Assalamualaikum semua...dan hye...semalam tengok
cerika cerita Neraka Abah kat TV9.. bagi saya, penceritaannya bagus..ada permulaan dan klimaks yang menyayat hati.. pelakon yang berlakon pun memang mantap, betul-betul menjiwai watak...
sinopsis
Drama Neraka Abah (Ayah) malam ini mengisahkan tentang Kimi, seorang
remaja yang terpaksa menanggung derita selepas kematian ibunya. Pak
Kamil seperti hilang akal dan terus menyalahkan Kimi di atas pemergian
isterinya yang tercinta. Sejak itu, Pak Kamil terus mengabaikan
tanggungjawabnya sebagai seorang bapa, menjadi seorang pemabuk dan kaki
judi sehingga menyebabkan Kimi terpaksa menguruskan hal adiknya, Acik
sendirian dan menempuh pelbagai kesukaran.
Lakonan Azhan Rani (Kamil), Syafie Naswip (Kimi), Rykarl Iskandar
(Acik), Zarina Zainoordin (Cikgu Saadah), Liza Abdullah (Esah), Amyza
Aznan (Nab).
Lagu latar, Anugerah Terindah - Aril AF
sumber
tambah dengan lagu Aril yang sayu bertambah nangis saya dibuatnya... part yang menyayat hati bagi saya ialah bila Kimi dan Acik kena tempuh hidupnya tapi pada masa yang sama masih ceria bersama.. Bila tengok Kimi yang merupakan anak sulung jadi saya memahami untuk jaga adik yang masih kecil..endingnya pun ada impak,pengajaran...
p/s : punya la tahan air mata...sebab bukan tengok sorang-sorang...