Beraya di Rumah MB Perak (Hari Raya Pertama)


Assalamualaikum kepada semua... entry kali ni nak cerita pengalaman beraya di rumah Menteri Besar Perak bersama sepupu saya, Alya dengan Sarah.. Cadangan datang dari Sarah..katanya tahun-tahun sebelum ni, MB Perak bagi duit raya sangat banyak.. jadi, dengan tak tahu apa akan terjadi terus buat keputusan untuk pergi Rumah Terbuka MB Perak.. katanya open house tu start pukul 2.30ptg jadi kami sampai sebelum 2.30...tu pun ramai orang..yang amat..nak masuk rumah MB tu pun...wooo ramai giler orang.. my uncle and aunty drop by kat tepi jalan...tu pun tak boleh lama..

ramai sangat-sangat... ingat nak terus serang dapatkan duit raya...tapi hold kejap dan terus cari makanan.. ada gerai lemang, cendol, ais-krim, nasi beriyani.. 
nak cari tempat untuk makan pun satu hal...sebab ada experience time raya terbuka di UiTM jadi saya bagi cadangan makan kat area depan bangunan terdekat..

dah selesai makan...tiba-tiba ada announcement, duit raya dah sedia untuk diberi kepada kanak-kanak yang hadir... dan kami tak tahu mana nak amik...dengan memberanikan diri Sarah pergi tanya kepada seorang amoi..tapi amoi tu macam tak paham...last-last ada pakcik perasan kitaorang pergi tanya orang...pak cik tu pun beritahu kat mana nak amik duit raya...dah sampai di tempat nak amik duit raya tu...woooooooo...ramainyaaaaaaaaaa orang...
picture credit to Alya and Sarah
tengok berpusu-pusu...kami datang lewat sikit,kalau tak...dah berpeluang dapat duit raya... start je kami menunggu tiba-tiba keluar pulak syarat nak dapat duit raya...semua ibubapa berusaha supaya anak-anak mereka dapat duit raya...

"kanak-kanak yang layak terima duit raya 12 tahun ke bawah dan warga OKU"

sah-sah la kami tak layak...banyak kali jugak kami bertekad nak amik...try nak mencelah-celah...last-last nak masuk pintu tu ada 'tapisan' jadi...
saya cakap "kita give-up je la k...bukan rezeki kita la"

muka kecewa tak dapat duit raya
hahaha...balik je dari rumah terbuka ni...habis semua satu rumah dah tahu... memang pengalaman yang best untuk hari raya pertama... terima kasih pada Alya dengan Sarah sebab ajak saya beraya kat rumah MB ni...tak boleh lupakan la...
1 comment

Popular Posts