Monday, June 12, 2017

Nisatalk : Kenapa kita nak review?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya. Kalau perasan Nisa macam rajin pulak buat review lately kan? Tengah ada masa ni, boleh lagi ambil masa nak menaip. Jadi kenapa kita review sesuatu perkara contohnya yang ramai mostly blogger buat - review makanan, blog dan tak lupa juga produk. Macam Nisa personally apa-apa yang Nisa rasa best untuk dikongsikan, blog ni akan jadi Nisa menceritakannya.

Kenapa REVIEW?

Review ni sebenarnya membantu pada kawan-kawan kita yang lain apa dia rasa selepas buat sesuatu perkara. Ceritakan balik kepada ramai orang. Yang secara tak langsung, bantu 'promote' kan orang lain. Review juga lebih kepada feeling kita sebagai pengguna ataupun dipanggil testimoni. Biasakan dengan perkataan testimoni tu.

Bagus ke REVIEW ni?

Pada sesetengah orang amat membantu. Apa-apa pun review ini lebih kepada pendapat seseorang terhadap sesuatu perkara. Jika baik sesuatu benda itu, review nya jugak akan baik juga. One of technique, mouth-to-mouth but in terms of convert it into the blog.

Tips untuk REVIEW

Nak menulis review itu sememangnya mudah, hanya ikut apa kita rasa dan Nisa pun bukan lah yang pakar nak beri tips tapi boleh gunakan guideline ini jika bermanfaat.

  1. Betulkan niat sebenar untuk review. Hanya $$$$$ semata-mata, famous ataupun ingin membantu orang lain. Tidak perlu beritahu apa niat itu, biar itu jadi antara kita dengan Allah. Itu sebaiknya. InsyaAllah.
  2. Menggunakan perkataan yang positif sebaik-baiknya. Bukan hanyalah untuk 'memuji' semata-mata tapi percayalah penggunaan perkataan yang baik lagi membuat ianya akan lebih semangat untuk penambah baikan.
  3. Elakkan review yang berunsurkan bash. Ini tak best, itu tak best. Sebaiknya berkaitan complaint, boleh direct ke customer service mereka ataupun personal message memainkan peranan. Tak semua benda perfect, dan tak perlu semua perkara ditularkan.
Jadi semua orang layak mengeluarkan suara bila review ini. Kalau Nisa pulak, benda baik mesti dikongsikan dengan orang lain. Apa contribution Nisa dapat dari tu, tidak larat pulak nak fikir benda itu. Penulisan Nisa pun lebih kepada apa Nisa cakapkan, kalau ada yang faham penyampaian Nisa ni  pun sudah memadai bagi Nisa. 

Selamat ber-review semua. Semoga post ini beri manfaat kepada semua. InsyaAllah.


Tuan empunya blog,
Anisa Anuar

Sunday, June 11, 2017

Review buku : Your Daily Brain


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya. Mood review datang la guys, kasi chan la eh...tapi kali ni review buku yang Nisa belikan kat BigBadWolf. Ini antara buku yang Nisa tak fikir banyak, terus grab dan ready check out. Belum baca lagi, dah tak sabar nak baca. Tajuk dia yang Nisa suka.

Overall buku ni bagi simple explanation benda yang Nisa pernah fikir. Macam... pagi-pagi macam tak fikir apa pun tahu drive tup tup dah sampai. Bila sampai rasa macam...ehh sampai dah eh.. kiranya buku ni bagi explanation dari segi saintifik research - statistik (memang bidang Nisa pun) dengan bab-bab bahagian otak ada la kaitan hormone.. siap selitkan tips lagi contohnya nak bagi better multitasker..atau pun nak bagi hari tu produktif yang tiptop..


Jadi kalau ada yang nak cari idea buat thesis yang berkaitan daily life, Nisa suggest korang boleh start sini... Jadi nampak buku ni kat BigBadWolf, grab taw..tapi tak tahu la ada lagi tak..

Okay la..see you guys on my next review..

Blog Review - Nour Adieb, Blog Mayy Jie & coretan bulan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya.. Dah lama sebenarnya tak buat blog review, jadinya hari ni tergerak hati nak review 3 blog ini. Mereka adalah nourayuadieb , Mayy Jie dan coretan bulan .

Nisa boleh samakan mereka ni menulis blog ada berkaitan personal, blog dan
juga review. Suka ketiga-tiga blog ni, masing-masing design simple and yet nice to watch. Sempat blog-walking blog mereka dan tak sabar nak baca lagi. Walaupun ada komitmen masing-masing tapi tulis tu tetap ada. Pada korang yang tak baca lagi blog diaorang ni pergi la.. mana tahu yang tengah nak mencari ilham apa-apa, tiba-tiba pergi blog diaorang and jumpa apa korang nak (atau mungkin jodoh korang ke...ahahha overrr pulak.. tiba-tiba nak jadi match-maker)

Nah, Nisa tepek gambar header blog diaorang dan jangan lupa pergi terjah taw.. ehh jangan lupa follow diaorang jugak. Apa- apa yang menarik dari blog diaorang yang boleh korang terapkan, nanti kongsi dengan orang lain jugak okay? Tak susah pun nak buat..

Okay la Nisa nak blog-walking lagi ni. Blog mana pulak Nisa nak review ea..






Friday, June 09, 2017

Uda Murni Homestay, Kota Bharu

Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera. Post ini dikhaskan kepada mereka yang sedang mencari homestay di sekitar Kota Bharu. Homestay yang Nisa personally nak recommend kan udamurnihomestay terutama jika ke KB seramai 10 hingga 15 orang. Wooowww ramainya!! Haah serious la ni.. Homestay ini adalah rumah banglo 2 tingkat terdapat 4 bilik dan 3 bilik air. Okay sangat dah ni. Yang paling best ada aircond di bilik utama, peti ais dan dapur disediakan. Tak lupa jugak ada ruang parking. Kemudahan ini sangat diberi dalam tip top condition, itu semestinya. Baru cerita bab kondisi rumah, seterusnya kemudahan yang boleh kita dapat dengan pin point dari udamurnihomestay. 

kemudahan :
  •  5km dari airport dan UMK Kampus Kota Bharu
  •  5km dari pusat bandar
  •  10km pergi Pantai Cahaya Bulan
  • 11km pergi ke Wakaf Che Yeh
  •  200 meter dari masjid
  •  20 minit pergi ke KB Mall
  • 9 minit pergi ke Kopitiam Kita
  •  berdekatan dengan kedai 24 jam ( 7eleven ) dan restoran
  •  dobi layan diri 24 jam
Bagusnya..banyak kemudahan.. Nak cari makan sarapan, tengah hari semua senang. Seriously, Nisa kalau stay Kota Bharu ni bab makan memang 'heaven'. Antara benda yang paling Nisa excited tiap kali balik Kota Bharu ni. Tempat shopping pun ada yang murah-murah. Masjid dekat sangat dengan homestay ni, jalan kaki je - seberang jalan. Tahu korang excited kan.. 

Facility sudah. Kemudahan pun sudah. Apa lagi yang Nisa tinggal? 

Ohh yea.. mesti la korang nak tahu budget jugak kan. Harga untuk stay sehari RM250. Berbaloi kalau boleh muat seramai 10 orang plus facilities dengan kemudahan. 

Alamat udamurnihomestay : Lot 1099, Jalan Anggerik, Taman Uda Murni, Kota Bharu, Kelantan.

Meh Nisa bagitaw macam mana nak buat reservation. 
  1. Direct call. Boleh contact owner udamurnihomestay .  0183891099 ( zainudin ) atau 0183871099 ( rossmawati )
  2. Message FB page https://www.facebook.com/udamurnihomestay/
Nak cepat, direct call aje..whatsapp pun boleh.. Nisa cadangkan booking awal-awal taw. Selewat-lewatnya 2 minggu sebelum nak datang Kota Bharu. Takut time korang nak guna homestay tu, dah ada orang booked.

Lepas korang dah booked, ready to go to Kota Bharu deh.. Selamat Datang ke Kota Bharu, Nisa ucapkan. Have fun kat sana,okey?




Monday, June 05, 2017

Signal bukan beli berasingan, gunakan sebaiknya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Post kali ni more on luahan rasa as a driver. Straight to the point la ea, post ni nak beri teguran pada pemandu kat luar sana untuk JANGAN MALAS bagi signal bila nak tukar lane mahupun masuk simpang sebab SIGNAL bukan beli secara berasingan. Sian beli kereta mahal-mahal, end up tak pakai.

Baru je berlaku, ada this one lady...kereta cantik tapi sayang attitude memandu tarak cantik langsung. Dah bagi signal nak tukar lane, kita ni dah bagi la space untuk dia masuk..pastu teragak-agak and cancel tukar lane. Selang beberapa saat, dia pergi tukar lane WITHOUT SIGNAL ok..memang tak ada makna nak bagi la. My style : nak masuk lane depan kereta aku, please la bagi signal..kalau tak korang memang tak dapat masuk.  (melainkan mood baik gilaaaa) Dah la tak bagi SIGNAL lepas tu dia angkat tangan sebab tak puas hati.. I was like "What the....!!" Apa lagi aku siap bagi signal kiri kanan la nak AJAR hahaha yang ni emosi aku je lebih..kalau that lady terpelajar, maybe dia paham signal aku tu maksud apa..

So, please ea korang...tak susah pun nak bagi signal. Pada korang yang pernah lalu depan kereta aku, bagi SIGNAL terus tu jugak aku doakan Allah permudahkan urusan korang. Itu cara aku berterima kasih pada korang. Pada yang bagi SIGNAL, Angkat tangan tanda terima kasih plus senyum...itu extra and extra aku doakan. Apa aku doakan tak perlu tahu yang pasti aku doakan yang baik-baik je.

Jom jadi perihatin dengan lebih mengunakan signal dengan sebaiknya. Terima kasih u olls...


Sunday, June 04, 2017

Cerita blog

Sebabkan hari ni macam rajin sikit nak belek-belek blog, terlintas nak tengok blog mana masih lagi aktif. Iyelah nak kata baru, dah nak masuk 6 tahun jugak Nisa dengan blog ni..

Nisa sentiasa baca blog-blog yang sedia ada untuk beri inspirasi Nisa menulis. Seronok bila baca karya orang, terutama datang dari hati. Korang pun rasa yang sama kan..

banyak jugak kan...
Ehh ada yang Nisa tak follow lagi ke? Boleh je letakkan link ea. Tak ada spesifik syarat. Janji ada blog, itu je. Tengah nak check blog-blog yang tak ada, bagi laluan pada blog lain pulak.

Terima kasih. Salam Ramadhan semua.

Redha dengan barang yang hilang

Berlaku sendiri dalam hidup ku. Diduga bila barang yang amat berharga hilang. Perasaan untuk ada redha tidak mudah pada awalnya dan akhirnya ku pilih untuk berserah pada Allah.

Pada hari tu, saya dan sekeluarga hadirkan majlis akad nikah saudara sebelah suami. Terkenang bila kahwin 2 tahun yang lepas. Bila masanya pembatalan air sembahyang, bertambah terkenangkan lagi peristiwa semasa suami berikan gelang tangan emas. Waktu itulah, barang berharga ku itu sudah tiada di pergelangan tanganku. Risau? Semestinya. Tak duduk tenang senang cerita. Mula fikirkan bila kali terakhir perasan yang gelang sudah tiada. 

"Patut rasa macam kosong je tangan.."

Kali terakhir membukanya bila bersalin dan berpantang selepas bersalin. Suami waktu tu nampak macam hampa, sebab menghilangkan pemberiaan bermaknanya. Saya rasa seperti "tidak perlu berikan barang-barang seperti kerana kecuaianku."

Kembali ke rumah, ceritakan pada mummy dan bapak. Sama-sama ikhtiar mencari kawasan rumah, namun tidak jumpa. Bapak mula bersuara.

"Kalau ada rezeki kakak dengan gelang itu, adalah nanti jumpa. Redha dengan hilang tu." 

Ayat tu seolah-olah seperti menampar dimuka ku pelahan tapi tusukan terus dikalbu. 

"Hmmm..baik.."

Berat hati ini untuk menjawabnya. Sepanjang hari tiap kali solat, ku mohon pada Allah untuk kuatkan hati untuk redha dan berserah kepadaNya dengan barang berharga ini. Barang yang sesungguhnya memberi sentimen yang amat bernilai.

Selang beberapa hari kemudian,

Datang seorang perempuan hujung 20-an dan mungkin awal umur 30-an menghampiri ku di dalam surau. Dia berkata dengan lembut.

"Hmm..awak...nak tanya hari tu ada hilang apa-apa barang berharga tak?"

Tersentak diri ku bila ditanya seperti itu. 

"Ada. Hilang gelang emas."

Jawab ku dengan jujur walaupun rasa ragu-ragu dengan pertanyaanya.

"Kenapa ea.."

Tanya ku lagi. Perasaan ingin tahu dan pada masa yang sama berjaga-jaga dengan kata-kata ku.

"Ada gambar tak? Gambar gelang."

Bertambah tersentak ku dan hati ku berkata, "Kenapa tanya seperti ini?"

"Tak ada pulak gambarnya. Seingat saya ada kemek-kemek sikit beberapa bahagian gelang tu."


Perempuan itu mengeluarkan sesuatu dari begnya dan ada segumpal tisu berisi gelang tangan emas. Gelang emas ditunjukkan kepada ku dengan perlahan-lahan.

"Yang ini ke? Sebab ini pun ada kemek"

Gelang tangan itu ku ambil dari tangan perempuan itu. Mula membelek gelang tangan itu dengan mencari kemek seperti mana yang ada pada gelang tangan ku.

"Haah. Inilah gelang tangan saya."

Pada waktu itu, saya rasa bersyukur dan terharu gelang tangan ku itu kembali kepada ku. Perempuan yang menjumpai gelang tangan mula bercerita kepada ku.

"Saya jumpa gelang ni dalam surau hari Khamis yang lepas. Cari jugak awak tapi tak cam jadinya mana yang saya rasa muat tangan tuannya baru saya tanyakan macam mana saya tanya awak tadi. Tak berani pulak nak main tanya. Buatnya saya salah bagi pada orangnya, bersalah pulak saya. Tak ada cuba cari ke lepas hilang tu? Tunggu jugak ada orang 'up' kan notis gelang yang hilang."

Saya turut cerita dari pihak saya.

"Ohh bukan tak cari. Tapi saya tak tahu nak mulakan di mana. Saya redha dan tawakal apa yang berlaku dengan gelang emas saya ni. Terima kasih banyak-banyak ea..."

Semestinya peristiwa ini memberi ku satu impak yang besar. Berserah kepada Allah dengan rezeki yang ada. Barang yang kita ada, hanyalah 'pinjaman' semata-mata dan tidak ada yang kekal. Alhamdulillah bersyukur kepadaMu.

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post