Hi semua. Hari ni kita join segmen blog sampai lebam. Tengah ada kelapangan sikit, kita buat mana yang boleh. Ada dinyatakan syarat nak buat segmen ni - semua dah dibuat dari Nisa.
Tapi ada extra syarat untuk segmen kali ni, iyelah nama pun blog - kita menaip banyak sikit kali ni.
3. Dalam entri tersebut, nyatakan pengalaman anda semasa PKP. Anda boleh menceritakan peristiwa menarik/tidak dijangka yang terjadi kepada diri anda.
Jadinya sepanjang PKP, Nisa boleh katakan lebih banyak bershopping online ya. Baru je hari Khamis yang lepas (30 April), bertubi-tubi parcel sampai ke rumah. Disebabkan rumah di tingkat 7 ni, tiap kali dapat panggilan perlu ambil parcel dibawah jadi kalut. Syukur ada suami boleh tolong ambilkan, waktu posmen datang, waktu itu jugalah ada meeting call.
Nisa juga memang 'Work From Home' (WFH) sepanjang waktu PKP ni. Memang sebelum bermula PKP, kami dah siap buat percubaan jika akan ada masa kita perlu WFH. Boleh dikatakan tidak mudah, sebab ada anak berumur 4 tahun. Ada masa dia mahukan aktiviti mewarna, melukis dan membaca. Memang struggle tapi komunikasi dengan team pun membantu, lagi-lagi ada meeting tak dapat join bila anak nak sesuatu.
Peristiwa menarik semasa WFH, ada perbualan sebegini dengan anak saya, Maira.
Maira : "Ibu, can you not join call?"
Ibu (saya lah ni) : "Cannot la sayang. Bos ibu ada dalam call tu. Nanti bos ibu cari macam mana?"
Maira : "Ask boss , ibu not join the call.."
Ibu : "Errkkk...cannot la my dear...Jap ea, sekejap je lagi nak habis call..."
Ni salah satu senario yang ada. Tak masuk lagi, bila kena video call - Maira panjat belakang, pegang mukalah...Nasib la anak seorang kalau ramai, semoga ada kudrat la waktu itu.
Korang pulak macam mana? Cerita lah sambil join segmen ni.
Segment Bloglist PKP 2020
|
Terima kasih atas sokongan, kak😊
ReplyDeleteSama-sama. Tenkiu jgk buat segmen yang menarik
Deletecomel la maira ni haha
ReplyDeleteSelamat bersegmen. Semoga berjaya.
ReplyDeleteselamat bersegmen.. kejadian yang tak disangka kadang-kadang mencuit hati.
ReplyDeleteselamat bersegment puan :D
ReplyDeleteselamat bersegmen Nisa. Salam ramadhan kareem.
ReplyDeleteSinggah follow blog nisa.")
Kalau LH macam-macam pengalaman yang dapat masa PKP ni. Tambah-tambah pula pula ramadan. Masa ni lah betul-betul mentarbiah diri
ReplyDeleteGoodluck bersegmen.
ReplyDeleteFollowed here #638
Tahniah!
ReplyDeletemcm2 pengalaman sepanjang pkp nie kan
haha comeyyy. sama la mira. kite pun only child. moga membesar dengan cantik dan sihat ok hehe =)
ReplyDelete