27 Febuari pada lima tahun yang lalu


Assalamualaikum dan hai semua.. apa yang berlaku 
masa 27 Febuari pada lima tahun yang lalu? kalau ikut perkiraan la kan..
guna jari je nak kira..kalau takut konfius..

Let's the picture give you a clue..


masa tu tengah tunggu nak dapat result SPM.
Dengar je kat radio yang BSB nak datang Malaysia, terus suruh abang sedare belikan tiket..
tapi yang paling kelakar, dah beli tiket..baru terpikir saya nak pergi dengan siapa..
dan memang time tu tak pikir.. tahu nak pergi jumpa je..

Boleh dikatakan ni adalah first concert yang saya pergi..
dan...nak terima kasih kepada abang sedare ku..menjadi body guard la konon..
kesian selama setahun dia jadi bahan sebab muka rock tapi
pergi concert boy band.. hehe.. katanya, teringat lagu zaman sekolah
time ayat-ayat budak perempuan dulu..

memang sesak sangat hari tu.. sampai sekarang la ingat..
disebabkan free sitting kan..kat Sunway Lagoon Theme Park tu..
jadi kami decide untuk jauhkan diri dari speaker..bingit woo..
sepanjang concert memang nyanyi sama..bila BSB kat pentas
rasa macam...tak sangka dapat jumpa..minat diaorang ni sejak umur 5 tahun..
membesar dengan lagu BSB la katakan..

Tarikh dan hari yang sama.. 
Ada jugak niat dihati nak pergi je dapat kan tanda tangan 
buat kerja gila..pergi back stage..tapi masa tu kebudak-budakkan...
Mana tak nya..first album yang saya ada dari BSB la..
Boleh katakan semua lagu la hafal.. Fanatik? Boleh la..

*tiket ada lagi simpan dalam album BSB Unbreakable* 

ohh hey...sekarang pun minat lagi..walaupun mereka dah..hehehe tua sikit..



4 comments

Popular Posts