Wednesday, November 21, 2012

Mina's Giveaway


Assalamualaikum semua... nak join Mina's giveaway



cik Mina, saya follower #501 awak..caya lahhh...

sponsor untuk giveaway ni pun banyak la...terbaik la awak Mina..
nanti ajar la saya dapat sponsor banyak gini

saya dah selesai follow blog yang sponsor-sponsor tu..
facebook...ehehe...macam tak boleh nak like..
sebab kat office ni...ehh jangan risau saya tak curi tulang pun...
kerja semua dah settle baik punya...tu yang join nieh..

apa lagi korang...sementara sempat ni join la..
hadiah semua memang best-best la..
saya ni...kalau ada rezeki, ada la..sekadar nak support giveaway yg giler cool ni..

tamat giveaway ni 22/12/12 waktu tempatan 0000
cepat korang....mana tahu rezeki korang dapat hadiah-hadiah ni..

Malaysia lawan Bangladesh


Siapa tengok game ni semalam?? SAYA!!! *angkat tangan*
tengok kat ASTRO 


Keputusan : Malaysia 1 Bangladesh 1

bagi saya perlawanan masa first half tu okay la bila Khairil (jersi no 14)
menjaringkan gol masa minit ke 23..
semalam ramai pemain dapat kad kuning tak kira la Malaysia atau Bangladesh.

masa second half, Zaquan injured..tak sampai 10 minit pun dia kat padang.
Hope tak teruk la nanti ada game penting tak main pulak..

Masa Bangladesh dapat gol 1 sebab free kick, 
penyokong Bangladesh time tu sorak keriangan..
geli hati pulak bila kawan update twitter 

"diharap kedai mamak tak tutup la...susah nanti aku nak breakfast..."

boleh dikatakan pemain Malaysia hanya main bahagian bawah je..
tak berani nak menyerang....hope diaorg lepas ni tak gentar untuk menyerang..

kawan yang sama update twitter lagi dengan menyatakan 
Team Bangladesh macam team Supa Strikas..saya agak menyokong disitu hehehehe..


ada rupa tak macam team Bangladesh semalam?

diharapkan team Malaysia terus mara dan peroleh kemenangan dalam perlawanan seterusnya..
p/s: dalam keadaan kepenatan saya ingatkan tak larat nak layan bola..tapi gagahkan diri nak tengok jugak..


Tuesday, November 20, 2012

Segmen : Jom Godek-godek Followers


Assalamualaikum semua.. saya ni aduhh tah la tak tahu nak update apa..
kalau sape yang baca post saya yang sebelum ni tahu la SINI

alang-alang tengah BW nampak la segmen yang ditag oleh Encik E'raz


follower yang sekarang ni...


nak tag semua wahahhaha *evil laugh* ohh opss
sebab tak tahu blogger mana yang free kan..

Jumlah follower inginkan??
tak ada pulak terpikirnya..kalau ada syukur..datang la jenguk blog ni..
jangan takut..blog ni bersih..kebudak-budakan je banyak.

kepada yana..tu ea nama awak..salam perkenalan dari saya
nanti kita saling kunjung-mengunjungi la ek..
dah macam nak ajak ke rumah pulak..tapi..apa salahnya..jom2

Entry pantas


Assalamualaikum kepada semua... sambil-sambil buat report FYP di tempat praktikal, 
cuba la cari kerja di jobstreet. Sementara sebulan untuk presentation depan lecturer kan... 


ada rezeki, ada la...kalau tak dapat tak apa de..
rezeki masing-masing tak ada sape boleh duga kan..
tu aje la.. err nampak sangat ke macam tak tahu nak tulis apa?

pelik sangat ke tajuk tu? 
tak tahu nak bagi tajuk apa..

Monday, November 19, 2012

Kisah Tandatangan ku


Assalamualaikum semua...hye jugak...
ada apa dengan tanda tangan saya..
nak tunjuk meh..


tiap kali beli buku...ni la saya akan letak..
macam autograf gitu..selalu aje bila pergi sign untuk berkenaan bank,
"uihhh sign dia macam artis pulak"

NADHIRA..nape letak sign macam ni?
sebab sign nama Nadhira..orang lebih mengenali nama saya dengan ANISA.
tak nak terkubur nama Nadhira,tu yang saya jadikan sign saya..

sejak darjah 6 lagi saya guna...tak pernah tukar..
korang macam mana pulak?

Pengalaman driving yang mendebarkan


Assalamualaikum kepada semua.. Pernah mengalaminya? 
Time tu waktu hujan sangat lebat..nak dijadikan dramatik, time tu tak boleh guna wiper...
apa lagi nak menangis time tu...hujan lebat yang amat...lalu highway pulak.. 
satu je harapan saya waktu tu bawak di lane paling kiri dan...
hanya bergantung pada line putih di tepi jalan...masa tu hanya tuhan saje yang tahu..

gagahkan diri drive jugak...kerana takut pulang agak lewat masa tu..
kereta, lori...time tu...sampai sekarang rasa debarannya..

masa tu saya rasa baru tahu line putih tu ada gunanya..
banyak membantu saya redah sepanjang perjalanan..
diharapkan tak lagi merasa perkara yang sama..

pinjam dari google image 

"kau blogger??"



Assalamualaikum semua..harap semuanya sihat belaka. Pernah ditanya soalan ni, "kau blogger ke?"
Saya pernah malah baru-baru jugak, bila cousin tanya. Dulu di fakulti ditanya oleh rakan-rakan. Alamak...diorang baca ke? Saya dah mindset awal-awal lagi sejak parents saya baca blog ni..bagi direct komen lagi.."your grammatical error just too...*out-of-words*"

Saya ni tak tahu boleh ke digelar blogger..Walaupun dah lama menapak kat sini tapi macam baru sangat merangkak..Yang penting saya belajar banyak benda dengan blog..
Nak memberi inspirasi pada orang lain, other people expectation tu selalu nya tinggi dengan hoping bila drop komen "please do follow me.." , blog ni mencerminkan diri kita siapa (saya yang minat kuning pun orang dah tahu just baca blog ni), bila ada blogger down sama-sama bagi positive words..saling mengenali blogger lain melalui segmen atau give away.

Saya ni berblog hanya sebab saya suka menulis+bercerita. Dari kecik hanya bercakap dengan teddy bear, dinding...dari luah kat benda2 tu yang memang nak tunggu respond memang mustahil..owh yea, kalau something personal saya luah tempat lain bukan di blog.. My own diary..

Thanks for read this. p/s: tinggal 2 minggu nak internship ni..tengah siapkan report dan bakal present kat depan bos minggu ni lagi. Wish me luck. Kalau sempat saya BW blog korang okay??

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post