Friday, May 30, 2014

Lamanya tak berblog

Wahhhh dah lama tak tulis blog ni..bersawang sudah *sapu blog dengan gigihnya*

Apa cerita minggu ni? Tak ada apa sangat. Masih proses pembelajaran tentang hidup ni. Banyak lagi nak kena buat. Biasa la tu kn.. Lumrah kehidupan. Tempuh dengan sebaik mungkin dan jangan mengaku kalah. Perasaan down? Memang akan ada bila hari tak berapa baik..

Dah jauh nyimpang ni. Nanti nisa tulis banyak-banyak dalam blog sampai korang semua tak larat nak baca...hahaha..
Ugutan ke tu..tak ada apa la ni. Blog ni tulis semua pendek aje~~

Cakar-mencakar di blog,
Anisa Anuar

Saturday, May 24, 2014

Post Bergambar di Laman Seni, Seksyen 2 Shah Alam


Akhirnya impian tercapai untuk bergambar kat Laman Seni, Seksyen 2, Shah Alam. Mulanya hanya mampu tengok kawan-kawan post gambar lukisan-lukisan dinding tu. Terus menjadikan tempat ini sebagai senarai pendek untuk dilawati.

Walaupun panas terik namun tu tak mematahkan semangat untuk bergambar pada hari itu. Mungkin ada kata tak siuman tengah hari dan panas terik mahu bergambar tapi tak dihiraukan semua tu.

Lukisan yang berbentuk abstrak dan mural ini ala-ala lukisan yan terkenal di penang dan sebenarnya ini adalah hasil pelajar UiTM Shah Alam jurusan Art & Design.

Harap tempat ni akan terjaga dan mungkin lagi banyak lukisan seperti ini??
Kepada yang belum pergi, apa lagi pergi sana kat Seksyen 2, Shah Alam, area KFC dan Medan selera Seksyen 2.

Ohhh lagi satu, jangan segan bergambar nanti sendiri yang rugi...dan jangan over sangat sebab mungkin ada perhati.

Ikhlas dari empunye blog, Anisa Anuar.


kerusi dan meja sekolan dalam bentuk 3D
lukisan mural yang ada 'deep' message yang tersendiri
sebenarnya masih ada lagi...tapi cukup yang ini sahaja yea..

Sampai ke sudah tak baca


Apa yang saya nak baca? Tiap-tiap pagi sebelum mulakan kerja, saya selalu luangkan masa untuk baca surat khabar. Walaupun sekarang sudah boleh baca online tapi saya suka old skool.

Nape tak baca? Kebetulan di lobi tak ada surat khabar dan saya ambilnya dalam perjalanan dari monorail Dang Wangi. 

Jadinya, surat khabar saya tu boss pinjam nak baca..niat nak baca masa tengahhari pun tak kesampaian sebab seronok main programming. Syok sangat la kot..hehehe~~

Bawak balik pun ingat nak baca tapi daaaa tak baca pun. Apa nak buat kan...


Dilemma surat khabar,
Anisa Anuar


Thursday, May 22, 2014

"Pakai selipar je??"


Hye semua. Tengok tajuk je apa yang dalam fikiran korang?
Soalan ni diajukan oleh kawan bila nampak saya baru balik kerja, "pakai selipar je ke nisa?"

Geli hati saya dibuatnya. Harus lah dah fikirkan jawapannya. "Kasut yang proper tinggal kat office, high heels pulak kan...jauh nak jalan balik rumah...susah jugak nak jalan laju kalau pakai heels ni..."

Jangan pelik bila jumpa nanti, baju dah cantik tapi pakai selipar je..

Penulis yang tak heran kalau ada yang memandang,

Anisa Anuar

Korang ada yang ditanya soalan macam ni ke...

Wednesday, May 21, 2014

Next Target to Unlocked : New Bookstore


Hey guys...yeahh I'm a book lover and can be consider as collector.
Every month usually I will buy 2 or 3 books.
Trust me, I do buy those and end up I'm struggling in finish it.

I found out there's a new bookstore in town 
at the Fahrenheit 88, just near to my office..
Instead of Kinokuniya, this will be the place I might spend time more or less 2 hours.
Insane right *laughing* tell me about it..

picture from BookXcess page
   

You can also visit this Facebook page to know more 
about books and promotions BookXcess

My other recommandation Facebook page

Sunday, May 18, 2014

Arsenal menang FA Cup 2014


Pagi-pagi bangun scroll twitter tengok Arsenal menang, terus senyuman terukir dibibir. Saya tak tengok perlawanan tu sebab tak ada channel bola...dan dah mengantok yang amat.. Bila game mula, tengok kena hentam 2 - 0 dalam masa 8 minit je saya baca update 2,3 kali nak pastikan betul tengok tu.

Last yang saya ikut update masa dah 2 - 1. Bangun je dapat berita menang 3 -2 melonjak keriangan diri ni...

Congratulation for the great game. Sorry for unable to watch you guys play but my support always be with you guys since I am in love with Arsenal when I was 16 years old. Anyway, you guys deserve this win and cherish the moment.

Haaa...update pasal arsenal daaa kat blog..okay la nak gi bersiap-siap ni.

Peminat dalam diam Arsenal (yang dah tak berapa diam),

Anisa Anuar

Saturday, May 17, 2014

Post bergambar : Kenduri Azman & Aimi


Hai semua.. Hari ni pergi kenduri senior UiTM merangkap orang kampung. Hari ni jugak baru berkesempatan untuk ke rumah dia. Sampai je tak ada coverage phone, dalam hati "haaa...dia pernah cakap tak ada coverage..."

Selamat Pengantin Baru Man.. Thanks masa tolong aku time belajar dulu..selalu jadi doktor laptop aku. Ajak aku main basketball wakil fakulti untuk 3 tahun. Sampai sape jadi kawan aku terus jadi kenalan kau. Jadi suami yang soleh, semoga bahagia sampai ke akhir hayat.

Tadi nak tangkap gambar dengan kau..tapi tak kesampaian..

Haha jangan nak terharu pulak aku buat post ni untuk kau yea Man.. Anggap je ni hadiah aku buat kau...


berarak masuk
bersanding

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post