Friday, November 13, 2020

Melly 'ME time' at Catzonia, Bangi

 


Hi semua. Hari ni nak cerita pengalaman hantar Melly ke Catzonia, Bangi. Pada asalnya, hantar Melly pergi sana untuk manja-manjakan dia. Trim dia sikit gitu. Bila makin fluffy, dia macam tak terjaga pulak.

Location Catzonia, Bangi terletak area Bangi Getaway. Waze je : Catzonia, Bangi.

Jangan jadi macam Nisa taw, confident je kat mana tu terus drive sekali salah tempat. Nasib baik la tempat yang salah tu tak jauh mana.

Sebabkan PKP ni, sebelum masuk kena buat appointment dulu taw. Inform kat diaorang nak buat apa. Sebab nanti senang, nanti datang bagi nama je lepas tu sign. Tinggalkan dalam dua jam macam tu untuk sesi manjakan diri.

Pergi situ selesa sangat, layanan dan service tip-top sangat. Nisa lambat dalam hampir sejam jugak lah dari timing appointment sebab stuck traffic jem (guna jalan dalam, tak boleh masuk highway). Macam biasa kena check-in MySejahtera, tu jangan lupa. Bukak kasut taw nak masuk tu. Masuk tu kita akan disambut kucing yang comel taw. Haihhh geram je tengok. Tengah nak register tu, ada seekor kucing duduk diam je kat kaunter. Haaaa comelnyaaaa. Alhamdulillah smooth je nak register semua.

Dari segi harga, untuk "me time"agak reasonable. Kalau dah biasa manjakan kucing boleh tahu harga tu reasonable ke tak. Masa diaorang nak trim Melly ada la tersalah potong sebab Melly tak duduk diam kan. Dapat mandikan budak ni pun dah kira kagum dah. Puas nak buat sendiri bila nak bersihkan dia ni.

Dalam kereta, sempat Melly tidur kejap haihhh panggil nama terus bangun. "Penat ke gi spa ni..."

Miawww aje la jawapannya hahahaha.. nasib comel taw, geram tengok.


Boleh tengok IG @catzonia.bangi taw boleh tengok gelegat comel kucing yang ada. Tak silap Catzonia ni banyak cawangan, so review yang Bangi punya je taw. 



 

 

Friday, October 30, 2020

Dilema tudung

 
Hi semua. Sejak kita tak boleh nak ke butik mahupun kedai untuk beli tudung dan sekarang hanya skrol instagram, kita boleh nampak saja tudung yang ada. Macam-macam warna, style, jenis kain tak lupa juga harga. Nisa tak nak cerita tudung mana yang best sebab lain orang lain citarasa dia.

Bila nak beli tudung baru tu kn...konon nak cuba warna yang bukan biasa untuk Nisa tapi end up akan cari jugak warna blue black. Suami pun akan cakap "warna ni bukan you dah ada ke..??"

"Alamak, perasan pulak dia ni..." bisik dalam hati. Yelah kita pun kena pandai cari jawapan..

 

 

Jadinyaaaa inilah jawapan Nisa dah standby kan...


Please bagitahu Nisa bukan Nisa je yang macam ni.. Bila ada geng ni, lega sikit hahaha..

"Bukan I je ada dilema ni taw..."

 

 

 


 

 

 

Sunday, October 25, 2020

Jalan-jalan Cari Makan @ Ayang Cafe, Kota Bharu

 

Hi semua. Post kali ni cerita jalan-jalan cari makan di Ayang Cafe, Kota Bharu. Walaupun sekarang dengan covid-19 ni, Alhamdulillah berpeluang jugak pergi. Ini pergi sebelum bermulanya wave yang ketiga ea (tanda-tanda kes naik bermula). 

Asalnya tak pasti nak makan mana. Kita mintak suggest dengan family in law, katanya jom try makan sini. Maklumlah tak familiar sangat Kota Bharu. Taw situ banyak makanan sedap. Kalau duduk KB ni mau naik badan citer dia. Jadi kita ke AYANG CAFE. Lebih senang, guna waze nak cari kedai ni. Jangan terlajak selekoh taw nak cari tu. Paling senang, kedai AYANG CAFE ni kaler PINK. Iye pink. Senang nak cari. 

Kami sampai pun dah pukul 9 lebih, mostly nasi berlauk dan nasi dagang dah habis. Sempat la grab satu untuk si anak dara sorang ni. Suka betul makan masakan Kelantan ni. Boleh tahan la ramai jugak tapi jangan risau SOP tetap jaga. Jarak meja tu ada. Kalau kedai makan best, customer tu silih berganti. Satu meja dah bangun, selang berapa minit dah ada orang yang duduk gitu.

Menu femus kat Ayang Cafe

Nisa pilih menu Roti Ayang (ala Roti titab tapi kaler pink). Rare kn kaler pink tu.Try la dulu baru taw sedap ke tak. Harga RM5 satu tu. Haaa... tak lupa, roti titab yang biasa pun Nisa makan taw. Yelah baru taw beza Roti Ayang dengan yang biasa. Dua-dua sedap dan kenyangggg... Lepas makan ni, cerita dia lunch lewat sikit sebab kenyang. Yang pasti berbaloi dan puas hati gituuu..

Korang pun ada JJCM jugak ke? Jom la share jugak. Boleh Nisa tengok jugak. Mana tahu lepas reda dah covid19 boleh pergi sana pulak. Apa-apa pun stay safe taw. Standby handsanitizer dengan korang, jangan lupa pelitup muka.





Saturday, October 17, 2020

Pengalaman Diving (Open Water)

Hi semua. Dah lama tak menulis dalam blog. Hari ni ambil kesempatan nak tulis pengalaman diving yang Nisa buat bulan September lepas. Lama kan peram ceritanya. To be honest masa nak pergi tu rasa macam nervous yang amat. Perasan yang normal kalau buat sesuatu yang out of our comfort zone kan.

Nisa pergi dengan husband ke Pulau Perhentian. Jadinya Nisa buat Open Water - basic untuk nak buat lesen diving dan husband pulak buat Advanced. Sebab husband dah buat Open Water tahun lepas. Kenapa tak buat sama-sama je?

Well, time tu husband pergi dengan kawan dia. Nisa pun macam "It's okay you go first. I jagakan Maira..." yes gunakan anak untuk escape gitu. Walaupun tak dijangka husband pulak ajak untuk buat tahun ni. Ikutkan juga patut bulan April 2020 haritu tapi yelah waktu tu tengah 'panas' kes covid19 ni. Sekali lagi rasa macam another escape lagi. Extend lagi. Iyelah penakut air kalau boleh taknak pergi. 

Dah sampai sana pada hari kejadian, well tak banyak cakap...risau ke lebihnya berfikir benda yang macam-macam. Haihh, itulah perempuan over-thinking kan. Dah masuk tu sebenarnya okay je. Seronok bila dapat buat. 

Ada je difficulty dia, lagi-lagi masuk dalam D'Lagoon. For first time in my life, dive under the water 12 meter. Seriously almost give-up, tapi dalam hati "Dah sampai in the middle of the sea, rugi tak masuk dalam tu tengok ikan dan creature under the sea... kena jugak masuk dalam tu.. no matter what.."

Lepas tu beritahu kat instructor, "Sorry tadi macam like tak ready. Now like this is real.. I am in the middle of the sea... Kita turun bawah.."

"Betul ni? Kalau taknak, kita naik boat dulu.."

"Takpe, ready kita turun.. Rugi dah jauh tapi tak turun.. tapi takpe kan ambil masa sendiri..."

"Mestilah.. Kita turun sama-sama..."

Mostly sebabkan equalizer. Nak seimbangkan tekanan dalam air kan. Dah masuk dan ambil masa untuk balance kan, akhirnya dapat menikmati permandangan dalam air. Tengok ikan nemo dan macam-macam lagi. 

Akhirnya settle open water dengan ada drama. Apa-apa pun Nisa belajar untuk kenal diri kita, berani cabarkan diri untuk keluar dari zon selesa. Selagi kita tak cuba, kita tak tahu keupayaan kita. Rugi kalau tak cuba langsung.

Sekian, nukilan dari penulis blog Anisa Anuar official blog.





Thursday, June 18, 2020

Masak - Masak PKP by Anisa


Hi semua. Hari ni Nisa nak share gambar yang Nisa masak waktu PKP ni. Boleh katakan mostly masak tapi ada jugak request nak tutup dapur sehari. Kita macam support lokal bisnes gitu. Soalan yang common bila kita dah masak ni

"Apa nak masak ea hari ni?"

Walaupun kadang-kadang terpaksa tanya anak nak masak apa, last sekali kita jugak la decide nak masak apa. Ingatkan menulis kat blog je ada "block" moment, memasak pun boleh jadi juga ea. Ada jugak try menu baru, maira pun "taknak makan tu ibu..."

"Try dulu.. Rugi tak try..."


Haaaa dah makan tu tak berhenti pulak dah. Menambah pulak tu. "Sedap kan? Kalau tak makan tadi, habis semua ibu dengan ayah makan..."

Nak share gambar lauk yang Nisa buat hari tu. Kebanyakkan menu Nisa banyak tengok YouTube CikNom. Cara dia explain dengan bahan-bahan semua jelas. Termasuk apa nak buat kalau jadi macam ni atau macam tu. Biasanya Nisa akan tengok video, faham kan persiapan dia dan cara nak masak. Setakat ni semua menjadi.

Ni lauk kangkung belacan

Ni Udang masak lemak. Menu dari ayah Nisa sendiri.

Bihun goreng
Perasaan bila tengok orang rumah makan dan menambah macam tak cukup tu memang satu perasaan yang sangat best. Bila kata "Nanti masak ni lagi boleh?" lagi la buat rasa for sure akan masak lagi. Banyak kali practice, lagi mahir dan lagi yakin lepas tu.

Tuesday, June 09, 2020

Blog Review : Blog Adianiez


Hi semua. Hari ni Nisa ambil masa untuk review blog Blog Adianiez sempena pemenang Birthday Giveaway Nisa bulan lepas.


Pada mulanya, Nisa susah nak baca post ni entah kenapa so lepas beberapa hari, blog-walk semula alhamdulillah boleh. Jadi Nisa syak internet dalam bilik ni tu yang buatkan Nisa tak boleh nak blog-walk haritu.

Follower pun ramai bangat dan Nisa pun baru follow, tapi tah macam mana tak ter-follow sebelum ni. Itulah kata bukan rezeki untuk follow waktu itu.
Dari segi susunan dalam blog ni, Nisa suka sangat - kemas dan senang nak cari button follower, Entri Popular dan Topik Pilihan. Baca post Tukar Pintu Tandas dah rasa macam nak tukar pintu toilet sekarang jugak, aci tak ada feeling macam ni? Susunan untuk current post pun cantik, nak jugak susunan macam tu.


Semoga kita dapat maintain ukhwah dalam dunia blog dan mana tahu sampai luar blog pun. Apa-apa pun tahniah untuk Birthday Giveaway haritu.

Sunday, May 31, 2020

Keputusan Birthday Giveaway Anisa Anuar official blog


Hi semua.. Alhamdulillah selesai sudah Birthday Giveaway yang Nisa buat baru-baru ni. Terima kasih kepada semua yang join simple Giveaway. Sebabkan itu kepada semua yang join Giveaway, Nisa akan letakkan permanent dalam bloglist Anisa Anuar official blog ni.

Sebelum umumkan pemenang Giveaway yang semua orang tunggu, Nisa ambil kesempatan ini menceritakan berkaitan produk NIQA. Kebiasaan Nisa akan perkenalkan NIQA ni, kami pakar penjagaan tudung secara menyeluruh. Ada 3 produk utama kami

  • NIQA Instant Stain Remover - menghilangkan kotoran dengan segera. Dengan mudah diceritakan senarionya, kita dah tak perlu pergi ke sinki untuk bersihkan kotoran sampai basah lenjun baju kita. Cuma gunakan NIQA Instant Stain Remover dan wet tissue (kain basah)
  • NIQA Hijab Wash - semudah rendam, bilas dan sidai. Kita digalakkan mencuci tudung kita dengan hand-wash untuk bagi tudung kita dalam keadaan yang baik untuk jangka masa yang lama. NIQA Hijab Wash juga mampu menghilangkan kesan peluh, kotoran foundation di keliling tudung.
  • NIQA Hijab Awning Starch - biasa Nisa akan cerita ni nak bagi tudung kita 'on-point' dan terletak cantik gitu. Kalau zaman dulu kita letak plastik keras kat tudung tu.
Kami pun ada buat trial pack ni buat mereka nak cuba buat kali pertama

Okay sudah explain pasal NIQA. Jadi Nisa mintak tolong Maira (puteri kesayangan Nisa) yang pilihkan siapa yang menang dalam Giveaway ini. Dengan menggunakan mainan cawan dia tu, kita kumpulkan semua yang join. Jangan risau muat semua dalam tu.

Nape rasa budak ni makin chubby
dan akhirnya dicabut siapa pemenangnya, dipersilakan

maafkan tulisan doktor ku ini..dulu teringin nak jadi doktor tapi takut darah, simpan je angan tu.

2 pemenang Produk NIQA - Instant Stain Remover plus with wet tissue NIQA

Adianiez AIDA

Umi Nazrah

3 pemenang wang tunai RM10 (duit raya alang-alang tu)

Aimi Syahirah

Ombak Bergigi

Silah Hassy


Alhamdulillah kita dah dapat pemenang. Nanti boleh email kepada Nisa (anisaanuar@gmail.com) untuk claim hadiah taw. Terima kasih kepada yang join Birthday Giveway dari Anisa Anuar official blog. InsyaAllah ada rezeki lagi, Nisa akan buat lagi. Mungkin hadiah yang lain pulak.

Lepas ni Nisa akan buat blog review pulak, doa-doa lah ada masa boleh buat tu nanti.

Terima kasih semua.




Wednesday, May 20, 2020

Update Birthday Giveaway Anisa Anuar Official Blog


Hi semua. Nisa nak bagi latest update tentang Giveaway yang masih lagi berlangsung. Jadi masih open ea buat semua. Boleh ke post ini taw Birthday Giveaway Anisa Anuar Official Blog kepada sesiapa nak join. Simple je Nisa buat sambil tu nak kenalkan produk yang Nisa jualkan. Alhamdulillah rezeki Ramadan dan boleh kata rezeki PKP, team Nisa makin berkembang dan sama-sama mengambil peluang yang ada untuk jana pendapatan.

Jadinya Nisa dah tengok mana post yang ada dan masih lagi ada tak baca lagi. Maafkan saya sebab ada kerja hakiki, bisnes, family lagi jadi nanti ada masa akan baca selebihnya. Last date untuk buat Giveaway ni 23 Mei 2020 (haah ini malam raya). Nak cukupkan sepuluh raya (hari la... apa raya pulak hahhaa) daripada 13 Mei 2020, gitulah kira-kiranya.

Nisa decide nak announce pemenang pada 29 Mei 2020 (kerja tak berapa banyak hari Jumaat kalau tak ada yang menghalang). Nisa perlukan 5 pemenang untuk Birthday Giveaway ni. Rezeki siapalah ea. Selamat mencuba semua. Penyertaan di kira dengan post dibuat.


Alang-alang Nisa nak share dalam masa Giveaway ni, Nisa dapat slot tempat dekat salah satu butik di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Semua berjalan dengan lancar untuk urusan di sana.




Wednesday, May 13, 2020

BIRTHDAY GIVEAWAY ANISA ANUAR OFFICIAL BLOG

 
Hi semua, Nisa nak launching Birthday Giveaway untuk blog Nisa ni.
Birthday Nisa sebenarnya 14 Mei (yeeeaaaaa)
 
Jadi Nisa rasa ini adalah sebab yang terbaik untuk buatkan Giveaway untuk blog Nisa.
 
Dengan bismillah, giveaway ini akan dimulakan
 
 

 
Syarat - syarat untuk join GIVEAWAY ini adalah
 
  1. Tulis posting dengan tajuk "BIRTHDAY GIVEAWAY ANISA ANUAR OFFICIAL BLOG"

  2. Letakkan banner Birthday Giveaway dan backlink ke post ini.

  3. Follow blog Anisa Anuar official blog dan instagram shop Nisa NIQANYSA (kalau takde instagram, tidak mengapa)

  4. BONUS : Tag 3 rakan blogger yang lain untuk memeriahkan lagi Giveaway ini.
dan "nyatakan jika pernah dengar NIQA. Dimana anda kenal produk NIQA?"



Tarikh untuk join GIVEAWAY dari 13 sehingga 23 Mei 2020.
 
Hadiah yang akan diberi kepada mereka yang bertuah
 
  • 2 pemenang Produk NIQA - Instant Stain Remover plus with wet tissue NIQA

  • 3 pemenang wang tunai RM10

  • Kelima-lima pemenang akan blog review daripada Nisa.

 

Nota : hadiah layak diterima oleh seorang pemenang untuk setiap satu. Contoh, orang yang sama tidak boleh terima hadiah produk NIQA dan wang tunai.

Jika sambutan sangat menggalakkan, Nisa akan tambah lagi hadiah giveaway.
 
 
All the best semua untuk Giveaway ni. Terima kasih untuk support Birthday Giveaway Anisa Anuar official blog.

Monday, May 11, 2020

Puasa di kala PKP


Hi semua. Hari ni Nisa nak menulis untuk sebagai kenangan tahun-tahun akan datang, pengalaman berpuasa semasa PKP ni. Beza sikit dari tahun sebelumnya - tiada bazar, tiada terawikh berjemaah di masjid dan feel mencari baju raya tahun ni pun macam ke laut sedikit.

Puasa pada tahun sebelumnya ada di office tapi tahun ni kita 'work from home' sambil 'home school' Maira Arissa. Tak boleh pun kena buat kasi boleh. Selepas PM umum PKPB extend lagi sebulan, nampaknya dah kena biasakan normal baru ni. Ternyata tahun ni beraya di perantauan. Tidak mengapa, bila lagi nak merasa raya di perantauan. Walaupun kampung sebelah negeri sahaja.

Puasa kali ni juga Nisa ada aktif dengan team Nisa bersama NIQA. Bila HQ offer harga ejen jadi RM10 sahaja sepanjang PKP, ada yang rebut peluang. Jadi tahun ni tidak ada Mood Republik tapi kita ada banyak Limited Edition seperti Healthy Box, Mariami Box, Ajwa Box dan Bingkisan Aidilfitri. Boleh follow shop instgram NIQANYSA. Yang tak pasti lagi tahun depan, masih akan ada Limited Edition seperti ini.

Walaupun rasa seperti hanya melihat dinding bilik dan ceiling diatas tapi percayalah ini yang terbaik untuk kita hapuskan rantaian COVID-19. Maira pun tak berani nak keluar, walaupun ada jugak ajak untuk keluar sebentar,

"Ibu...kat luar ada germsss (gaya Laila watak Kampung People). Cannot go outside..."



Nanti baca balik untuk sekian kalinya akan datang menjadikan PKP sebahagian memori kehidupan.

lukisan Maira menggunakan Paint


Penulis blog,
Anisa Anuar

Thursday, May 07, 2020

First time online class


Hi semua. Assalamualaikum. Hari ni Nisa ambil kesempatan untuk bercerita pengalaman Maira masuk online class.


Honestly yang excited, ibu dia la bila taw dia nak online class. Maira macam blur je bila cakap kena masuk online class. "Ibu mana boleh school, kat luar ada germs.."
Dia punya nervous nak masuk kelas tu entah lah. Lama sangat tak pergi sekolah kot jadi blur gitu.

Baru taw macam mana dia dalam kelas. Tersipu aje tiap kali teacher dia tanya. Alahaiii anak ku..
Kita pulak yang macam bisik "kuat sikit, teacher tak dengar apa Maira cakap..."
 
Walaupun tak sampai sejam utnuk permulaan ni, boleh la dia buat online class. Risau jugak macam mana dia nak terima arahan dalam online. Agak tough untuk terima arahan bukan online ni pun, inikan online. Tak apa kita pantau mana yang boleh.
 
Lain macam sesi pembelajaran anak kita sekarang ni, tak macam masa zaman ibu dia membesar dahulu.

Monday, May 04, 2020

Pengalaman jadi moderator | online version

 
Hi semua. Hari ni Nisa nak share pengalaman Nisa jadi moderator dalam salah satu initiatif event office. Nisa merupakan salah seorang ahli jawatankuasa di office untuk buat aktiviti yang boleh buat officemate buat luar daripada kerja. Sepanjang PKP, kita buat simple survey macam mana bekerja semasa PKP. Kebanyakkan officemate yang newly in parenthood , mereka struggle untuk seimbangkan kerja dan keluarga. Jadi Nisa dijadikan orang yang menggerakkan sesi untuk sharing dibawah Women In Nielsen (WIN). Nisa menggerakkan dan pada masa yang sama ditugaskan jadi moderator. Sebabkan Nisa juga seorang ibu dan nak cari yang lain dalam online mungkin makan masa.
 
Semua berjalan dengan lancar dalam masa 30 minit dan bersama Nisa ada dalam 4 orang moderator. Mereka boleh dikatakan ada peranan masing-masing bagi department mereka. Nisa rasa terharu sebab mereka sanggup meluangkan masa bersama untuk berkongsi.
 
Sebagai moderator, Nisa sediakan beberapa soalan dan ada yang tolong review soalan untuk jadikan lagi bermakna.
 

Question
1. What are your tips to work from home with kids?
2. How to balance between your office and home task?
3. Share with us a funny incident that had happened during your call/meeting throughout this MCO/lockdown.
4. What can we do to make sure that we stay focused and committed at work while still being and happy and satisfied working from home?
5. What do you enjoy most about working from home with the kids?
6. Any advice for all the parents during this pandemic situation?
 
 
 Benda paling Nisa risau waktu ni sama ada tersasul takpun sesi akan jadi terlebih masa sebab tak boleh kawal presenter dengan audience. Ternyata sekali apa yang Nisa fikir tu tak berlaku pun, alhamdulillah semua seperti berlaku dengan baik.


 
Nisa belajar banyak benda dalam sesi tu. Idea baru macam mana nak balance kan kerja dan rumah. Mana keutamaan dan bila nak set kan limit kerja dan hal rumah. Tak lupa juga rasa bersyukur bila boleh work from home semasa PKP berlaku. Semoga kita semua boleh biasakan norma baru ini.
 

Sunday, May 03, 2020

Segmen Bloglist PKP 2020



Hi semua. Hari ni kita join segmen blog sampai lebam. Tengah ada kelapangan sikit, kita buat mana yang boleh. Ada dinyatakan syarat nak buat segmen ni - semua dah dibuat dari Nisa.

Tapi ada extra syarat untuk segmen kali ni, iyelah nama pun blog - kita menaip banyak sikit kali ni.

3. Dalam entri tersebut, nyatakan pengalaman anda semasa PKP. Anda boleh menceritakan peristiwa menarik/tidak dijangka yang terjadi kepada diri anda.

Jadinya sepanjang PKP, Nisa boleh katakan lebih banyak bershopping online ya. Baru je hari Khamis yang lepas (30 April), bertubi-tubi parcel sampai ke rumah. Disebabkan rumah di tingkat 7 ni, tiap kali dapat panggilan perlu ambil parcel dibawah jadi kalut. Syukur ada suami boleh tolong ambilkan, waktu posmen datang, waktu itu jugalah ada meeting call.

Nisa juga memang 'Work From Home' (WFH) sepanjang waktu PKP ni. Memang sebelum bermula PKP, kami dah siap buat percubaan jika akan ada masa kita perlu WFH. Boleh dikatakan tidak mudah, sebab ada anak berumur 4 tahun. Ada masa dia mahukan aktiviti mewarna, melukis dan membaca. Memang struggle tapi komunikasi dengan team pun membantu, lagi-lagi ada meeting tak dapat join bila anak nak sesuatu.
Peristiwa menarik semasa WFH, ada perbualan sebegini dengan anak saya, Maira.

Maira : "Ibu, can you not join call?"

Ibu (saya lah ni) : "Cannot la sayang. Bos ibu ada dalam call tu. Nanti bos ibu cari macam mana?"

Maira : "Ask boss , ibu not join the call.."

Ibu : "Errkkk...cannot la my dear...Jap ea, sekejap je lagi nak habis call..."

Ni salah satu senario yang ada. Tak masuk lagi, bila kena video call - Maira panjat belakang, pegang mukalah...Nasib la anak seorang kalau ramai, semoga ada kudrat la waktu itu.

 

Korang pulak macam mana? Cerita lah sambil join segmen ni.




Segment Bloglist PKP 2020





 


Segmen Bloglist SitiYangMenaip 1/2020


Hi semua. Hari ni berkesempatan berblog-walking dan ternampak post kat blog Myarosli.
Apa lagi kita bagi moral support sikit segmen sempena PKP ni.


 
 
Segmen tamat pada 09 Mei 2020 (Sabtu)
11:59PM waktu Malaysia
 
Sempat sangat nak join ni.
Boleh tambah kenalan baru.

Friday, May 01, 2020

Pemenang segmen blog

 
 
Hi semua. Sempena hari Jumaat yang berkat ni, Nisa nak share yang Nisa diantara pemenang untuk Segmen Apakah Perkara Pertama anda ingin lakukan selepas PKP
 
 
Alhamdulillah syukur yang amat. Rezeki bulan Ramadan ni.
Semoga bertambah murah rezeki ShirVen
 
Apa lagi pergi terjah blog tu.
Ada kesempatan nak support segmen blogger lain.
Ada rezeki nak jugak buat segmen kat blog ni.
Dah lama rasanya tak buat segmen.

Wednesday, April 29, 2020

Sunday, April 26, 2020

Segmen Apakah PERKARA pertama yang anda ingin lakukan selepas PKP by zzzyy.blogspot.com


Assalamualaikum semua. Hari ni macam rajin sikit lepas solat subuh tulis entry and apa kata kita blog-walking la kejap. Lepas tu nampak la post dari blog Farhana Jafri ni. Aaaaajommm la kita bersegmen.
 
Klik untuk join segmen
 
Ohh Nisa dah ikut dah taw requirement yang diminta tu kekeke~~
 
Jujurnya masa PKP Fasa pertama takde lah terfikir walaupun ramai dah citer apa diaorang nak buat once PKP dah habis.
Entah just memang tak terfikir.
Mula fikir baru-baru ni jugak. InsyaAllah dengan izinNya nak balik kampung jumpa family.
Tapi tu la tak sure itu akan jadi first thing dapat buat ke tak..sebab tak boleh jangkakan..
 
Semoga urusan kita semua dipermudahkan.
 
 
 
 

Good Rizqi parenting program yang best

Assalamualaikum semua. Selamat berpuasa juga buat semua yang singgah Anisa Anuar official blog. Kali ni Nisa nak share tentang Good Rizqi yang Nisa baru gunakan untuk anak Nisa, Maira Arissa. Dia ni basically sebuah parenting program yang bagi Nisa sesuai dengan zaman sekarang yang penuh dengan teknologi.  

Nisa dah perasan lama ada beberapa kawan up kan kat whatsapp story, ig story pasal Good Rizqi tapi tah dalam hati kata "tak apalah tak yah la amik tahu...".
Makin kita nak ignore, makin kerap iklan lalu kat feed Facebook. Entah kenapa hahaha dan dengan itu jugaklah dengan gerak hati kurniaan nikmat Allah ni kata "cuba ajelah, mana tahu ada hasil.."

Proses nak book, bayar dan dapat link semua ambil masa 1 hari. Nisa perlu bayar RM110 untuk dapatkannya, kira macam bayar seumur hidup macam tu. Mula tu memang macam berat sikit iyelah macam mahal tapi dalam hati kata "okay ini untuk long term investment..semoga Allah permudahkan.." Dapat sms kata in process lepas bayar tu dan kata perlu 24jam untuk proses dan keesokkannya lebih kurang timing kita beli, kita akan dapat sms link untuk access.

Sesuai untuk anak yang berumur 4 tahun ke atas. Sudah pandai berkata-kata dan boleh dengar arahan.

Lepas tu follow je, ikut link yang diberi tu dan ikut langkah yang ada dalam tu. Flow dan steps yang diberi memang senang untuk diikut. Buat je terus dalam phone kita, easy access dan senang digunakan.

Sempat jugak baca review dalam tu, rupanya dah ramai yang guna. Alhamdulillah feedback semua okay dan ada rasa sikit keyakinan.

Nisa baru gunakan dan boleh katakan sangat berpuas hati. Susah nak dapat dalam seharian tu dia good behaviour. Bila nak apa-apa Nisa akan offer, "Ibu bagi smile 1 kalau Maira kemas mainan.." dan memang tak sangka dia terus buat. Paling seronok bila tengok dapat smile dan bintang.

"Sebab Maira kemas mainan, ibu bagi 1 smile..." (sambil tunjukkan kat Maira)
"Yeaayyy, sayang ibu..thank you ibu..."

Ada jugak buat permintaan yang banyak dalam serentak contohnya "Maira kena mandi, pakai baju elok-elok dengar cakap ibu...nanti ibu bagi 2 smile..banyak kan smile ibu nak bagi..."

"2 smile? Banyak..okaayyy!!"

Biasanya time nak mandi dengan nak pakai baju akan ada banyak drama sinetron yang Maira buat. Ada saje yang tak kena, lain hari lain drama dia bergantung pada mood dia. Alhamdulillah dengan Good Rizqi memang membantu dan tak banyak ragam lepas tu.

Bila dia start buat perangai, "Maira dah dapat banyak smile dah ni, nanti ibu bagi yang marah ni.."
"Ibu.. Maira taknak yang marah tu..tak best.."

 Nisa dah explain kat dia kalau bagi sign marah tu, lambat dapat dia dapat reward tu. Nisa tunjuk jugak kalau dapat star dia boleh dapat daily reward tapi Nisa percaya dia lagi excited yang Ultimate Goal dia tu. Maira perlu kumpul 50 star dan berpeluang dapat baju princess dalam cerita "Frozen". Dah lama dah mintak, jadi inilah masa yang sesuai nak gunakan.

InsyaAllah dengan niat yang baik, hasil pun baik. Nanti akan update progress lagi.






Friday, April 17, 2020

Maira adventure #6

 
Hi semua. Bila kita PKP nak melayan apa si anak nak ni kadang-kadang boleh buat diri sendiri pun kagum. Dah nak pukul 5 petang, Maira datang menyelit
 
 
"Ibu..cakap dengan siapa tu?"
 
"Ibu ada meeting lah sayang. Kenapa?"
 
"Tengok ni.. Maira lukis." "Wow...hmmm macam sama la dengan karakter ni la..jap ibu tunjuk.."
 
**Sesi Google apa yang ibu bayangkan dengan lukisan dia**
 
Image result for tata bt21
TATA BT21

"Tadaaaaaaa...sama tak? dengan drawing Maira tu?"
 
"Haah la ibu sama la...comeeyyynyaaa dia..."
 
"Okay memandangkan kerja ibu dah abis, jom kita tengok cerita dia. Nak tak?"
 
**Bukak Youtube, ibu layan sekali okay..mana boleh tinggalkan**
 
"Ni Tata, kawan dia yang lain ada Cooky, Koya, Shookey, RJ, Chimmy, Mang" sesi perkenalan karakter BT21.
 
"Ibu nak lagi...bestlaaa..."
 
"Kita lukis pulak la lepas ni. Tak elok lah tengok Youtube lama-lama."
 
"Ibu lukis kan ke??"
 
**Ibu angguk**
 
Korang taw apa hasil dia?? Jap Nisa nak share ni.
 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
 
 
 
 
Tak sangka ibu ada bakat hahaha...
Well bakat terpedam I would say, korang pulak macam mana?
 
 
 


SEGMENT PERTUKARAN BLOGLIST OLEH ABAM KIE


 
Hi semua!!! Alhamdulillah hari Jumaat yang indah ni Nisa nak join segmen salah satu bloglist Nisa.
Tengah blog-walking, keluar post ni..
Alang-alang tu okay la why not kita support segment blogger yang lain.
 
 

"Macam dah lama je tak join Nisa..."

Hamboiii hati kecil ku ni kalau nak berkata straight-forward taw.



http://www.zukidin.com/2020/04/segmen-pertukaran-bloglist-oleh-abam-kie.html
Tekan gambar untuk join okay?
 
For me, blog Abam Kie ni best dari segi content ikut dengan isu gitu.
Penceritaan ikut selera Abam Kie agaknya.
Ada kala tu macam kena je dengan diri.
 
Semoga time PKP ni rajin la nak blog-walking.
 
 
 


Which gummy bear will you choose




As usual from LinkedIn JonathanYabut which always make me think of my career projection in good way I would say. Sometimes me as myself still looking and searching what I want to achieve .



I choose gummy number 2, 7 and 9.

For number 2 - I feel blessed that I have boss that trust my work and trust me to handle situation on my own. I believe that's how we can better employee.
 
Number 7 - I have teammates that back up one another. We learn and understand each other personal matter like myself who is a mother to a lovely daughter.
When I want to go back early or emergency matter, they will like

"Don't worry, settle your matter first. We take it from here..."

Sweet right?
 
Number 9 - Learning is the best ever. Everyday so much too learn.
New thing. How to relate other people's work with your output?
How your work will impact client?
One of my favourite I would say.
 
My work also have Flexible Work Time (number 6)
but I choose to follow the 9am till 5pm. Nothing more than that unless if it's required which is I would say very rarely.
 
Next, I do wish for number 1 and 3.
I know I might sound greeding to have best both world but yeah at least I know what I want in my career. Wish me the best, okay?

 

So...which gummy bear will you choose??

 

Sunday, April 05, 2020

Kuat merajuk

Hi semua. Bila PKP ni ada satu perangai Maira Arissa yang tak boleh nak predict. Kita pun jadi buntu macam mana nak handle ni.

“Ibu, maira nak merajuk..”

“Nape nak merajuk...?”

“Nak merajuk..” (pastu cari port merajuk dengan berharap ada yang datang pujuk)



“Nape Maira asyik merajuk je ni... Apa yang tak kena..?”

(Senyap, muka muncung sambung merajuk)

“Maira nak perhatian ke..”

“ Nak perhatian je..” which I believe walaupun perkataan tu agak besar untuk dia tapi dia taw apa maksudnya.

Sesi pujuk si kecik ni kena buat dengan teliti dan penuh perhatian. Memang stage dia yang sekarang kuat merajuk. Baru 4 tahun dia ni dan cerdik yang amat.

Sunday, March 22, 2020

Customer service Farm Fresh terbaik

Hi semua. Dah lama tak menulis blog post. Nisa kali ni nak cerita pengalaman dengan customer service Farm Fresh. Cerita bermula masa Nisa dah pun beli Fram Fresh and my favourite will be Latte. Macam biasa bukak je botol tu dan terus minum.
Tapi kali ni lain macam sikit rasanya. Rasa basi. Padahal baru je beli and terus simpan dalam fridge. Sebelum ni pernah beli, then lupa nak simpan dalam fridge,end up tak boleh minum langsung. Bukak je terus ada bau. Jadi kita dah lesson learn sebelum ni dan terus simpan. Rushing nak ke kerja, fikir mungkin "aku kot salah rasa. Kita simpan dulu nanti kita siasat lagi." Jangan risau sebab yang ni memang dalam rumah Nisa je yang minum so yakin nak tinggalkan je dalam fridge balik.
Lepas balik dari kerja, mod untuk jadi penyiasat is ON!!
Okay confirm something wrong with this Latte. Not from usual taste. Sebelum nak complaint apa-apa, kita siasat dulu kalau ada kes macam ni - siapa yang patut kita usulkan? Taknak la terus complaint kat tempat yang salah. Jadi kita cuba.
Google FarmFresh website dan ada mention customer service email kalau ada apa-apa.

Email yang Nisa tulis tempoh hari
So basically kena mention
  • Beli dimana
  • Hari, timing - better ada resit
  • Which Farm Fresh product that you buy - customer service tu akan mintak korang tangkap gambar of the product. Depan, belakang, EXP Date.
Lepas tu tunggu langkah seterusnya ikut apa Customer service inform. Mereka akan beri pilihan sama ada gantikan yang baru atau refund dengan duit. Nisa pilih refund sebab tak tentu lagi nak beli walaupun monthly basis jugak beli Farm Fresh ni.
Alhamdulillah terima kasih Farm Fresh dengan penuh kesabaran dan perihatin melayan kerenah pelanggannya. Ohh yes, masih lagi peminat Farm Fresh walaupun pernah dapat 'unpleasant taste'.



Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post