Thursday, November 24, 2016

Cepatnya response bookcafe

Bila dapat buku yang kita beli dengan online,  tengah belek-belek lepas tu nampak Ada blank pages. Apa korang akan buat?

Untuk kes Nisa, pergi tanya terus kat bookcafe. Alhamdulillah berjalan dengan lancar. Dan paling best, sekejap je diaorang setelkan. Fuhhh impress sangat-sangat. Dah la beli very good price, service tiptop... Aishhh memang patut beli lagi ni.

Boleh direct pergi ke FB Bookcafe untuk pinangkan mana-mana buku yang korang berkenan. Kalau nak Nisa jadi personal shopper pun boleh, roger aje..

Monday, November 21, 2016

Ber-Shell Out @ Stadium Kg Baru


Salam semua. Sekarang shell-out ni dah trend, jadi Nisa tak terkecuali nak cuba sendiri. Itu pun lepas dengar bapak Nisa cerita sedapnya dia pergi shell-out. Aishhh Nisa ni pantang sikit bab-bab makan ni, mesti nak try.

flavor Curry Thai
Sebabkan bapak Nisa dah try kali ketiga dengan Nisa ni, so dia dah try semua flavor. Semua sekali ada 3 flavor - Curry Thai, Thai Spicy & Butter.
Kenapa bapak sampai 3 kali? Panjang cerita dia, tapi long-story-short 2 minggu ni dia sibuk menanda kertas SPM kat area KL (tempat meeting), entertain orang & kawan dia semua kat sini. And owner Stadium Kg Baru, kawan kepada bapak. Tu lagi la dia datang sini. Katanya jumpa kawan sekolah.

So back to the story, memang recommended. Price murah sangat, sedap kuahnya plus isi banyak. Ada bagi buah jugak tu. Tu portion 3 ke 4 orang makan.
Nasihat Nisa nak datang sini, better datang lewat petang pukul 6 lebih kalau tak nak sesak. Lepas maghrib je, full house tempat ni. Kat Stadium Kg Baru ni ada Yong Tau Fu, western, ayam goreng. Kalau nak makan berat-berat atau ringan pun semua ada.

Memang Nisa suggest korang cuba sendiri, dan Nisa akan pergi lagi kat situ. Insya-Allah.

Hasil nukilan blogger yang suka spontan buat jalan-jalan cari makan.

Sunday, November 20, 2016

Bila dah tahu Ada anaemia..

Sememangnya bila tahu Ada anaemia, memang jadi lebih Ambil tahu pasal ni. Pada  mulanya hanya syak kurang vitamin Atau Zat besi dari Zaman belajar. Asyik sakit je.. Waktu tu cuma fikir mungkin tak biasa berjauhan dengan family, tu mula nak sakit.

Kejadian sama berulang, bila dah dua tahun bekerja. Demam teruk, suspect denggi siap. Kena pergi KPJ Kajang Ambil darah. Surprisingly Ambil darah je kos rm300, Alhamdulillah waktu tu Ada insurance.

Dan bila mengandung, Dari start bukak buku pink Sampailah Maira lagi HB low saje. Waktu tu lah doktor cakap yang Nisa ada anaemia. Mula tu jugak search pasal anaemia. Boleh baca link untuk tahu tanda-tandanya.

http://www.curejoy.com/content/10-signs-iron-deficiency-2/

Doktor pesan Ambil supplement tambahan nak bagi extra energy. Sebabkan Nisa tak boleh penat Dan letih. Sekarang Nisa amalkan spirulina, chia seed & cellmaxx. Lebih-lebih lagi Nisa ni breastfeeding mom, working mom & entrepreneur.. Lagi amat perlukan semua tu.

Nisa nak get fit... For me and my family.. Semoga dipermudahkan semuanya.

Cara Mudah untuk sedekah di laman sosial

Assalamualaikum semua. Kali ni sesi sharing nak bagi Cara mudah untuk bersedekah di laman sosial - tanpa mengeluarkan duit.

1. Tulis post di pagi hari dengan kata-kata positif & peringatan ke arah kebaikan. Contohnya :

Assalamualaikum Dan Selamat pagi semua. Jom bersama-sama menjemput rezeki dan jangan lupa breakfast dlu ea.

Untuk apa? Sosial media ni perkara yang wajib kita akan buka - sambil tunggu bas, mahupun nak breakfast. Disitu kita menarik aura. Apa yang kita baca jugak sebenarnya boleh effect hari anda. Sebagai Contohnya, pagi lagi kita dah baca bab negative, bad news... Ada Semangat ke nak buat apa lepas tu? Bergantung jugak kan.. Kalau takde kaitan, mungkin boleh pandang sebelah mata.. Kalau berkaitan silap haribulan takde mood sampai ke petang.

2.Share status post kawan. Post yang Macam mana?
Contohnya kawan kita Ada buat iklan tempat kerja Dia dan dengan kita share mana tahu kawan kita yang tengah Cari kerja then baca post kita... Kan kita dah panjangkan berita baik. Dapat Atau pun tidak, diluar kuasa kita.. Yang penting dengan kita share, rezeki orang lain dapat dipanjangkan. Mungkin orang nampak macam remeh-temeh.. Tapi pada kawan kita yang memang nak cari kerja sangat-sangat membantu. Dan akan jadi sedekah lagi Satu,  mengembirakan hati yang sedang berduka.

3. Komen yang positive Dan membina. Bukan kondem walaupun anda bergurau. Mungkin kawan kita tak kisah sebab dah rapat... Tapi orang lain yang baca komen kita akan jadi salah sangka. Dari orang Cuba nak positif kan diri dengan apa yang kita jadi komen, jadi sebaliknya.

Rasanya Nisa nak bagi 3 je dulu. Lepas ni Cuba buat, then Boleh share Apa yang korang alami sendiri. Jadikan habit, panjangkan post ini jika rasa bermanfaat. Kalau Ada salah, Boleh private message di Anisa's Corner facebook page.

Terima kasih sebab baca sampai habis Dan share kan.. Semoga bertambah rezeki semua yang membaca blog ni.

Hasil nukilan,
Anisa Nadhira Anuar


Thursday, November 17, 2016

#nisagetfit : Track gunakan S Health

Hi u olls nak update pasal komitmen yang Nisa dah buat. Nisa gunakan hashtag #nisagetfit

Kenapa tiba-tiba je nak buat? Nisa sakit ke? Tak Adalah.. Baru-baru ni membelek phone rupanya Ada apps yang boleh track diet kita,  steps seharian. Nisa pilih untuk keep on track how active am I. Nisa mintak apps tu tengokkan caffeine intake, berapa Cawan air Nisa minum Dan Setkan berapa aktifkan yang Nisa nak..

Ehhh Nisa tak mention apps apa kn.. Nisa gunakan S Health memang apps build in dalam Samsung A5 Nisa ni.

Yang Bestnya dah capai 50% je Mesti keluar notification. Bila dapat target achieved tu Macam kepuasan gitu.

Korang pulak Macam mana... Jom share pada yang buat jugak..


Monday, November 14, 2016

Cellmaxx sesuai untuk ibu mengandung

Testimoni berjaya

Hi semua. Pertamanya nak ucapkan rasa bersyukur kerana diperkenalkan produk yang banyak memberi manfaat kepada ramai orang. Kali ni Khas untuk ibu mengandung Dan juga breastfeeding mom..  Nisa sendiri sebagai pengguna turut merasai perubahan setelah minum cellmaxx. Alhamdulillah dapat menghasilkan stok susu yang mencukupi walaupun pada mulanya ada rasa ragu-ragu dengan kebolehan sendiri. Ternyata cellmaxx sedikit sebanyak membantu journey sebagai breastfeeding mom..

Testimoni berjaya selepas menggunakannya boleh kita lihat hasilnya. InsyaAllah kepada yang masih mencari Jalan penyelesaian, cellmaxx yang anda perlukan.

Nisa sudah amalkan, anda bila lagi?


Sunday, November 13, 2016

Update on work : Training

2 Minggu dah mula bekerja tapi busy dengan training. I am grateful to have a great team.. Even though just know you guys for 2 weeks and I can't wait to get to the team in our daily work basis.

Paling mencabar semestinya nak catch up schedule yang padat Dan pada masa yang sama nak konsisten dengan pumping breastfeeding routine Dan solat dhuha. Nak hantar Dan Ambil maira dari rumah pengasuh pun jadi mencabar bila nak kena handle dengan traffic jam Dan parking Fuhhh memang nak kena jaga mindset bab ni... Boleh effect seharian kita.

Orait jom tengok macam mana lepas ni..


Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post