Monday, August 29, 2016

Reward Pergi ke IKEA


Alhamdulillah setelah penat berhempas pulas seminggu ni dengan non-stop order arissalicious cake & Yerba Mate, gunakan hari Sabtu sebaiknya bawa CEO arissalicious cake pergi reward kan diri.
Walaupun dah banyak kali pergi tapi tak pernah jemu. Ada rasa macam dah expert tempat tu. Boleh tahu apa yang ada & takde.
Seperti yang dijangka, Maira memang behave bila datang IKEA ni. Entah la, dah macam 'rumah' dia agaknya. Tak meragam. Senang nak bawak. Favorite ibu Maira kalau pergi IKEA antara dapur, living room dan bilik tidur.

Rambang mata dibuatnya. Buat goal setting nak furnish rumah macam mana. Impian keluarga kami sememangnya ada rumah landed sendiri. Ada tempat nak gardening, tempat Maira nak main.
InsyaAllah dipermudahkan. Jangan berhenti meminta dari Allah, tu pegangan saya. Bila dah capai impian kami ini, akan ku throwback post ini. Itu sudah pasti.
Habis semua kami nak try kat siru. Sofa, meja makan, kerusi...korang pun sama kan?? Hehehe tak nak ngaku la tu...
test katil nanti boleh mintak kat ibu

selfie sikit lepas try sofa ni

Next goal setting : Buat home-office sendiri


Sejak dah jadi full time housewife and businesswoman ni, kena ada nak feeling2 kerja sendiri. Buat masa ni, saya la manage semua benda dari operation, SOP, Marketing dan macam-macam lagi. Seronok bila buat. Satu kepuasan sebab serba boleh gitu. Nanti kita citer lebih na... harap ada la masa nanti nak curi-curi update blog.

Okay la, nak out dulu. Banyak benda nak citer ni dan banyak benda nak buat. Tak cukup 24 jam niehhh... See you guys later.

Daripada empunya blog,
Anisa

Saturday, August 20, 2016

Nisatalk on business : Kenapa kena PM tepi

Ramai orang up status seakan-akan tak puas hati nape nak kena PM tepi kat peniaga online.. katanya takut tanya harga..ada sebenar tujuan untuk PM tepi tu. Bukan saje-saje.

Tujuan PM tepi :
1. Hanya yang betul-betul berminat akan PM. Yang hanya ala kadar, kebiasaannya tak berapa nak layan sangat.

2. Nak kenal pasti apa customer nak. Peniaga boleh recommend yang terbaik untuk kita.

3. Mana tahu sebabkan anda customer yang suppporting, peniaga tu rasa nak bagi diskaun atau free gift. Kita buat jual beli dengan manusia, hati Allah yang tentukan.

4. Sebahagian PR peniaga dengan customer. Ingat kita jual beli dengan manusia bukan mesin. Kalau anda peniaga dan pembeli yang supporting, senang urusan jual beli yang akan datang.

Nisa nak nasihat kepada semua, jangan marah pada yang suka sangat PM tepi. Tu cara dia nak dapatkan customer dan sistem dia buat. Sebaiknya faham dan layan sebaiknya. Kalau nak tolak pelawaan pun, tolak sebaik-baiknya. Jangan terkejut bila perkara dapat layanan buruk atau bila anda pula kena PM tepi, anda dikecam..anda akan faham.

#jangankecamhakak
#sebabhakakpunsukaPMtepi


Tuesday, August 16, 2016

Perancangan Allah lebih indah

Semalam pagi2 lagi dah fikir nak buat apa. Rutin harian yang dah sebati dalam diri.
Plan asal
1. Breakfast dengan suami.
2.Pergi SSM area KL Sentral (estimate masa 3 ke 4 jam)
3. Balik rumah atau tunggu husband habis kerja.

Akhirnya plan ni langsung tak jadi.
Last sekali, Allah dah aturkan lagi cantik.
1. Tapau makan di rumah sebab husband ada meeting pukul 9pagi.
2. Bukak laptop dan whatsapp, order non stop untuk kek lapis
3. Terus roger supplier ada kek lapis urgent nak..sampai pukul 1 follow up.
4. Sambil2 tu, request stokis belikan stok Yerba Mate.
5. Jumpa supplier kek lapis.
6. Ambil husband dari tempat kerja.
7. Ambil anak (mana boleh tinggal)

Dalam sambil2 tu, dapat taw ada SSM yang lagi dekat dengan rumah. Nape tak pergi semalam? IC misplaced. Alhamdulillah dah jumpa. Produktif sangat hari waktu tu. Syukur sebab boleh buat last minute plan dan buat dengan jayanya.

Korang perasan tak Allah dah aturkan lagi cantij dari yang saya plan kan.. insyaAllah nak pergi SSM dalam masa terdekat. Doakan ea..


Kisah Rm50

Hati rasa nak menulis kisah ni.. berlaku pada diri sendiri.
Kisahnya berlaku pada hari Sabtu yang lepas. Bangun subuh seperti biasa, siapkan anak sebelum pergi home tutor. Malam sebelumnya sudah cari bahan untuk print dan buat keputusan untuk print keesokkan harinya sebelum kelas bermula. Susah jugak tak ada printer ea.. dah jadi keperluan pulak.

Dah niatkan dalam diri, sebelum pergi kelas..saya mesti solat dhuha dan baca Al-Waqiah. Nak buat ni pun kiranya rezeki jugak taw. Ada orang nak sangat buat tapi keadaan tak mengizinkan - ada urgent meeting, anak meragam, pergi klinik dan sebagainya. Ada pula keadaan sangat mengizinkan tapi hatinya tak tergerak untuk buat.

Selepas tu, dengan hanya berbekalkan RM50 dan beberapa duit terselit di beg pergi mencari kedai printer seawal 10pagi dan hari Sabtu. Dah berdekatan dengan area tempat mengajar, tanpa pikir panjang terus tanya tokey kedai mana nak print.
Banyak jugak la printnya. Paling mengejutkan bila amount yang saya bawak tak mencukupi. Sebab print sehelai dan bukan depan belakang.

Waktu tu redha je..sebab tu je duit yang ada. Selongkar habis dalam beg untuk cukupkan amount. Total kena bayar dalam RM65 (lebih kurang, tak ingat harga asal) dan saya hanya ada RM57. Bila kawteam dengan tokey, dia kata okay no problem. Kira setel urusan jual beli. Terus dalam hati berdoa, "semoga bisnes uncle ni makin maju...sebab dia permudahkan urusan ku.."

Sesi pembelajaran alhamdulillah berjalan dengan lancar. Semua handout yang print tadi sangat membantu. Terus balik ke rumah lepas habis kelas. Sudah sampai rumah, cerita pada husband yang duit dia bagi habis guna untuk print sampai tak cukup duit nak bayar. Entah macam mana, tangan selok ke poket..

"Ehh..apa ni..bukan ke..." (pandang duit RM50 dengan banyak tanda soal)
"Macam mana ada RM50 ni.. tadikan dah bayar..."

Ya Allah lama terduduk fikirkan mana duit ni datang. Cuba ingat balik satu persatu. Jelas dalam ingatan dah bayar duit print. Hanya mampu ucap Alhamdulillah. Mungkin ini the power of dhuha dan baca Al-Waqiah paginya tadi.

Hanya menulis,
Anisa


Thursday, August 11, 2016

TERPAKSA BELI UMIMILK

TERPAKSA BELI LG!!

Mcm mana kenal umimilk ni?
Waktu tengah berpantang lahirkan Maira, macam biasa online...lepas tu Yaya tag kat post Faderra (adik kepada Kak Fellina) pasal umimilk ni. Waktu tu memang cari ikhtiar nak bagi susu banyak.


Last hari tu beli umimilk sebelum bulan puasa dan alhamdulillah umimilk byk bantu masa bulan Ramadhan haritu.. Syukur sgt dpt rezeki puasa penuh dan breastfeed dgn jayanya.
Lain cerita pulak bila dah masuk Syawal. Makan dan makan.. pantang makan masih jaga tp ada jgk minum air sejuk tak boleh tahan wooooo don't worry tak byk pun (wajib tanpa ais) lama2 jdnya tak sama masa consume umimilk. Maira mcm tak kenyang je minum susu. Kenapa? Sebabkan kepekatan susu yang cair.

Apa lg lepas ngadu kat encik husben..
"nnt beli umimilk tu..jgn lupa taw..saya bg duitnya"

Perubahan ketara lepas consume umimilk, susu bukan je banyak plus dekat pekat daripada  tanpa consume umimilk.
Penangan umimilk ni melengkapkan selain amalkan pemakanan sunnah yg lain. Target nak breastfeed 2 tahun jika diizinkan Allah.
Sangat disarankan untuk mereka yg breastfeed.

#umimilk
#highlyrecommended


Wednesday, August 10, 2016

Borak bersama Kak Felinna

Syukur ke hadrat ilahi bila berpeluang dapat borak dengan Kak Fellina, salah seorang usahawan berjaya yang nisa follow rapat. Admire dia sebab kisah jatuh bangun bisnes dia, seorang ibu dan juga isteri. Nak kata kisah nisa dengan Kak Fel ni sama...hmmm tak la jugak. Banyak benda belajar dari pengalaman dia.

Lepas selesaikan hal rumah, tiba-tiba tergerak hati nak bukak Facebook dan waktu tu nampak post Kak Fel "anda tanya, Kak Fel jawab.." takde rasa nak tanya pun waktu tu. Kemudian  yang buat nisa nak tanya, bila 2 sahabat baik komen post tu. Terus rasa "tak salah kalau nak bertanya.

Alhamdulillah soalan terjawab pasal macam mana nak konsisten solat awal waktu. InsyaAllah akan jaga ni selagi yang mampu.

Yang best post FB kali ni, boleh tengok soalan orang lain tanya. Mostly soalan ada yang sama dengan je apa tengah lalui. Rasa nak screenshot je semua..

Jadi screenshot yang mana mampu je. Terima kasih ya Allah dah gerakkan hati untuk baca post ni. Membantu sedikit sebanyak journey nisa yang akan datang.

Yang ikhlas,
ANISA


Wednesday, August 03, 2016

Seminggu jaga Maira

Kenapa kena jaga sampai seminggu? Pendekkan cerita, anak pengasuh kena demam campak. Sbbkn risau berjangkit, seminggu jaga Maira. Panjang cerita - macam mana boleh kne, bila kena...jadi long story short terus la ea..

Best jaga Maira seminggu. Merasa la hidup housewife and full time business. InsyaAllah akan jadi pekerjaan tetap kelak. Ada rezeki lain, nanti belakang citer.

Takpe ke cuti lama2.. Alhamdulillah cukup annual leave yg ada. Susah sikit orang lain nak faham..tapi demi Maira nak unpaid leave pun sanggup.

And yes of course Maira jadi melekat dengan ibu dia. Tabik untuk ibu tunggal dan housewife yg lain.. not an easy task but sure it is super fun..

From,
Newbie mother

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post