Wednesday, August 07, 2013

'Dating' dengan One Direction


Setelah penat shopping di PKNS dan area Seksyen 7, Shah Alam kami bercadang untuk ke tempat lain untuk teruskan penggembaraan kami. Ohh, jangan risau saya pun tak nak cerita apa saya shopping..too many to tell..

sampai je Subang Parade dan hendak menuju ke wayang untuk membeli tiket cerita Despicable Me 2..tiba-tiba saya nampak mereka.. mereka berlima..hati tiba-tiba menjerit, muka merah yang amat...

"nak...nak diaorang...nak tangkap gambar dengan diaorang tu.." muka dengan tanpa segan silu terus ke arah mereka..

okay-okay mungkin saya lebihkan cerita...yang tangkap gambar tu betul, dating tu...berangan je lebih.. saya ni penyegan sikit nak tangkap gambar...entah kenapa hari tu,siap posing bagai...pedulikan orang lain.. ada gambar dengan Zaynn..tapi simpan je la hehe~~ kang ada yang jeles..

walaupun dapat tangkap gambar dengan patung je huhu tapi rasa macam jumpa betul-betul..dah macam orang tak betul pulak..


Sunday, August 04, 2013

My Personal Financial Audit

hey semua... rindu betul nak update blog. okay, nak citer pasal saya buat audit kewangan untuk diri sendiri. Dulu pernah buat tapi nak jadikan habit semula. ohh tak ada la susah mana nak buat pun. Saya cuma buat catatan segala pembelian saya. Cara ni dapat tengok saya banyak berbelanja dan pada masa yang sama saya dapat forecast kewangan saya..dalam buku tu turut saya selitkan resit-resit yang membuatkan shandbag penuh dengan sampah sebagai bukti pembelian.

mungkin nampak remeh..tapi saya cuba jadikan habit saya semula. ohh anda juga boleh buat..apa yang anda perlukan cuma jadikannya habit..boleh jadikan kita self-discipline anda aware dengan pembelian yang kita buat. tahu apa yang keperluan dan kehendak. selamat mencuba semua dalam menguruskan personal financial audit..


Saturday, July 27, 2013

When Dad give rules for dating


Every dad's in this world want the best for his daughter. So, they give simple rules and they "wearing" it..to keep remind of those guy who want his daughter.


When I said they "wearing" it...I do mean it guys. Tips for the guys out there...most of girls which including me...really want my future soul-mate like their own father. In what way? caring, protective something like that..if you know what I mean..

When dad's wear like this kind of clothes..don't say that they did not warn you..hey, you guys might do the same thing if you have daughter too, right? Date your lady like you want the best for daughter to have (someday)


 p/s : dad really what best for his daughter...that's for sure..

Blogging hanya hujung minggu


Hai semua.. Tajuk yang simple je. Cukup untuk post mengenai diri sendiri. Jadi hanya hujung minggu saje dapat blogging dan blog-walking sikit-sikit. Tu je kesempatan yang ada tapi memadai la dengan keadaan sekarang ni. Tipu la tak rindu nak blogging...tapi apa kan daya.. alahai bersyahdu pulak dalam post kali ni.

Saya nak ucapkan terima kasih yang teramat sangat kepada yang singgah ke blog saya ni.. Walaupun tidak apa yang begitu menarik tapi masih ada yang menyinggahnya. Kalau tak sebabkan kamu semua, tak hidup la blog ni..

Bagi la update sikit pasal yea... So far minggu kedua berkerja..okay la...tapi nak kena keep up dengan yang lain tu...nak nak bulan puasa ni...temptation nak tidur (alamak, kantoi asyik terlelap time kerja) tu memang la tinggi.. The whole department orang cina so, time mereka pergi lunch..saya teruskan kerja supaya boleh balik awal sikit. Stress kerja tu dah mula nak masuk gear 1... kerja sebagai apa? lebih kurang compute data pastu analysiskan data tu..so, memang apa yang belajar kat zaman universiti tu ada la membantu sikit. Aah kerja area insurans...tapi tak la involve sangat dengan jual insurans tu..

Tu je la...kalau ada kesempatan saya singgah la mana-mana blog yea.. nak aktif macam dulu..macam susah..kalau ada tag ke atau ajak join segmen tu..tu la hehehe tak boleh nak jangka sangat..


Sunday, July 21, 2013

Anisa's Corner Facebook Fan Page


hey semua.. kepada yang follow facebook fan page untuk blog ni tahu kewujudan page ni.
Tujuan lebih tertumpu kepada silent reader yang tiada blog dan lebih menjurus kepada rakan realiti saya.
Tengok follower pun,okay la..memang tak nak ramai-ramai pun. Bukan retis pun. Cerita pun pasal perkembangan diri+ post yang ting tong..

banyak share kan post blog ni kat facebook fan page ni.. ada yang nak like jugak? Boleh aje.. Anisa's Corner Facebook fanpage

kepada rakan blogger,nak ajak saya join segmen ke..GA ke..letak aje link kat facebook fanpage saya tu..insya-Allah ada kesempatan saya join aje..
kalau ada request nak saya promote business / fanpage / blog apa aje...boleh je request..berbesar hati nak jadi sebahagian promote pasal kawan-kawan semua...



Saturday, July 20, 2013

'Car Fresher' semula jadi | lawak


Post kali ni berunsur lawak yang tiada ada kena-mengena dengan siapa-siapa. Post yang lebih kepada berunsur santai sahaja.


Ini baru betul car fresher hehehe.. tak ada la bentuk macam pokok tu bak kata saya la tak ada ummphh baunya.. agak-agak ada ke nak naik kereta bau durian cengini.. alahai, baik makan aje kang dah busuk...mak aihhhh baunya..menusuk kalbu..

ohhh haa...cuba la bayangkan tengah bawak kereta jalan lak tak berapa elok...pastu terjatuh lak durian tu atas kita...bahaya dik oiii...durian tu..okay durian.. durian tu ibarat bom taw..


Kini sudah bekerja



Hey semua... Ingat tak hari tu ada citer pasal Interview ... syukur alhamdulillah, lepas je interview terus dipanggil untuk berkerja.. Mula berkerja minggu ni hari isnin yang lalu, 15 Julai 2013.
Kerja kat mana?? Company Tokio Marine. aah berkaitan insurans..maybe ada yang familiar..

Belum permanent lagi la.. ada percubaan dalam 6 bulan, baru la nanti tukar status permanent pulak..Boleh dikatakan kerja ni dapat memang berkaitan dengan course masa belajar kat UiTM dulu..

Sebelum kerja kat sini, sebulan saya kerja kat kedai topup area rumah je.. Best la kerja situ. Pada pandangan saya, tak kisah dari mana kita nak bermula tapi kita yang kena mula bertindak. Dah dapat peluang, jangan lepaskan..

Sebenarnya nak jugak share berita baik ni kat facebook. Tapi bagi mengelak ada yang beranggapan saya show-off dan memahami kawan-kawan yang belum ada rezeki dapat kerja, saya batalkan saja niat tu. Hanya kongsikan berita gembira kepada kawan yang rapat.

Saya dah berada peringkat seterusnya selepas digelar graduan UiTM. I need to catch up with the environment,yang saya pasti bukan perkara mudah dan banyak kena lalui..
Kepada yang masih mencari kerja atau baru je macam saya ni, saya belajar sesuatu...kita tak boleh nak memilih sangat nak berkerja. Saya berharap dapat menyumbang sesuatu walaupun tak pasti mampu menyumbang pada masyarat tapi cukup la dapat menyumbang pada diri sendiri dan keluarga.

p/s : kagum dengan orang-orang KL yang gagah menempuh trafik hari-hari...sungguh ni..

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post