Sunday, August 06, 2017

Parent tip : Puji anak kita, setiap kebaikan yang mereka lakukan


Hi semua.. Kali ni tergerak mahu menulis, perkara yang buat saya sendiri rasa beri impak positif dan tak salah rasanya untuk berkongsi di sini. Kisahnya bermula kelas pertama saya dengan Nisa' (kebetulan sangat nama sama). Nisa' seorang pemalu pada first impression saya, tidak mengapa kata ku dalam hati. Ini tugas seorang tutor untuk engage kan perbualan dan bagi dia belajar tu bukan lah sesuatu yang membosankan.

Alhamdulillah dalam masa sejam kelas kami, dapat saya faham rentaknya. Tahap dia saya uji ikut dari basic dan insyaAllah akan di-upgrade. Dalam saya mengajar dia, saya memang akan cakap, "Good, macam tu la..". Siap kat bawah lepas tanda, mesti komen sikit -

 "It's okay ada salah sikit. Jom dapat full mark lagi.."

Lepas banyak kali saya uji vocabulary & spelling, dia lagi bersemangat mahu lagi dan lagi. Nisa' yang pemalu tadi tu sudah berseri-seri bila belajar. Alhamdulillah..

Ibu dan ayah sekalian, kalau anak kita buat benda yang baik walaupun hanya tolong buang sampah ke dalam tong sampah sekali pun sama-sama kita puji mereka. Puji dengan tindakan mereka yang baik. Bila mereka buat silap, tegur mereka dengan berhemah. Kata pada mereka,

"Tidak apa buat silap. Belajar dari silap tu. There's no silly mistake unless you know it is mistake and you do it again (dengan sengaja)."
Bagi mereka ruang untuk buat silap. Ajar mereka dari kesilapan itu. Kesilapan itu adalah guru terbaik buat mereka...dan untuk kita juga. Jangan berhenti untuk belajar dan jadi orang yang berguna.


Hasil nukilan,
ANISA NADHIRA ANUAR

No comments:

Post a Comment

thanks for the comment(s) and enjoy to read more

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post