Friday, July 31, 2015

Boss ku orang jepun

Hi semua.. Ni ambil kesempatan masa lapang nak update blog. Nak citer apa? Pasal boss saya. First impression bila cakap kerja dengan orang Jepun, tak pikir apa sangat. Just nervous and excited.

Bekerjasama dengan dia betul-betul masa habis cuti kawen seminggu. Dalam masa yang singkat ni, banyak benda belajar daripada dia.

1. Enjoy your work

2. Jangan susahkan kerja orang lain, kalau tak nak diri sendiri susah

3. Kesopanan. Dlm phone, walaupun orang tu tak nampak, tunduk jugak taw.

4. Discussion. Ada je isu, mesti bincang.

5. Bagi ruang saya grow.

Dan banyak lagi.. Bila saya cuti, memang tak kacau pun tanya pasal kerja.

Paling yang buat saya geli hati sebenarnya, orang sekeliling saya. Sebab saya je yang direct boss yang orang Jepun.

Soalan yang macam ni keluar,

"Best tak kerja dengan boss hensem? "

" dia cakap Jepun ke dengan nisa..?? "

Ada jugak yang cakap," untung la dapat boss yang good looking.. "

Kelakar la korang ni. Biasa la kan, muka Jepun kan macam yang dalam lukisan anime tu.

Dulu masa kat uitm Shah Alam amik 3rd language, bahasa Jepun... So, ada yang boleh tangkap dia cakap... Tapi once, dia cakap laju macam machine gun... Nganga jugak nak faham.

P/s : tak nak share gambar boss, nanti semua mintak saya jadi match maker.

Thursday, July 30, 2015

Siapa Follower yang ke #660


Bila tengok je follower ada 659 ni, rasa tak sangka sangat..
Boleh tahan ramai la jugak kan..


So,siapa yang misteri follower yang ke 660 ni..
Awak kat mana tu, tak nak muncul lagi ke..

Nak beri penghargaan kepada semua follower yang baca blog saya ni
lepas ni, saya akan lebih berusaha untuk ting tong aje dalam blog ni.
Jangan risau blog saya ni,takde unsur umpatan dan negatif..
That is just not me..Kalau ada, blog saya dah kena hijacked la tu..

Kalau boleh nak kenal kesemua yang follow blog ni.
Nak tahu macam-macam, haa dah macam artis pulak..

Nak tulis lagi ni, korang larat lagi ke nak baca..
hahaha melayan aje la kerja korang ni..

Post bergambar : Syawal 2015

Hi semua.. Still mood raya kan.. Tahun ni raya sangat berbeza. Raya berdua, keluarga kedua dan kereta raya. Memang tak akan lupakan jadi saya nak letakkan kenangan saya di sini. Terima kasih kepada semua yang bersama dengan saya di hari raya yang mulia ini. Bersyukur teramat sangat kerana masih berkesempatan untuk menyambut nya.

Friday, July 17, 2015

Kisah Malam Raya, Tahun Ini Raya Berdua


Hai semua... Selamat hari raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin ea.. Ucapan ringkas tapi padat bagi saya.

Jadi tahun ni bermula raya berdua dengan encik suami. Raya rumah dia tahun ni. Ada yang cakap "Baiknya beraya rumah suami... Selalunya raya yang pertama balik rumah isteri"

Bagi saya mana-mana pun sama. Teringin jugak beraya jauh, orang kata beraya di Kelantan meriah. Nak rasa sendiri sebagai seorang isteri.

Apa buat malam raya.. Mak aihhh tak menang tangan. Macam-macam buat. Kek coklat, cookies, satay, kuah spaghetti, cheesekut... Nak main bunga api tapi hujan pulak malam tadi..

Tunggu cerita lagi ea..

Sunday, July 12, 2015

Temankan encik suami main futsal


Amboi dah kahwin ni, update pasal encik suami je.. Yela time jadi title tunang, tak ada la citer banyak..
Tajuk entri tu memang betul, setiap Jumaat kami akan ke Ferro Futsal, Subang Jaya. Antara aktiviti bujang dia yang lepas go-through dan berbincang... Saya Okay untuk temankan dia pergi hangout dengan kawan main futsal.
Just the thing is... I am the only lady at the court. Sampai cakap kat one of the guys,
"Nanti kalau ada nak kawen, bawak isteri jugak please... Tak ada geng nak borak.. Semua sibuk main.. "
Geli hati je diaorang.. Tapi saya serius ni.. Hehehe.. Macam ala-ala footballer wife club gittew..
Apa je saya buat? Jadi time keeper separuh masa.. Pun boleh la, janji ada benda buat.
Kalau korang ada suami ada minat futsal, bagi tak diaorang main? And.... Temankan tak?

Saturday, July 11, 2015

Berbuka Puasa @ Bora Ombak, Ampang


Hi semua.. Review makanan buffet datang lagi.. Lately dapat banyak jemputan kawan-kawan berbuka puasa sama. Agaknya ini dinamakan rezeki pengantin. Jadi kali ni berbuka puasa di Bora Ombak, Ampang. Kawan suami yang ajak.. Yg automatik jadi kawan saya jugak.

Untuk ke tempat ni, senang pakai waze. Yang pasti sebelahnya ada tempat indoor futsal. Makan sampai lebam dan tak ingat dah round yang ke berapa....

Harga individu puasa sempena promosi raya ialah rm45 tapi jika datang lebih 10 orang dewasa dapat free seorang. Untuk kanak- kanak price promosi rm30. Kapasiti yang boleh muat dengan hampir 500 orang.

Tempat ini sesuai untuk majlis besar dan juga perkahwinan. Kawasan yang membuat kita lupa akan hidupan di bandar.

Selagi tak menang tangan nak ambil semua makanan. Itu pun encik suami tak percaya saya boleh makan banyak tu (nanti tengok gambar makanan kat bawah).. Kata buffet, makan kena kasi dasyat..

Nah tengok sendiri, ada dapat snap gambar sebelum masa berbuka.. Multitasking la katakan..

Thursday, July 09, 2015

Berbuka Puasa @ The Gravy Factory, NU Sentral


Aisehh mannn... Lambat sehari nak citer ni, baik tulis sebelum basi citer ni.  First sebelum nak further citer, nak ucapkan terima kasih kepada Syatirah sebab recommend tempat yang best. Katanya taw pun sebab blog review. Sape kata tak membantu review tempat dan share kat blog.
Details berbuka puasa @ The Gravy Factory, NU Sentral
Package berbuka puasa.
RM 45 per person (Buffet style)
Tingkat 5, NU Sentral
Highly recommended kepada sesiapa tak pergi lagi. Sangat berbaloi dari segi harga dan menu. And yes kitaorang makan sampai lebam.. When I say lebam, I do mean it hehehe..
Selalunya saya agak memilih makanan terutamanya kambing sebab tak semua tempat pandai dengan masakan kambing. Ternyata tanggapan meleset memang rasa just nice. Ada grilled lamb, kambing masak kicap.. Okay nak senaraikan menu memang banyak.. Dan paling best, mereka sentiasa refill buffet which is tak banyak tempat sangat menjaga quota makanan.
Kami paling awal sampai kat tempat tu dan keluar paling last.. Kan cakap tadi makan sampai lebam.. Nak tambah lagi satu, pelayan diaorang sangat friendly.. Tip top dalam buat kerja. Bagi 4 bintang untuk servis.
Meh saya hidangkan sikit gambar makanan.. Ohh ada sikit selitkan selfie kitaorang eh.. So, apa lagi siapa yang dah dekat tu, pergi serbu ea...

Monday, July 06, 2015

Instagram : Banyak request follower


Hi korang.. Apa citer kali ni, nothing much sebenarnya tapi dah lama tak settle kan lagi..
Long story short, ramai sangat nak kena approve follower request. Kebanyakan mereka online shopping.. Goshhh tp many to handle. Lagi mengundang nak shopping taw..
So macam mana.. Yupppp saya memang memilih sape yang boleh view Instagram.. Selalunya akan buat tak taw je.. Tapi nombor tu makin menaik tiap hari..

Tak tunjuk famous, sebab tak famous mana pun.. Cuma dalam sehari je dalam 10 follower.. 10 follower kali 30 hari, mau tak 300 nak kena accept.. Hehee..

Sorry yang mungkin terlepas pandang nak accept.. Nanti PM je untuk direct accept.. Sekarang kena jaga account sosial media ni.. Bukan sebarang orang boleh tengok profil.

Sunday, July 05, 2015

Cerita semalam : Berbuka Nasi Kerabu

Hai korang.. Cerita Semalam hari ni nak Update... Better late than never Kan.. Nak citer ni, semalam berbuka dengan nasi kerabu.. (hek elehhh makan tu pun nak Update)

Tak apa yang tak nak proceed taw, boleh terus pangkah kat atas tu untuk close. Terima kasih kepada yang buat kan.. Nanti kena belajar buat nasi kerabu ni.. Dah kahwin dengan orang Kelantan tapi taw makan je, tak Best la kan..

Masak untuk portion yang ramai pastu bagi orang makan. Sesungguhnya orang yang sediakan makanan untuk orang berpuasa akan dapat pahala sama dengan orang berpuasa..

Rezeki kita harus dikongsi bersama. Sebab bila bila je rezeki kita ni Allah tarik, tanpa perlu short notice..

Wallahualam..

Saturday, July 04, 2015

Diari Ramadan, Cerita Semalam : Gather di Putrajaya

Seronok punya semalam, terus rasa nak Update.. Pada mulanya hanya plan dalam whatsapp seminggu yang lepas. Saya uruskan Update event je and technically menguruskan main hantam sajalah... Tangkap muat orang panggil tapi janji jalan..

Beli makanan berbuka puasa kat bazaar Putrajaya, Presint 2. Saya ni pulak jenis tak kisah makan apa dan makanan yang pertama yang berjaya menarik hati ni : Nasi Tomato. Encik suami kena pusing hampir satu bazaar nak cari apa dia nak..

For long story short, group terpecah dua : gather dalam masjid dan kat tasik. Selesai maghrib, kami semua jumpa kat dataran padang depan bangunan kehakiman. Berbuka puasa di sana, ada sesi open table sikit, event wajib : SELFIEEEE

Dalam post ni nak cakap terima kasih yang wish announcement satu Putrajaya boleh dengar "Untuk Anisa Nadhira Binti Anuar dan Zulfadli Hilmi, kami ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru....."

Sweet taw korang.. Ingatkan masa sebut nama tu, ada barang hilang.. Hahahaha.. Kan dah cakap, tak yah plan sangat... Hidup ni kena rempuh.. Dan sebenarnya lagi spontan hidup kita, lagi seronok taw... That's what my life is.... Spontaneous

Wednesday, July 01, 2015

Cukup ke dengan hanya menabung?


Hi semua. Hari ini post lebih nak bagi semua berfikir.. Tumpu kepada yang tahu duit dia ada sekarang sekadar cukup-cukup makan, orang yang inginkan sesuatu dalam hidup dia dan yang tersayang.

Persoalannya : 

"Cukup dengan menabung?"
"Berapa lama kena tunggu?" 

Jawapan saya (ini hanyalah sekadar pendapat)

Menabung ini kebiasaannya saya jadikan emergency fund yang tidak mengapa memakan masa berapa lama pun. Boleh juga jadi sub-segment untuk retirement plan. Korang dah mula plan kn ke? Kalau belum, saya nasihatkan mulakan sekarang. Biar lambat dari tak mulakan langsung. At least start from somewhere.

Kesedaran saya timbul sejak saya lihat tabiat arwah nenek saya yang suka menabung. Alhamdulillah tak ada pengalaman yang buat hidup dalam kesempitan duit. Uihhh mintak la dijauhkan. Sekarang sikit-sikit, saya belajar personal financial audit. Terus-terang saya cakap nak menabung memang kena bagi komitmen, berdisiplin (antara yang utama) dan rajin.

Contoh proven success dah ada. Jadikan mereka contoh untuk buat lebih baik. Belajar dari diaorang.  Galakkan untuk ada business sendiri, gunakan habis baik tenaga dan mencari peluang yang ada. Untuk berjaya,mana mungkin tak rasa susah dahulu kan...

Jadi, apa pendapat korang?

#58 WordlessWednesday



Hi semua.. Dah lama tak buat segmen Wordless Wednesday ni.
Biar gambar berbicara ea kawan-kawan


Klu untuk gambar ni : tempat berehat

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post