiri, tiada sumber-sumber lain..

no 5   "apa guna dapat result ok, tapi tak boleh aplikasikan apa yang belajar tu"

no 4    "biasa la hero kalah dulu"
           yang ni saya sendiri pernah guna, bila cikgu math tanya nape result saya tak capai standard

no 3    "tah la kenapa dapat markah macam tu, tak paham...tahu-tahu dapat je markah tu"
           adik saya yang umur 5 tahun pun tahu guna ayat ni..

no 2    "ni semua duniawi je"
alasan ni digunakan untuk menyatakan exam, ujian dan seangkatan dengan nya semua nya dunia semata-mata..

dan akhir sekali alasan pilihan saya...

no 1     "it's just a number" (dengan nada berlagak)
yang ni...bila melibatkan pointer atau perbandingan markah yang perbezaan yang sikit (bandingkan dengan orang lain)

anda boleh gunakan mana-mana alasan diatas untuk tujuan menyedapkan hati, atau apa-apa saje (yang berkaitan dengan result). sebarang bantahan, penambah baikan, komen untuk list diatas, boleh terus ajukan pada saya.. entry ni berbentuk bacaan ringan..

Sunday, May 27, 2012

ALONG dah kahwin!!


Assalamualaikum kepada semua.. baru balik dari majlis kahwin abang sedara saya.. Alhamdulillah dengan sekali lafaz, dia sudah pun bergelar suami.. 
owh, mungkin ada pernah terbaca pasal ni ----> is it my engagement? 
ber'konvoi' beramai-ramai ke rumah pengantin perempuan.. terus buat family gathering.. seronok2!! dan...penat...hahha...senang citer seronok+penat..

lepas ni kenduri sebelah lelaki pulak.. hehehe... nasib baik la dapat cuti seminggu ni untuk kenduri Along.. harapnya dengan kesibukkan ni, sempat jugak la saya study..al-maklum la exam pun dah nak dekat.. insya-Allah...

p/s: just simple update after a long day from the wedding..
mood: happy for along, that's for sure..

 



Tuesday, May 22, 2012

tinggal berapa minggu je lagi...


         As-salam dan hye2!! tinggal bebrapa minggu je lagi ni bukan la countdown nak cuti atau tarikh nak kahwin atau apa-apa yang menarik...TAPI..tinggal beberapa minggu je lagi dah nak FINAL EXAM..
dan merupakan semester yang terakhir untuk saya mantapkan pointer saya..

        tolak cuti seminggu yang bakal datang ni, tolak study week yang 4 hari tu.. tolak waktu tidur yang melampau.. aduii... memang time management guwa terjejas.. owh dan tidak la akan ku salah kan ber-blogging.. hal ini kerana saya tak banyak update entry sangat pun..

        jadi kepada yang senasib dengan saya...sama-sama la kita berusaha..menaikkan pointer..walaupun ada yang bunyi-bunyi malas+almost give up..sama-sama la motivate kan diri.. just hang in there..we almost done..
banyak-banyak buat latihan, jumpa lecturer, kalau nampak kawan yang dah down...ajak belajar sama.. rajin pergi library.. <in progress semua ni>

Monday, May 21, 2012

siapa cakap basketball tu permainan orang-orang tinggi je??


as-salam kepada semua.. 
semalam (ahad) saya tengok game basketball untuk SUKOL'12 (Sukan Antara Kolej -UiTM)

antara player yang main mostly kecik-kecik je.. (ayat kasi sedap sikit)
tapi lincah diaorang sangat mengkagumkan...bila dapat bola tu,shot tu seriously the best.. susah nak describe dengan kata-kata...stamina diaorang...sangat-sangat kuat...maintain sepanjang game dan owh yea...mereka sesuai di-posisi point guard. .kesimpulannya dari game tu, basketball tu bukan la permainan hanya orang tinggi....

maaf la..saya kalau tengok game basketball, macam budak-budak laki tengok game bola sepak..
menjerit kat court..."tidakkkk...shot...shot!!" 
berbaloi jugak weekend ku kali ni, walaupun dari pagi sampai ke malam layan game basketball...sempat jugak lepas kan rindu dengan main basketball...woott~~

selalu berpegang pada ayat ni kalau main game, apa jenis game pun "don't hate the game, hate the player!!" hehehe tu saje dari saya..


Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post