Assalamualaikum...dan hai semua.. Nak kongsi sesuatu dengan rakan-rakan blogger saya..
Terdapat 3 perkara Yang MESTI (dan harus) dihentikan dengan segera jika anda mahukan blog anda dipertonton dan dapat lebih ramai pengikut setia..
1. Berhenti dari menjadi (isi tempat kosong)
(isi tempat kosong) tu merujuk pada "professional" , "kesempurnaan" dan apa sahaja.. Apa yang penting adalah menjadi diri ANDA sendiri.. Itu permulaan idea untuk karya blog anda.. Jangan segan ekspresikan ketidak sempurnaan anda.. Ingat!! Tidak ada siapa yang sempurna.. Kongsi pengalaman dan cerita. Memang akan ada orang yang menilai tapi anda lebih kenal diri anda berbanding diluar sana..Betul kan??
2. Hentikan meng'spotlight' kan diri anda dan serlahkan potensi anda
alamak..meng'spotlight'kan tu bukan bahasa yang betul okay.. maksudnya blog bukan la sebabkan diri kita semata-mata tapi dalam sekaligus boleh memberi manfaat pada orang lain..itu sebaiknya.. Ubahkan cerita anda kepada kawan-kawan, blogger lain atau pengikut anda sebagai contohnya. Potensi pula lebih kepada bakat anda sama ada fotografi, doodle, editting dan apa sahaja.
3. Berhenti dari merisaukan "traffik" blog anda
Yea..ini memang betul.. Jangan risaukan stats dan jangan terlalu obses dengan nombor trafik. Memang betul kita akan lagi teruja bila ramai baca post kita tapi ingat pembaca kita bukan la nombor semata-mata. Pembaca kita tu la yang akan kita bantu dan boleh memberikan manfaat kepada mereka.
Selain ada ukur kejayaan anda dengan bilangan pembaca.. apa kata tukarkan arah kita kepada berapa ramai kenalan kita yang telah terjalin, ukhwah sesama kita dan saling bantu-membantu secara langsung atau pun tidak langsung. Saya percaya dengan memberi pengetahuan yang bermanfaat dan berguna pada orang lain secara konsistennya, pembaca setia anda akan makin bertambah.
Saya pernah berada dalam 3 perkara ini jugak.. Cukup perkongsiaan saya untuk 3 perkara dan mungkin ada diantara anda ingin menambahkannya. Jadi, mulakan semangat baru untuk hari yang akan datang.